Friday, December 31, 2010

tambah satu tahun lagi~


2010

"still single but not searching"

ha ha ha

bye-bye

2011

hi-hi

-------------------------------------------------------------------------






Thursday, December 2, 2010

terpsiko teruk!

mungkin niat manusia mahu menyakat atau bajet suka-suka.

tapi

aku sudah mula rasa mahu bagi penerajang.

rasa macam mahu diamuk seluruh alam.
mulut rasa laju nak maki mencarut.

oh terasa sialnya mulut manusia yang happy gila letak asam garam gula segala dalam banyak cerita.

dan.
"hey manusia. kau berjaya buat angin aku tak elok ini malam".

syabas !

*diam*

aku fobia mungkin.
aku trauma mungkin.

aku gila.
sebab hal kecil-kecil. suka-suka. boleh buat aku terpsiko teruk!..

demyu!..

*senyum*

bajet kuat sangat. bajet hebat sangat.

*diam*

sungguh luka lama masih rasa sakitnya.

sekian.

-julia-



Friday, November 26, 2010

ada kamu~

saat dunia tak cuba memahami.
saat manusia tak amik port untuk mengetahui
saat semua buat tak peduli

saat air mata membasahi.
saat tangis mula membingit.
saat suara tersedu tersekat sebak.

saat diri terasa terlampau terpaling sial.
saat hati merajuk sepi
saat kecewa menghantui.

saat redha tak dikecapi
saat amarah merasuk diri

dia tak pernah pergi.
selalu ada.
selalu menemani.
selalu cuba memahami.
selalu memujuk hati.
selalu ada untuk beri pinjam bahu..
selalu..

selagi termampunya dia.



sungguh aku habis patah ayat untuk gambarkan betapa kekasih ini begitu menyayangi aku.
hingga aku hilang cara reti untuk hargai setiap korban baktinya.
sungguh dia terlalu istimewa.
sungguh terlalu berharga.

sungguh aku terpaling untung.

Terima kasih, Allah!


sekian

-julia-


Tuhan lebih tahu sebenarnya untuk setiap satu rasa kecewa itu hikmahnya untuk apa, bukan?

Tuhan lebih-lebih tahu sesungguhnya setiap sesuatu terjadi ada pulang baliknya, bukan?

untuk manusia kecil macam aku, redha adalah terbaik untuk semua rasa kecewa ini.
untuk manusia lemah macam aku, terima dengan rasa ralat amat itu memang biasa.

untuk bilang nasihat pujuk pada orang memang mudah.
untuk sekadar beri kata manis penyedap rasa teramat mudah.

tapi.
siapa yang tahu gelodak dalam jiwa?
siapa yang tahu rasa sakit yang dirasa?
siapa?

*diam*

bukan masa aku.
bukan untuk aku.
bukan rezeki aku.
bukan..

Tuhan bilang bukan.
Tuhan tetapkan bukan.
Tuhan...

(dan masih aku dibilang beri alasan, menggunakan takdir)

haihhh.

masa-masa jatuh macam ini.
'support' sangat diperlukan.
untuk elak manusia macam aku rasa bodoh amat. untuk elak manusia sial macam aku rasa tak kool langsung.

tapi...

mungkin mereka kecewa juga.
mungkin mereka berharap juga.
mungkin mereka mahu terbaik juga.

mungkin..

dan.
harus. wajib untuk aku pakai topeng senyum pura-pura kuat.pura-pura hebat!

*diam*

pahit. ralat.

Tuhan tahu aku. aku perlu redha untuk Tuhan redha pada aku. InsyaAllah~..

sekian.

-julia-

Saturday, November 20, 2010

aku bukan Tuhan

yang dirancang belum pasti jadi.

maaf.

jika ada yang sakit hati.
jika kecewa itu menghantui.

maaf.

aku bukan Tuhan.

sekian

-julia-

Wednesday, November 3, 2010

Anggun Berganti Hati


Satu persatu telah kuhapus

Cerita lalu di antara engkau dan aku

Dua hati ini pernah percaya

Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga


Reff:

Ku tak ingin lagi

Menunggu, menanti

Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati

Ku tak ingin coba

Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)

Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara

Aku ingin pergi

Dan berganti hati


Satu persatu telah kuhapus

Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu

Rasa yang dulu pernah ada

Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda


Back to Reff:


Kini ku sadari diri ini

Ingin berganti hati

Cinta yang tlah pergi

Harus berganti hati


Harus ku ganti hatiku kini

Ini harus ku ganti

Tak perlu ini lagi harus berganti…



Lirik lagu Anggun Berganti Hati ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 terbaru.

sakti



tak sempurna. tak elok mana. tak suci musalmah.

tapi.

diulang bilang
aku yang terbaik.
aku yang terbaik.
aku yang terbaik.

sumpah!
aku tak jampi atau membomohkan manusia.

aku jujur dengan hidup aku.
aku jadi cuma aku.
yang biasa-biasa.
yang mencari bahagia.

tapi
kalau aku hadir tak dihargai
mungkin salah aku sebab tak tetap hati. tapi jangan salahkan aku jika aku berganti hati.

aku adalah sejarah masa silam dalam hidup banyak kalian.

terpulang..
mahu kenang aku sebagai gadis paling teruk dalam dunia.
atau
mahu ingat rindu aku sebagai gadis biasa yang beri kesan luar biasa.

*diam*

mahu benci. mahu sayang.

terserah.
aku macam ini juga. tak simpan langsung satu bencipun dalam hati.

sejak mula Tuhan serah pinjam ini nyawa. sampai hari ini.
sungguh aku tak pernah berhenti.
untuk bahagia
cari bahagia
kecapi bahagia.

*senyum*

oh tamak, bukan?

tak mungkin kalian faham. 100%

sekian

-julia-




Monday, November 1, 2010

dimanjakan~


ini henpon baru saye c3 pinky winky.

*senyum*

simple. nice.

tak punya fungsi luar biasa. cuma mampu tarik minat manusia macam aku.

*diam*

sudah agak lama bercita cinta mahu miliki henpon baru tapi memandangkan keadaan tak mengijinkan.
aku abaikan semua angan-angan

tapi

harini
31102010

kekasih offer mahu bayar dulu

omg!

