harini tercuit sikit emosi aku
rasa sikit sedih kecil hati
untuk seorang yang dihormati
untuk seorang yang tidak mungkin dapat aku benci
aku sudah maafkan
untuk lupa padam
InsyaAllah nanti-nanti aku cuba
*senyum*
kita manusia
emosi kita macam-macam
kita mudah lupa bila kita beremosi
ayat patah kata kita kadang kala buat orang tak selesa
itu takkan pernah kita kesah
yang kita kesah emosi kita yg perlu didulu-dulukan
kita yg terpaling risau
kita yg terpaling takut
kita yg terpaling sayang
kita yg terpaling penting
semua kita
kita kita kita
*diam*
macam kita
orang lain
yang tukang dengar
yang tukang baca
yang tukang lihat
yang tukang rasa
semua pon ada emosi tersendiri
jangan ingat bila kita buat sesuatu tu elok untuk kita, maka elok utk orang lain juga.
kita manusia
dicipta berbeza-beza adanya
jadi jika boleh, risau mana kita, marah mana kita, sedih mana kita, sayang mana kita
mungkin bukan semata-mata kita.
pasti ada yg terkena tempias itu-itu jugak
*senyum*
aku paham
kita hanya mahu dengar tahu apa yang kita suka dengar
lain-lain yang bunyi nye tak best untuk kita suka, emosi kita bukan main lagi kan?
harini aku belajar untuk terima dan positif
Alhamdulillah, harini positif aku agak mewah berbanding negatif.
HAHA
sekian
-julia-