tak sangka, sekejab.
tahu akan hadir anak kecil ini pada 20 Feb 2012, dimaklum doktor sudah 5minggu 1/2
mana tahu belum sempat semua ilmu dikongsi kaum keluarga
Allah telah ambil anak kecil ini kembali pada 25 Feb 2012.
*senyum*
sumpah, aku tak sedia!
langsung.
tak pernah bayang akan secepat ini. sesekejab ini.
dikenang diamati dalam semua wajah keluarga.
hibanya jangan dibilang cakap
tapi
masing-masing sembunyi tunjuk bilang kuat
*diam*
anak kecil kami yg pertama ini, walau sekejab dia datang..
tapi bersamanya diusung rezeki buat kami.
diringankan beban kami, dilegakan rasa susah rasa payah kami.
dan
tambah sebak, bila kenang belum sempat membalas budi baek sikecil ini, dianya telah diambil Allah kembali.
kami redha
kami tahu belum masa kami
kami terima dan kami tahu
perancangan Allah itu lagi Maha Elok dari perancangan kami
*diam*
buat anak Umi,
yang pertama dan yang membawa rezeki
terima kasih sayang, Umi sayang dan akan ingat kamu selalu.. kerana kamu adalah anak Umi yang terpaling pertama dalam hidup Umi.
*senyum*
sekian
-julia-