'terima kasih sayang

*diam*

dimanja.dikasih.disayang.

sepenuhnya.

betapa untung.
Alhamdulillah Syukur!

Tuhan, masih baik pada aku walau aku kerap lupa alpa~



Monday, October 25, 2010

angan-angan


|gambar raya tahun 2010|


jika
satu hari nanti Tuhan bagi rezeki untuk aku langkah ke alam rumahtangga,
aku mahu jadi seperti pasangan ibu abah si kekasih.

masih suwit masih romantik

*oh jelesnya*

jika
satu hari nanti Tuhan masih beri pinjam umur untuk aku lepak hidup sama seorang suami,
aku mahu jadi isteri terpaling sempurna dalam dunia walaupun hakikatnya aku cuma biasa-biasa.

jika
Tuhan beri izinNya

aku mahu buat si kekasih bahagia selamanya.

Amin..


-julia-




rindu


aku rindu

DIA!

Monday, October 18, 2010

separuh tahun ..



April ke Oktober

6bulan

separuh tahun

ini

Saya Bahagia.
cukup bahagia!

Tuhan, hadiahkan saya seorang kamu.
antara manusia terpaling reti menjaga hati.

manusia yang terpaling miskin ini. ditatang dijaga seperti puteri.
Terima kasih, awk.



Sunday, October 17, 2010

Wednesday, October 13, 2010

oh politik!

| macam mana aku nak lahirkan rasa yang semua perlu tahu politik itu perlu. politik itu penting tapi ianya perlu pada landas dan laluan yang betul dan bukannya untuk kepentingan individu semata-mata. dan tujuannya bukan untuk memusnahkan sesebuah organisasi atau negara. tetapi lebih kepada pembahagian yang saksama dan meriah|

oh siapa yang nak dengar manusia tanpa kuasa macam aku ini bila bersuara pekik pun kan?

so. adakah wajar aku diam dan terus simpan geram?
atau
harus aku jeritkan semua rasa benci jijik pada semua manusia yang berpolitik kotor pura-pura suci?

*diam*

aku tak mampu!

bye


Friday, October 1, 2010

terlalu!


'terlalu'

sungguh jangan. minta dihentikan.

cukup sampai situ hari itu.
semua sudah siap diputuskan ditetapkan.

jangan ada lagi
jiwa-jiwa yang meminta-minta
hati-hati yang merosak sakit

semua kerana silap yang dulu-dulu
hanya kerana

'terlalu'

semuanya sudah terlalu menyakitkan walau terlalu indah untuk dibuang padam
segalanya terlalu sukar untuk meyusun langkah walau terlalu sempurna untuk dilihat berjalan seiring.

sesuatu Tuhan takdirkan itu terlalu misteri untuk aku ungkapkan.

sekian

-julia-




Sunday, September 26, 2010

cuba menafi realiti!

hiba saat ini Tuhan saja tahu,
rasa rendah rasa hina

terlalu lama bersembunyi
terlalu lama pura-pura suci
terlalu lama bajet indah baik perketi.

rupanya semuanya fake abis!

dan seharusnya aku tahu
sampai bilapun aku tak mungkin dapat menafi realiti

aku ini rompang sana sini.

tak macam si dia-si dia
tak sama si ramai kalian.

oh.
Tuhan, maafkan aku kerna suka tinggal dalam hidup yang macam perfect habis.
sedang realitinya aku manusia miskin.

sekian.

-julia-

Monday, September 20, 2010

tak cukup 24jam

banyak derita mahu cerita
banyak kisah ingin dihebah-heboh

cuma

24jam
tak cukup

nanti-nanti aku lepak sembang lagi, ok!

take care

-julia-


Friday, August 27, 2010

seperti kurang upaya

harini rasa macam hilang separuh anggota.
harini rasa sunyi sepi segala
harini dunia macam tak punya warna lagi.

dalam ayat paling mudah kamu semua untuk faham

harini aku seperti kurang upaya.

lemah dan tak bermaya.

seri-seri tak langsung nampak pada muka gadis gewdiks santai ini.

cewahh..

:p

sungguh aku rindukan sms yang datang dari kekasih
sungguh aku rindu ayat manis yang langsung tak jemu diungkap kata tak reti habis
sungguh aku rindu dia, si kekasih yang amat baik hati.

harini. berjauh lagi kami.
bukan jarak dari penang ke ipoh.
tapi jaraknya melebar hingga ke Kuala Lumpur.

dan
jauhnya kian terasa bila.
kekasih tak mesej-mesej pun.

hmm..

:(

busy memandu.
silap aku jugak pesan banyak-banyak sangat.
jangan itu jangan ini.

*diam*

aaaarrrrrghhhhhhh.
macam nak jerit-jerit.
untuk dia dengar aku sedang sgt rindu sekarang!!!

oh sayang.
aku sedang biru sekarang.
aku sedang amat sejuk.

moga selamat pergi selamat pulang.

jangan lupa mesej aku untuk berita khabar.


sekian


Friday, August 20, 2010

love




Enrique Iglesias - Hero [remix] lyrics


Would you dance
If I asked you to dance?
Would you run
And never look back?
Would you cry
If you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble
If I touched your lips?
Would you laugh?
Oh please tell me this
Now would you die
For the one you love?
Hold me in your arms tonight

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Would you swear
That you'll always be mine?
Would you lie?
Would you run and hide?
Am I in too deep?
Have I lost my mind
Well, I don't care you're here tonight.

