Thursday, March 22, 2012

26 Tahun~


Syukur Kepada Allah SWT, sudah 26tahun diberi pinjam nyawa dan segalanya
semoga diampunkan dosa-dosa silamku.
semoga diredhakan kehidupan dulu kini dan akhirnya nanti.
semoga diberkati setiap inci perjalanan hayatku dari dalam kandungan emakku hingga ke liang lahatku.
semoga terus mampu untuk membahagiakan setiap manusia tersayang yang ada disisiku.

semoga dengan sisa usia yang berbaki ini, dipermudahkan diperkenankan segala hajatku mengenai urusan Agama, Dunia dan Akhirat.

Amin..

-julia-

Tuesday, March 20, 2012

semoga dijauhkan aku dari ...


semoga dijauhkan aku dari ...
menuduh tanpa bukti.
menfitnah tanpa saksi.

*diam*

semoga dijauhkan aku dari ...
dituduh tanpa bukti
difitnah tanpa saksi

*diam*

manusia boleh cipta berjuta cerita berita
semata-mata untuk membenarkan rasa mereka
semata-mata untuk paksa semua kita mengiyakan mereka

untuk buat manusia benci sama manusia
untuk buat manusia sayang sama manusia

*senyum*

kalau kita sayang orang, berpadalah.
kalau kita tidak suka orang, cukuplah benci pada sikapnya bukan pada orangnya.

jangan ditambah tuduhan sebarang, jangan ditokok cerita melalui tafsiran
sebab kita cuma manusia, hebat mana diri kita kalau nak dibanding tanding dengan kuasa Allah swt?

dan
bilamana tafsiran kita silap, jatuh hukum kita juga akan silap. kesannya pada mangsa.
bilamana tuduhan kita semata fitnah, kita sebenarnya bikin punah hidup manusia lain adanya.

renung dan fikirkanlah.
menuduh tanpa bukti, tanpa saksi - itu fitnah!
dan fitnah itu besar dosanya. seperti membunuh.

berdoakanlah semoga kaum keluarga, sahabat dan kenalan kita tidak didekatkan dengan semua perkara yang boleh membawa kepada fitnah dan difitnah.

Amin

-julia-




Tuesday, March 13, 2012

rosak~

sebak dan sedih engkau bukan semata terkenangkan anak tapi.
rupanya tanda engkau akan dilukai..

haihhh..

sabarlah.
untuk semua suara yang sinis dan yang ditinggikan.
untuk semua yang merobek merosak rasa.

diam dan telanlah.
jika tidak jatuh berdosa engkau nanti

sabarlah
diam dan telanlah.

dilabel melampau walau hakikatnya TIDAK..

Allah,
sabarkanlah hati hambamu, kuatkanlah semangat ini..

Maafkanlah. maafkanlah sebelum dipejam mata..

terkenang~

aku rindu anak aku.

agak-agak dia ingat tak kat aku?

*diam*

Thursday, March 1, 2012

ralat kehidupan~


kalau kita bertanya jadi salah, apa maknanya?
kalau kita berhujah jadi salah, apa ertinya?

*diam*

ditelan diam difikir dalam
dan

nah!
itu tandanya itu maksudnya

kita HILANG HAK

kita HILANG HAK untuk bertanya dan bersoal jawab.

*senyum*

dan
siapalah kita untuk berhujah sama yang tinggi darjatnya?
siapalah kita untuk bersoaljawab sama manusia dalam ilmunya?

jangan kita sibuk-bising mahu bicara
jangan kita pandai-bijak menyusun kata

nanti
kita dilabel orang yang tak mahu mendengar
degilnya kita digambarkan sebagai umat nabi terdahulu
diajak diajar kebaikan takmahu diturut

kalaupun niat kita cuma mahu bertanya bersoaljawab pada yang katanya punyai ILMU

dan
kerna ILMU kita tak sama level nya
HAK kita HILANG bersama rendahnya ILMU kita

*diam*

orang muda tak mungkin dapat berhujah sama orang tua jika itu gayanya
orang bodoh tuli tak mungkin dapat bersoaljawab sama orang bijakpintar jika itu ukurannya

jasa aku takmungkin sama dengan jasa mereka

jadi
aku tak layak bicara apa-apa tentang mereka.

OK
aku faham. aku terima

sekian
-julia-