aku rindu anak aku.
agak-agak dia ingat tak kat aku?
*diam*
Tuesday, March 13, 2012
Thursday, March 1, 2012
ralat kehidupan~
kalau kita bertanya jadi salah, apa maknanya?
kalau kita berhujah jadi salah, apa ertinya?
*diam*
ditelan diam difikir dalam
dan
nah!
itu tandanya itu maksudnya
kita HILANG HAK
kita HILANG HAK untuk bertanya dan bersoal jawab.
*senyum*
dan
siapalah kita untuk berhujah sama yang tinggi darjatnya?
siapalah kita untuk bersoaljawab sama manusia dalam ilmunya?
jangan kita sibuk-bising mahu bicara
jangan kita pandai-bijak menyusun kata
nanti
kita dilabel orang yang tak mahu mendengar
degilnya kita digambarkan sebagai umat nabi terdahulu
diajak diajar kebaikan takmahu diturut
kalaupun niat kita cuma mahu bertanya bersoaljawab pada yang katanya punyai ILMU
dan
kerna ILMU kita tak sama level nya
HAK kita HILANG bersama rendahnya ILMU kita
*diam*
orang muda tak mungkin dapat berhujah sama orang tua jika itu gayanya
orang bodoh tuli tak mungkin dapat bersoaljawab sama orang bijakpintar jika itu ukurannya
jasa aku takmungkin sama dengan jasa mereka
jadi
aku tak layak bicara apa-apa tentang mereka.
OK
aku faham. aku terima
sekian
-julia-
Wednesday, February 29, 2012
25 Feb 2012 - sekejab dan hilang
tak sangka, sekejab.
tahu akan hadir anak kecil ini pada 20 Feb 2012, dimaklum doktor sudah 5minggu 1/2
mana tahu belum sempat semua ilmu dikongsi kaum keluarga
Allah telah ambil anak kecil ini kembali pada 25 Feb 2012.
*senyum*
sumpah, aku tak sedia!
langsung.
tak pernah bayang akan secepat ini. sesekejab ini.
dikenang diamati dalam semua wajah keluarga.
hibanya jangan dibilang cakap
tapi
masing-masing sembunyi tunjuk bilang kuat
*diam*
anak kecil kami yg pertama ini, walau sekejab dia datang..
tapi bersamanya diusung rezeki buat kami.
diringankan beban kami, dilegakan rasa susah rasa payah kami.
dan
tambah sebak, bila kenang belum sempat membalas budi baek sikecil ini, dianya telah diambil Allah kembali.
kami redha
kami tahu belum masa kami
kami terima dan kami tahu
perancangan Allah itu lagi Maha Elok dari perancangan kami
*diam*
buat anak Umi,
yang pertama dan yang membawa rezeki
terima kasih sayang, Umi sayang dan akan ingat kamu selalu.. kerana kamu adalah anak Umi yang terpaling pertama dalam hidup Umi.
*senyum*
sekian
-julia-
Tuesday, February 21, 2012
Alhamdulillah, Diberi Peluang..


Ya Allah,
Terima Kasih untuk ruang dan peluang yang tak pernah berhenti
Terima Kasih untuk kasih sayang yang tak pernah habis
Terima Kasih, Allah.
Terima Kasih Banyak-Banyak.
*diam*
kawan-kawan
yang lalu singgah sini
minta tolong kalian doakan kami seisi keluarga untuk terus dalam lindungan Allah hingga anugerah ini selamat lahir ke dunia..
semoga dengan doa kalian,
dianya sihat sempurna
Amin.
Terima Kasih
-julia-
Thursday, January 26, 2012
Aku redha~
28hb January 2012, buat aku sedih teruk.
muka ada senyum. hati basah kuyup meraung menanges
mengenang nasib tak berapa nak baek
*diam*
Ya Allah,
minta hilangkan rasa sayu sedih dihati ini
minta ikhlaskan segenap jiwa sanubari
sesungguhnya aku terima ini sebagai ujian dariMu Ya Rabbi
aku redha. aku terima andai ini yang tertulis untuk aku.
bukan rezeki aku
bukan masa aku
bukan takdir aku
senyumlah ikhlas lagi sygku, Julia.
sekian
-julia-
Monday, January 16, 2012
lately..
badan rasa gila tak sihat
selsema teruk buat aku rasa gila tak selesa
punya nak habaq bagi keadaan teruk sgt.. sampai GILA laa katakan.
;D
cuti tak kemana
ada peluang tido
selsema punya pasai .. sampai mata pon tak larat bukak
paling kesian dekat suami aku
dapat isteri kaki merap
kalau bujang dulu, mak lah jadi mangsa.
HAHA
Alhamdulillah, dapat suami nak layan isteri yg ngada-ngada macam aku
*diam*
jumaat sabtu ahad isnin
siyes, aku tak selesa dengan dunia aku
*doakan aku cepat sembuh*
Amin
sekian
-julia-
Thursday, January 12, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