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Oh I just wanna hold you
I just wanna hold you
Oh yeah

Am I in to deep?
Have I lost my mind?
Well, I don't care you're here tonight

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain, oh
I will stand by you forever
You can take my breath away

Chorus:
I can be your hero
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

You can take my breath away

I can be your hero

Tuesday, August 17, 2010

entry tanpa tajuk!








sungguh mungkin ada yang mahu dengki busuk hati.
sungguh mungkin ada yang meluat sakit hati
sungguh mungkin ada yang cuba memisahkan mati.

apa aku pedulik?

aku ada dia.

cukup
untung
terpaling indah

*sila jeles*

ha ha ha

aku happy.
kerana cintanya yang terlalu tinggi. kerana rindunya yang terpernah henti

kerana keluarganya yang baik hati.

semuanya sangat menjaga
semuanya baik-baik belaka.

sungguh kami tak mewah
tapi kami cukup bahagia.

syukur.
Tuhan pinjamkan rasa ini sampai habis nyawa

sekian

dengan cinta
-julia-






Saturday, August 14, 2010

pertama selepas banyak!

cerita 1
untuk pertama kalinya selepas beberapa pagi bersahur.
hari ini semua letih di rumah ini dan melepaskan ia pergi.

tapi.masih aku tegukkan segelas air unuk elak sakit datang terpa.

cerita 2
untuk pertama kalinya selepas banyak hari puasa bermula
aku lepak berbuka dirumah.
jamah lauk nasi masakan bonda.

sedap. walau cuma gulai dan sayur campur.

cerita 3
untuk pertama kalinya selepas banyak kali.
hari ini aku berpeluang lepak sujud beramai-ramai.

siyes. rasa kecik. rasa sebak.
Tuhan jangan tarik yang dipinjam lagi
aku belum cukup.. aku belum cukup!.

sekian

-julia-


Thursday, August 12, 2010

buat bodoh slumber~

Muhammad Al khaththab Bin Halim Azizi

selalu cakap:

Julia Binti Mat Hadiah
selalu buat kesah tak kesah kat dia.

selalu juga dia cakap:

Julia Binti Mat Hadiah
tak rindu-rindu dia
tak sayang dia
tak cukup cinta dia.

hee~

Tapi

Julia Binti Mat Hadiah

nak bagitahu:

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
mana ada orang kesah tak kesahkan awak?
kekadang macam terlepas terabai sikit-sikit mungkinlah. itu pun sebab kesibukan amat sangat!

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
orang selalu jerk rindu-rindukan awak
sangat sayang cinta awak juga!

cuma,

mungkin sayang cinta awak terlalu tinggi, sampai sayang cinta orang tak tercapai!

Terima Kasih tau.

sangat dapat rasa kasih sayang dari awak.
sangat dapat perhatian dari awak

awak baik betul dengan orang.

:)

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi

awak kekuatan orang.
awak sangat menjaga orang.

Alhamdulillah. Syukur sangat awak hadir dalam hidup orang.

Kalaulah awak tahu,
orang memang tak sabar gila nak jadi suri hati awak.
nak jaga makan pakai awak
nak teman tidur awak.
nak lepak nonton movie sama awak.
nak gaduh melawak dengan awak
nak nangis ketawa dengan awak

Tapi
orang selalu jerk buat-buat cool.
buat-buat bodoh slumber.

dan
yang sesungguhnya.

sabar sudah hilang dalam diri orang.

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
orang gelojoh kan?
orang kalut kan?

mesti awak pening!

maaflah.

awak kena terima kenyataan

Julia Binti Mat Hadiah
itu seorang manusia yang gila obses dengan cinta kasih sayang dan perhatian.

Muhammad Ak Khaththab Bin Halim Azizi

love you so much

<3
sekian

dengan cinta
-julia-

Wednesday, August 11, 2010

didengki dicemburui atau apa?

saya bahagia.
sangat bahagia.


syukur, Alhamdulillah!

saya harap kamu disekeliling saya tumpang gembira dengan keadaan hati saya sekarang.
dan
saya harap kamu semua doakan cinta saya kali ini harapnya sehingga ke akhir hayat.

saya nak bilang sesuatu.

kita mungkin pernah rapat. dan mungkin juga masih rapat.
dan setahu saya. saya tak pernah suka untuk memutuskan sesuatu hubungan.
saya sayang kawan-kawan saya.
dan
setiap memory bersama-sama kawan-kawan setiapnya saya cuba ingat dan tak ingin lupa

tapi

jika kamu memilih untuk jauhi saya. hindari saya.melupakan saya atau keadaan yang hampir sama waktu dengannya

apalagi yang saya boleh lakukan?

kamu mahu saya terus terhegeh-hegeh dampingi kamu gitu?

maaf.

saya rasa saya macam sudah sangat berusaha jaga hati ramai kawan-kawan saya.
tapi kalau masih ada diantara kamu yang tidak senang dengan tindak tanduk saya.
bisik kata melawak saya.
atau ada yang terasa hati dan tersentap tang mana-mana.

maafkan saya.
saya tak pernah ada niat.

saya cuma nak kamu semua, kawan-kawan rapat saya berkongsi bahagia yang rasa.
tapi.
makin lama. saya makin sedar. rupanya ada antara kamu yang kurang senang dengan situasi ini.

mungkin saya yang berubah. dan saya tak sedar akan perubahan.
tapi saya harap saya ada cuba untuk perbetulkan keadaan.

tapi.
respon masih hambar.
apalagi agaknya.

maafkan saya.
saya jaga kamu. tapi kamu cuba lukakan saya.

kawan-kawan
saya akan pergi dari hidup kamu jika kamu sudah tak perlukan saya.

atau

mungkin kamu rasa saya tak perlukan kamu.

dan
terang-terang kamu salah!...

sekian

dengan cinta
-julia-

Sunday, August 8, 2010

aku cukupkan~

kadang kala
bukan semua cerita boleh buat kita suka gembira.
walau mungkin mulut kita mengucap tahniah. tanda kita tumpang gembira
tapi hati-hati kita. mungkin punya banyak persoalan hasil ganggu si setan.

haihhh

entah kenapa aku rasa macam kurang untung.
bila sipolan-sipolan itu sudah ada sebijik kereta.
bila sipolan-sipolan itu dilamar seorang lelaki bergaji besar lalu hari bahagianya ditanggung 100%.
bila sipolan-sipolan itu punya wang gaji beribu-beribu wang malaysia.

yang disampai dicerita dengan penuh bangga dan meriah.
entah. aku tak pasti niat untuk apa?
mahu dibanding-banding atau hanya sekadar berkongsi cerita.

*diam*

mungkin aku yang terlalu sensitif.
mungkin juga aku yang terlalu memikir.

omg!

tak baik buruk sangka.
si setan mungkin sudah anggap dia berjaya.

*senyum tampal*

tapi
sedihkan bila yang meriah bercerita itu sebenarnya orang yang paling dekat dengan kita?
sedihkan bila cerita diberita secara beramai-ramai tanpa fikir ia mungkin menyinggung rasa kita-kita yang mendengar?

dan.
sesungguhnya
manusia macam aku. yang kurang berkeinginan untuk miliki sebuah kereta. jadi aku abaikan cerita 1.

manusia macam aku. yang tidak memilih siapa teman sehidup semati. hanya harap sebesar mungkin kasih sayang bahagia. jadi kalau mungkin hari bahagia bukan ditaja penuh atau bukan dari gaji beribu wang Malaysia. aku tak pernah kesah pun! .jadi aku abaikan cerita 2.

cuma.
untuk cerita 3.
gaji banyak.
itu mungkin yang harus aku cemburukan.
bukan sebab aku tamakkan kesenangan.
tapi

TANGGUNGJAWAB

dan masih
dalam banyak hal.
aku memilih untuk dicukupkan.
tak perlu yang takperlu. tak perlu yang terlalu

mungkin sebab matlamat aku mencari bahagia.
biasa-biasa itu aku cukupkan.

tapi.

tak semua mampu faham mengerti.

jadi.
elok aku abaikan banyak cerita. banyak berita.
yang senang itu belum tentu hidup bahagia meriah.
yang susah tak berwang beribu juta tak semestinya hati payah sengsara.

kan?

-----------------------------------

jadi, julia.
mari lihat dari sudah positif hidup.
Manusia tiada yang sempurna.
mungkin lebih disini. tapi ada kurang disudut sana.

jadi.
tabahlah untuk semuanya.
jadilah diri sendiri.
senyum untuk hari-hari nanti.
rezeki hanya Tuhan yang beri, usaha InsyaAllah ..

ada jalan untuk menuju bahagia yang selama ini kamu cari.
sabar-sabarlah sebab dugaan tak selalu menimpa.

sekian

dengan cinta
-julia-

notakaki: hai setan, kau tak berjaya hasut aku ok! ha ha ha. oh kasihan~




hilang dalam ramai

ramai orang teman aku minggu ini,
meriahnya takyah dibilang-bilang.
penat bukan kepalang tapi kenangan ini tak mungkin ada nilainya lagi.

aku jumpa ramai kawan lama.
lepak sembang.
berfotogewdiks.
bergelak ketawa yang susah nak berhenti.

aku rindu semua ini
akan rindu semua ini.

minta-minta akan ada masa lain yang ditakdirkan untuk kita-kita lepak enjoy bersama lagi.

tapi macam biasa.

tanpa kekasih hati dekat sini.
aku tetap akan hilang dalam ramai.


sekian
dengan cinta
-julia-




Monday, August 2, 2010

mimpi

suatu malam.
terlihat dalam akhbar kelibat seorang teman baik kawan lama.

oh. benarkah?

lalu telefon bimbit dicapai dicari nama seorang teman baik kawan lama itu.
nasib. ada.

laju jari menekan rakus butang dail untuk sambung terus ke talian teman baik kawan lama.
dan syukur pada Tuhan teman baik kawan lama masih lagi mahu beri suara untuk jawap panggilan dari seorang kawan lama teman baik ini.

lalu. macam biasa.
bual sembang tukar khabar tanya berita.

agak lama.
mesra.
dan
alam semua ushar dengan penuh syak curiga.

padahal cuma dalam mobile bimbit yang tak ada nampak rupa atau batang hidung. langsung!

sudah agak terlalu lama.semua diam tidak berberita.
masing-masing tahu apa punca.
cuba cari jalan keluar tapi buntu.

akhirnya hari itu mereka memecah suasana.
yang sebenarnya mereka saling rindu.

dan tiba-tiba
mereka terserempak.
sama-sama memegang telefon bimbit ditangan.

tapi
teman baik kawan lama
membisu sejuta kata.
diberi helo sejuta kali.

dan talian diputuskan.. tanpa beri kata ucap selamat.

kecewa itu rasa yang ada pada kawan baik teman lama, bila gelak mesra tadi tamat dengan sia-sia.

dan.
rasa hampa itu dibiarkan ..

----------------------------------------------------------

teman lama kawan baik. sebenarnya telah luluh jiwa.
lihat si kawab baik teman lama sedang berjalan seiring sama kekasih hatinya.

dicuba untuk beri lagak cool dan slumber.
tapi gagal.

hanya mampu bisu terpaku lihat semuanya saat itu.
dan akhirnya sembunyi.

walaupun teman lama kawan baik dengan ulang helo dari kawan baik teman lamanya.


dan.
semuanya dalam mimpi.

hanya mimpi.

mimpi.

sekian





antara~

aku mahu semua.
antara kawan-kawan dan kekasih
aku mahu kedua-duanya.

salahkah aku?

aku tak mahu hilang satu pun dari kalian.

ye, aku tamak.. aku haloba.
maafkan aku.

sebab aku mahu hargai setiap kalian dalam hidup aku.
aku mahu ada dengan kalian saat susah senang aku.
aku mahu kita sama-sama kongsi.

tapi.
mungkin hanya aku.

hanya aku.
yang punya impian besar
untuk kongsi semua segala.

sama-sama lepak bermesra macam satu keluarga besar

tapi.
aku lupa.
hati kita lain-lain.

matlamat tujuan masing-masing.

aku lupa akan perbezaan yang mungkin wujud.
kebangkaliannya aku tolak mentah-mentah
semata-mata untuk jadikan impian satu kenyataan.

nak membenarkan sesuatu kebiasaan bilang itu payah benar utk terlaksanakan.
maka itulah yang aku akan keraskan degilkan untuk teguh tegak melangkah.

namun.
bila bukan kita yang bersama-sama.
bila cuma aku yang berpenatan mengusung usaha.

aku mahu bilang aku letih.
atas usaha yang mungkin sepatutnya aku tahu ianya sia-sia sejak awal mula.

tapi
yakin masih tebal dalam sini.

aku mahu kumpul insan-insan aku sayang.
pada satu hari.
aku mahu gelak ketawa sambil senyum manis dalam satu hari besar.

mungkinkah akan ada?

ye.
aku budak emo.
aku budak degil
aku cuma mahu jadi yang paling memahami antara kehendak kekasih dan kalian si kawan-kawan

haihhh

tapi malang.
aku tak mampu.
bila kadang kala aku terlepas pandang hati-hati yang mungkin terluka sebab tingkah laku gila atau bahasa kasaq berbau longkang seorang aku ini.

kalau kalian semua tahu.
aku tak pernah lupa.
seorang pun dari kalian.

tak pernah.
aku sumpah disini.

*diam*

aku rindu ramai dari kalian.
dan
aku tak pernah lupa sayang-sayang kalian.
aku tak pernah tinggal kenangan dengan banyak dari kalian.

yang aku sebut-sebut setiap kali aku rindu.
yang aku bangga bila hendak bercerita.
setiap seorang dari kalian beri makna besar pada seorang.

mungkin aku bukan orang paling kalian patut percaya.
tapi kalian kenal aku.

*senyum tawar*

aku rasa aku hilang ramai dari kalian
aku tahu ada yang bersebab.
aku tahu ada yang tersilap dari aku.

oh.
aku mohon maaf.
jika masih ada peluang tolong maafkan aku.
sebab aku cuma manusia.

dan

antara yang terpaling tak sempurna.

maafkan aku ye. plis

*kalau aku dapat peluk semua dari kalian. aku pasti akan*

sekian

dengan cinta
-julia-




Sunday, August 1, 2010

aku memang sial kan?

aku memang tak reti jaga barang.
barang sendiri beli atau orang bagi.
sama jerk aku beri layan.

hari ini hari gagal.
terserlah kegagalan aku.
sudahlah gagal lepas tinggi ujian fizikal.

GAGAL PLAK JAGA BAJU SI KEKASIH BELI BAGI!..

ha ha ha.

terasa sial sungguh diri ini hari ini.

maaf mungkin tak cukup sekali.
konon harga baju tak bernilai tinggi sebab itu aku tak reti nak tahan malu atau tadah muka lepas digagalkan dalam sana untuk pergi patah balik usung muka sial semata-mata untuk dapatkan baju takde nilai pada aku.

oh. laju sungguh tuduhan melulu.

ha ha ha.

aku gagal.
maaf sebab gagal jaga barang yang kamu beri beli.

aku memang tak reti nak menghargai.

cm pundek kan?
harey sungguh lah!!!

pergi matilah dengan malu aku, dengan kecewa aku. dengan maruah aku.
asal barang yang kamu beli itu dapat dalam bentuk sempurna.

ha ha ha.

ye juga kan.

aku mana reti malu. aku mana reti rasa kecewa. oh dan lupa aku takde maruah.

sekian.


hari ini.

RANAP!!!

itu kata patah yang mampu aku gambarkan jiwa aku saat ini.

*diam*

boleh tak aku nk bajet cool habis?
atau
aku menangis meraung macam budak kecik kena terajang?

*senyum tawar*

macam biasa budak emo macam aku.
menda kecik pun sudah rasa macam hati kena pijak.

'156. 7 , anda gagal.. maaf ye cik'

dem!.

gagal? apa tu?

ha ha ha.

ye.
julia, itu bukan rezeki kamu.

mari blah.

SELAMAT TINGGAL EVO.

*aku pura-pura gelak. aku pura-pura tak kesah tapi hati aku Tuhan tahu*

sekian

dengan cinta
-julia-

Saturday, July 31, 2010

esok.

esok.
ujian fizikal bagi pengambilan Insp. Polis tahun 2010.

dem.
jantung macam nak pecah.

dengan tinggi yang belum tentu lepas.
dengan tangan yang senget tak cukup lurus.

betul-betul buat aku rasa peratus untuk kena reject esok adalah amat tinggi.

*diam*

kalau soal stamina mungkin boleh diubah diberi nilai tambah.
tapi
ini soal takdir.
sudah diberi lahirnya tinggi takat ini.
sudah diberi tangan tak sempurna lurusnya.

kurus sangat agaknya hingga tulang macam mahu tercabut keluar.

haihhh..

********************************************
Tuhan beri rezeki, julia.
Tuhan beri segalanya.
Tuhan takdirkan semuanya.

pasti sudah tulis semua-semua tentang esok harinya.
kalau sudah bukan rezeki.
jerit pekik meruntun merayu apa pun
tak mungkin esok mampu lepas sempurna.

tapi

kalau ditulis ujian itu kamu dalam senarai.
senget tangan atau kurang tinggi sekali pun.
semua pasti milik kamu.

jadi,
yakin dan redha
semua ada nikmat dan hikmah nya.
InsyaAllah.

***********************************************

*senyum kelat*

ye.
rezeki Tuhan beri.

cuma.
aku mahu lahirkan rasa dalam sini.

cuak.risau.malu.gentar.
semua-semua ada.

oh.
macam mahu tarik diri.

tapi.
rasa gagal kadang kala bagus.
buat aku lebih tabah untuk hadapi kehidupan.

jadi.
aku harus langkah.

biarpun aku tahu. aku mungkin sudah pun gagal sebelum waktunya.

aku redha.

Tuhan.
aku berserah dengan seluruh raga.

moga segala urusan dalam restuMu jua.

Amin.

sekian

dengan cinta
-julia-


Monday, July 26, 2010

sombong

aku paling benci orang cakap bilang aku sombong.
tambah-tambah yang langsung tak pernah kenal tegur.

nak jerk aku kasi satu penumbuk biar pecah gigi.

jangan pandai-pandai nak menilai aku. ok!

dan.

aku terpaling benci orang bilang sudah sombong.
tambah-tambah yang kenal gila sama aku.

nak jerk aku geget-geget biar sampai pecah isi badan kalian.

ha ha ha.

mana ada aku sombong weh!!

aku bukan artis nak sombong-sombong sama orang.
aku bukan bagus nak bajet best sama orang.

biasa-biasa
itu aku.
korang tahu!.
saje kan korang buat-buat tak tahu!.
argh korang. ngade ek!

cuma.
kalau aku kurang tegur.
mungkin aku terlepas terlupa sebab aku kan manusia.

cuma.
kalau aku diam tak memekik tak menjerit
mungkin aku sedang berduka terluka segala.

cuma.
mungkin korang bilang aku sedang bahagia.
dan korang malas mahu usik kacau ganggu untuk lepak sikit-sikit sama kalian?
dalam maya. dalam mesej.dalam apapun.

alasan sangat korang!


penafian ini aku mahu juga lontar.
aku tidak sombong. langsung tidak pernah.
lintas lalu pun tidak.
sumpah!.

aku masih sama.
budak kecil yang korang kenal suka bising-bising itu ini.
budak emo yang cepat sentap sana sini.
budak ini kawan korang yang gelaknya jarang-jarang nk bunyi sunyi.

haihh..

plis. jangan sombong sama aku.
plis. atas alasan apapun jangan!

korang kawan aku.
korang antara warna hidup aku.

kalau iya pun aku sombong. sudah sombong.
depan-depan beri tegur pada aku.
sama-sama boleh buat hari jadi happy kan.kan?

maaf. aku suka bebel.
kasihan korang dapat kawan macam aku.
nasib la badan!

bye.

dengan cinta
-julia-



duit dan bahagia~

ye.
aku tak kaya raya.
harta tak melimpah ruah.
duit ringgit jarang-jarang nak cakap cukup.

tapi.
ok.

hidup masih meriah.
boleh senyum-senyum ketawa.
hati susahlah nak cakap susah.

kan itu lebih bagus.

ye.
aku tak dapat beli itu -ini.
dapat ushar jeling menda-menda bernilai tinggi.
mungkin juga langsung tak berani pandang kerling.

ha ha ha.

tapi.
ok.

makan pakai alhamdulillah.
memilih membeli yang mampu dimiliki.

ye.
duit itu penting.

tapi.
untuk manusia macam aku.
yang tak kesah banyak perkara.
mencari biasa-biasa dan begitu mahu
bahagia yang luar biasa.

apa masih ada yang fikir duit mampu membeli cinta aku?

oh.maaf.
aku mungkin tak mampu miliki kereta mewah.
aku mungkin tak punya simpanan beribu wang Malaysia.
aku mungkin punya hutang disini sana.
tapi.

aku hanya mencari bahagia.
disini.harapnya disana jua.

yang mungkin duit itu bukan segala-galanya
cuma ia perlu ada.

sekian

dengan cinta
-julia-


Sunday, July 25, 2010

oh. bahagia!


-baju yang ibu pilih untuk aku-


kalau kalian boleh lihat hati aku sekarang.
mesti kalian tergaru-haru.

macam sewel macam mereng.
hati aku sedang lompat-lompat keriangan.
oh bahagianya. oh gumbiranya.

ha ha ha.

sejak balik dari jumpa family si Khattab.
hati tak pernah rasa tenang.
takut-takut aku bukan gadis yang sesuai untuk dijadikan calon ahli baru keluarga.

tambah-tambah. ditanya itu ini.
soalan yang membunuh segala keyakinan.
buat aku risau gila bila ibu mahu jumpa. atau Khattab ajak ke sana.

ha ha ha.

aku manusia yang fikir apa orang bilang cakap.
tak payah tunggu orang cakap pun. kadang-kala aku yang perasan sendiri.

sebab aku sedar. aku siapa.

diri bukan baik sangat.
cun melecun pon idak.
masak-masak haram tak bijak..

pakaian. perbualan semuanya ke longkang.
nak cakap datang dari family cantik sempurna iman agamanya sungguh dalam mimpi pun tidak.

haihhh..

rasa rendah diri itu ada. dan amat terasa tebalnya.

siapalah aku.

tapi. hari ini.saat ini.

Tuhan buat aku senyum manis lagi.
tak kesahlah jika mahu dibilang aku ini syok sendiri.

pesanan ringkas aku sama ibu si Khattab. buat aku macam mahu pengsan.

oh. indah betui rasa ini.
minta jangan pergi. dan harap-harap kekal dalam sini.

sungguh malam ini.
ibu buat aku rasa sangat diterima.

Tuhan.
terima kasih ya.

sekian

dengan cinta
-julia-




bencilah aku!



sungguh aku tak reti layan kamu.
sungguh aku tak reti jaga kamu.
sungguh aku tak reti lembut sama kamu.
sungguh aku nampak sungguh biadap tak cukup ajar.

oh.maaf.

sebab aku jadi malas mahu sakit luka lagi.
sebab aku malas mahu jadi yang paling prihatin.
sebab aku malas mahu jadi paling baik hati.
sebab aku malas jadi manusia yang suka mengalah bila ada yang marah maki-maki.

oh.maaf.

sungguh kamu begitu sabar mengalah menyerah.
ulang-ulang kata maaf tak pernah henti.
sungguh kamu begitu menjaga hati.menjaga kita.
mahu marah tengking selalu tak jadi.
aku harap semua ini realiti.

oh.maaf.

sungguh aku keras hati
sungguh aku tak nak peduli.

maaf. maaf.

sebab aku taknak lagi kena buli.

tapi.
perlu kamu tahu yang satu ini.
cuma ini.
hanya ini.

sungguhpun laju mesej ditaip.dihantar.diterima.
membilang marah.membilang benci.membilang mahu tinggal kamu untuk lari.
sunggupun lidah aku tajam berbisik. memekik.menjerit.

hakikatnya.

hati ini tidak kejam.

sebenarnya.
aku sungguh cinta kamu.

sungguh!
aku tiada cinta lain selain cinta aku kepada kamu.
aku tiada rindu lain selain rindu aku kepada kamu.

maaf.maaf.
sebab aku asyik mengusik menyentap rasa kita.

sebab gaduh itu bagus. sebab sedih itu meriah.

buat kita makin sayang.buat kita tahu kita disayangi.
buat kita makin tahu apa itu erti menghargai.

sayangku si cinta hati.
aku sedia untuk ada dengan kamu. selamanya.

doakan semua baik-baik untuk kita ye. Amin!

dengan cinta
-julia-




Wednesday, July 21, 2010

keynote 2010


fynn jamal


depa jahat!!

depa buat kakak fynn saya sedih.
depa keluarkan dia awal.

;(

semua sebab sistem undi-undi.


kenapa tak pilih sebab bakat. sebab seni.?
kenapa tak beri kuasa sepenuh pada juri?

hasil biasa-biasa.
tak beri banyak makna.
music macam tak kena.

itu yang dipilih diundi berlori-lori.

haihh..

ye.
mungkin bukan rezeki kakak.
mungkin ada di tempat lain.

redha itu penting.
semua sudah takdir.

tapi
perluke nafikan rasa sakit sedih dalam sini?
perluke pura-pura kuat atau gagah saat ini?

tak perlukan?
rasa yang teruk kalau kongsi sama-sama lama-lama akn rasa lebih elok!

*diam*

aku tahu kakak terpaling berkecai saat ini.
aku tahu kakak buat-buat kuat depan kami-kami


"kakak fynn.
sungguh kamu sudah bukti sesuatu dalam industri.

harap-harap ada yang tercelik terdetik dalam hati.
untuk sesuatu yang lebih besar satu hari nanti.

dan.
kakak, saya antara yang tidak sabar tunggu hari nanti."

*peluk kuat-kuat untuk fynn jamal saya*


sekian

dengan cinta
-julia-

ye. aku memang!

aku budak emo *fullstop*

kau?


Monday, July 19, 2010

yang terpaling berkecai~

apa rasa kau bila yang terdekat tak mampu rasa apa kau rasa?
apa rasa kau bila yang sedarah sedaging tak pernah cuba mengerti?

jika saat ini aku sungguh teruja menunggu menanti.
jika saat ini aku sudah hilang sabar untuk itu hari.

rupanya.

cuma aku.
sorang-sorang bersorak hepi.

tiada yang mahu tumpang bahagia dalam sini.

*diam*

sungguh aku cuba cari erti. apa makna maksud mereka ini.
dan.
gagal juga aku temui.

mana satu yang kau rasa aku patut ikut.
harini bilang itu ini.
esok bikin lain story.

siyesly.
aku sedih.
yang terpaling aku harap untuk sama-sama ada disisi.
beri support tumpang hepi
tapi itulah
yang terpaling menguris hati.

haihh.

kalaulah mereka tahu
ini semua untuk bahagia aku.
ini semua untuk sempurnakan seorang aku.
ini untuk hari indah aku.
ini untuk hidup aku.

kau rasa mereka masih perli aku tidak?
kau rasa mereka sindir pedih aku tidak?

*diam*

sekian

dengan cinta
-julia-




Friday, July 16, 2010

by fynn jamal

seratus lima puluh juta

untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“hei kenapa kau masih lagi mahu kan dia?
apa kau buta? apa kau pura-pura suka?”

di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu,
sambil ketawa engkau bilang satu persatu:

“dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya--

aku lagi kenal dia”

dah lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
"engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis, aku ini pula dawai besi"

di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
"apa kau lihat pada aku, jujurkan saja"
terus kau cubit dagu aku sambil berkata:

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua--

saya kenal sayang saya”

buat apa dicerita bahagia kita rasa
biar tak dipercaya, peduli orang kata
baju ronyok tak apa asal pakai selesa
berkilau tak bermakna kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada

aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua



kerana apa yang kita rasa tidak ada perlu diheboh2 pada mereka2 yang mungkin lebih memilih untuk tidak mengerti. lagu ada di sisip tepi. tidak siap lagi. :)

Tuesday, July 13, 2010

hello! how are you?

hihihi.

honestly
im not okay.

sudah dekat 3bulan aku siksa sakit.

aku kecoh-kecoh.
aku gelak hepi
aku senyum manis

tapi dalam sini.
aku rasa aku sangat-sangat hilang kudrat

mungkin tak lama lagi.
mungkin.

dan
untuk aku yang terpaling tidak suci ini.
sungguh aku minta untuk dipanjangkan setiap satunya
agak aku punya waktu.
untuk cari jalan ke sudut terpaling suci.

*diam*

sedang sangat mencuba.
setiap kali.

dan.

aku terang-terang bilang.
aku sudah tawar hati mahu ambil dadah jenis medikasi.
langsung tak beri efek pada kuman virus dalam sini.

biar aku jampi-jampi sendiri.
harap-harap ada magis
kuman virus semua cabut larik

ha ha ha



tak ingin ianya berakhir~





harap akan ada lagi hari macam ini hari
moga terus ada

sekian
dengan cinta
-julia-

dosakah aku -nidji

Dosakah aku mencintaimu
Mendampingimu inginkanmu

Aku manjadi diri sendiri

Tak peduli apa kata dunia
Ku nanti hari ketika
Cinta datang cinta menang

Jadi sayangku bertahanlah

Bila terkadang mulutnya kejam

Peluklah aku jangan menyerah

Mereka bukan hakim kita

Bintang yang mempertemukan kita

Cinta yang mempertahankan kita
Ooh...tuhan dengarkan doa
Dari cinta yang terlarang

Rasa yang mempersatukan kita

Cinta yang mempertahan kita
Ooh...tuhan dengarkan doa
Dari cinta yang terlarang

Cinta dan rasa bersatu di doa

Berharap cinta kita yang terlarang
Berharap cinta kita yang kan menang

Sunday, July 4, 2010

10

10 tentang aku.
1. suka imagine benda tak tercapai akal
2. gila bergambar
3. suka nyanyi walaupun sora x sedap
4. suka nyanyi walaupun selalu lupa lirik
5. kuat bebel
6. hyper aktif x tentu pasal
7. cepat busan & membosankan
8. kuat tido
9. emo
10. bahasa longkang

10 yg menakutkan
1. ilang semangat
2. duit tarak
3. duri dalam daging
4. ilang panca indera/ ilang upaya
5. ilang kawan baik aka BFF
6. x sempat tebus dosa
7. kena tipu
8. orang jahat
9. mati tanpa amal
10. melukakan

10 lagu sekarang
1. harus ada - HUJAN
2. amarah - ct & kris dayanti
3. sang mantan - nidji
4. cinta sempurna - yuna
5. suara kekasih - alleycats
6. kebahagian dalam perpisahan - shahir
7. dosakah aku - nidji
8. selamat malam - faizal tahir
9. ku bahagia - melly goslow
10. lagu untukMu - Meet Uncle Hussin

7 benda slalu sebut
1. Assalammualaikum
2. adeh..
3. haihh...
4. cm sial..
5. harey!
6. senyum..
7. OMG~
8. punya pasai lah..
9. mcm bodo.
10. Terima Kasih Kerana Menghubungi TM

10 amat bernilai
1. family
2. kawan
3. kekasih aka bakal suami
4. henpon
5. deria
6. memori
7. kasih sayang cewah!!
8. duet
9. ic
10. kehidupan

10 perkara alergi *geli-geleman*
1. menatang kecik lembek-lembek (cakcing lintah pacat ulat sampah etc..)
2. menatang licin panjang (belut. ular. etc..)
3. manusia talam dua muka
4. manusia sembang tak jatuh
5. reporter tak bertauliah
6. manusia jiwang tak bertempat
7. manusia bajet bagus *aku*
8. manusia tak sedar diri
9. makanan basi
10. manusia muka seposen bila buat salah.

setakat ini dulu.

nanti sambung. takde sekian.

-julia-

Saturday, July 3, 2010

si mami jarum~

tiba-tiba mood aku nk carut mencarut malam ini.
benggang betui aku.
baik aku takpayah kecoh siapa kumpulan sasaran.
kang kot-kotlah ada yang singgah lalu. tersentap plak.

senyum-senyum sama orang.
baik-baik tak kacau manusia kiri kanan.
alih-alih dengar gossip liar yang statusnya 'macam sial'

oh. Tuhan.
aku rasa sikit hilang sabar.
dengan manusia ala-ala mami jarum atau kategori tak sedar diri.
asik nak menyibuk jaga tepi ken orang len.

ha ha ha.

eh. aku ada sibuk-sibuk hal korang ker?
atau korang memang suka tahu hal kitorang?

ha ha ha.

bodoh. betul.
diam-diam. ushar pandang hujung mata.
ambik point kumpul satu kumpulan.
cari idea mahu kata perli apa sama manusia lain.

oh. terserlah ketoyaan kalian.
shit!!~

buat aku nk ludah muka korang.


geli. sial korang nie!!~

meh sini aku nk cakap sikit.
ini hidup aku. dunia aku.
aku tak pernah ada cita-cita pun nak sibuk hal korang.
nak mampus ke nak pergi jahanam ke.
itu korang punya pasai.
aku punya pasai boleh tak korang jangan nak cari pasai?

aku nk bersosial macam sial ker?? aku nak bercinta macam nak rak ker??
aku nk gelar pasangan aku itu ini apa korang peduli???

kacau kemaluan korang ker?

opss maaf itu bahasa paling sopan aku dpt carik!!~

ha ha ha.

hak tuih!!!~
jangan sampai satu tahap aku guna mulut jahanam aku untuk cakap direct sama korang.

so.
back off!!~

jangan bajet kenal aku.
mentang-mentang aku diam buat macam budak bodoh.
tak payah bajet aku nak bagi muka bila korang dh terlampau melampau.

paham tak sial-sial sekalian??

eh lupa. korang bukan reti bahasa.

sekian

-julia-




Friday, July 2, 2010

masih didengar masih diberi sayang~

cuti.
kalau tidak aku terbongkang matikan diri.
biasanya ada amanah tugas untuk berbakti pada famili.

samalah macam ini hari.
setel kerja sana sini.
telan ubat pelali konon mampu pulihkan batuk-batuk yang takde tanda mahu berhenti.
dan.
akhirnya aku tinggalkan dunia sementara.

celik saja biji mata.
tugas menjaga anak pun bertukar tangan.

cukup masa.
kakak aku call minta tolong ambil.
*oh baiklah*

kaki langkah.panjat motor.
donggak langit.
Ya Allah gelapnya.

bisik-bisik dalam hati
'baju hujan tidak bawak. kalau lebat mau kuyup basah'

siyes cakap.
aku takut.
langit gila gelap. angin bukan main kuat lagi.
alam sedang meribut.jalan sesak pulak.
rasa kecil betul atas jalan.
dengan helmet macam nak tercabut.

getar dalam hati Tuhan saja tahu.
entah.
mungkin dosa melambak belum sempat tebus-taubat.
jadi aku belum sedia untuk 'kontrak hidup' sama Tuhan ditamatkan harini.

diam-diam
aku doa-doa.
minta-minta Tuhan ada dengar.
mohon selamat pergi ambil si kakak.
mohon dijauhkan malapetaka.
mohon tidak hujan selebat-lebat serta tidak meribut sehingga selamat tiba destinasi.

perjalanan pergi Alhamdulillah.
sungguh aku bertarung untuk selamat sampai ke sana.

dalam sini.
tak pernah berhenti minta-minta.
kakak dibelakang sibuk ceritakan tentang itu ini.

haihh..
aku diam dengar tapi kurang respon.
fokus aku hanya pada jalan dan alam.
cilok sana cilok sini.

lepas jugak jem akhirnya.
lapang sikit dada.
kemudiaan baru beri respon pada bual bebel si kakak.

sungguh.
Tuhan dengar tiap-tiap bisik-bisik doa dalam hati.
sungguh.
Tuhan masih beri sayangNya pada si aku ini.

tiba-tiba minyak motor kering.
tapi.
betul-betul dekat station isi minyak.
tapi.
tiba-tiba station isi minyak, kehabisan minyak.

*aku call papa minta tolong*

Hujan tidak turun. Angin tidak kencang.
Alam tidak meribut saat itu.
aku kakak.
kami lepak tenang.

*papa datang. hantar kakak balik*

aku beli minyak isi dalam botol sama papa.
tuang dalam perut motor.
dan.
balik rumah.

Alhamdulillah.
titik-titik hujan tak sentuh kulit aku langsung.

'Ya Allah terima kasih. sangat-sangat kerna masih dengar kerna masih beri sayang'

sekian

dengan cinta
-julia-