Thursday, February 24, 2011

cinta-cinta bunga~


kami cantik dan kami cun abis!

so please jeles!!

ha ha ha..

sumpah! aku rindu kekasih aku.

*senyum*

sungguh tak terluah dengan kata-kata betapa aku cinta sayang dia.
dan betapa aku tahu dia begitu menyintai aku sepenuh hatinya.
walaupun perangai aku yang mcm gila tak hengat ni kadang kala menguji kesabaran beliau.

semoga plan kami untuk dirikan rumahtangga tahun ini terlaksana hendaknye. Amin...!!
tapi kalau tak diijinkan Tuhan, plan tukaq p 2012 pon boleh..

nothing to rush actually.

cuma nak sempurnakan iman. nak lengkapkan amal.
moga-moga.

Amin.

to my baby boo. siyesly rindu sgt pada kamu!
please take care until we meet this weekend, ok!

sekian.





Wednesday, February 23, 2011

busy!


hi.

lately busy cm gila!
kesian kekasih tak dapat cukup perhatian.

*sigh*

hopefully dia mampu jadi yang paling memahami.

*senyum*

23-25hb ni aku jadi boss!
opss.. penganti boss sebenarnya..

beliau ke KL atas urusan rasmi, gitooo

ha ha ha

tak seronok ok!
tak enjoy pon jadi org penting!

sungguh badan berehat otak berjalan.
tapi dan jugak aku cilok-cilok online. maklumlaa takmo tension-tension sangat.
kang ada yang parking moto tapi tak tongkat segala.

ha ha ha

kesian aku kan?

ke aku jerk yang buat teruk gila :p

watever!

apa-apapun.
as long as aku masih boleh senyum dan respon pada alam. kirenye aku masa waras.

to my honey dew ..
i miss u a lot!
love u so much..

u knw it!

muaahh..

sekian


Saturday, February 19, 2011

incik bakal somi.. sila dengar sini!

entri kali ini aku nk taip tulis untuk manusia yang Tuhan tulis takdir untuk jadi suami aku suatu hari nanti, cewaaahhh!

*InsyaAllah kalau ada laaa yek*

hehe

incik bakal somi,
saya nak awak tahu saya seorang yang berdikari dan bajet cool habis!
cuma kadang-kala saya agak manja dan ngada-ngada.
so please layan saya ikut keadaan saya. ye!

*over tau! statement tak leh blah :p

ha ha ha

incik bakal somi,
saya paling teruk beremosi bila datang bulan dan bila ada yang menyakitkan hati org terdekat tercinta tersayang saya termasuklah diri saya sendirik.
jadi saya akan maki bebel sampai puas. lepas itu biasanye saya lupa.
so bila saya beremosi teruk, awk janganlah join emosi tersebut.
Sebaliknya datang dan tenangkan saya. buatlah saya senyum dan ilangkan semua duka lara sakit derita saya yek..

haihh..

saya harap awak dapat memahami keadaan saya, saya risau sangat awak tak mampu nak ikut rentak saya. saya menyampah sangat pada manusia yang mengada-ngada masa saya tak ok!.
meluat rimas nak layan semua segala.
so please kawal diri awak untuk kawal emosi saya.

*oh sungguh setiap kalinye saya akn terluka teruk!

;(

incik bakal somi,
saya garang dan agak pemarah.
dan
ketahuilah sesungguhnya bila saya marah saya akan jadi manusia paling buruk sifatnye..
yang awak sendirik tak mampu untuk bayangkan..

so awal-awal lagi saya nak minta maaf kalau-kalau satu hari nanti awak akan terkejut berok tengok saya marah..

incik bakal somi,
saya tahu memasak. cuma tak cukup hebat untuk jadi macam mak saya atau ibu awak.
tapi
untuk awak, InsyaAllah saya akan perhebatkan skill memasak saya supaya kehidupan awak terjaga!.

*oh suwit tak saya?*

he he he

incik bakal somi,
harta awak saya tak minta-beri. duit awak saya pinjam-ganti.
kasih sayang awak yang saya ingini.
semoga cinta awak sampai saya mati.

minta tolong nanti,

jadilah imam saya ketika solat mengadap Ilahi.
jadilah panduan untuk saya ketika tersesat.
jadilah yang setia ketika susah payah.
jadilah yang penyabar bukan pemarah.
jadilah yang rasional bukan emosional.

sungguh setiap yang awak tunjuk beri saya akan patuh taati.
itu sumpah saya nanti sebagai Isteri.

jika awak benar, InsyaAllah saya tak mungkin degil seperti sekarang.

sekian~










Tuesday, February 15, 2011

surat untuk kekasih~


Assalammualaikum.
Kehadapan Muhammad Al Khaththab (papa cumil sayer), kekasih di siang dan malam ku..

Semoga 'papa' dalam keadaan indah sekali saat ini.

Pa,
Terima kasih kerana menyintai 'mama' sepenuh hati.
Terima kasih kerana menjaga 'mama' selagi termampunye 'papa'.
Terima kasih untuk segalanya.

Pa,
Sungguh 'papa' bukan cinta mama yang pertama, tapi cinta 'papa' terbaik antara semua.
Sungguh 'papa' bukan manusia sempurna, tapi cinta 'papa' terpaling sempurna buat 'mama'.

Pa,
Terima kasih untuk semua segala.

Pa,
Semoga kita kuat dan mengagah untuk setiap dugaan dan ujian mendatang. 'mama' tahu sukar untuk kita luahkan dengan kata-kata betapa kadang kala kita hampa kecewa dengan keadaan dan persekitaran, betapa kita benci jijik dengan semua keputusan yang tak masuk akal dan betapa dunia kejam tak berperasaan.

Sungguh kita masih yakin dengan tali Allah, sungguh kita masih yakin dengan nikmat dan hikmahNya.
Sabarlah jika kita gagal. Redhalah jika kita terkandas.
Semoga bila kita redha dengan ketentuanNya. Allah akan redha dengan perbuatan dan usaha kita. Amin.

Pa,
Ingin 'mama' khabarkan dengan rasa penuh bangga, ketahuilah sejak mula kita jumpa hingga saat ini 'mama' tak pernah menyesal memilih 'papa'..
Ingin 'mama' hebah hebohkan pada dunia betapa 'mama' manusia gadis terpaling untung punya kekasih sehebat 'papa'.

"I love you so much, Muhammad Al Khaththab"

Pa,
Semoga ada jodoh kita,
Semoga hingga hujung nyawa hendaknya kasih cinta sayang kita,
Semoga setiap satu kesusahan kesedihan kelukaan kita hari ini adalah untuk setiap bahagia kita di masa hadapan...

Pa,
Maafkan 'mama' jika sepanjang tempoh ini, ada kata-kata perbuatan 'mama' yang melukakan meyinggung perasaan 'papa' dalam sedar atau tidak..

Ketahuilah Pa, ...
"Papa terbaik dalam hidup mama, terima kasih Cinta~"

Wassalam....

-julia-









Monday, February 14, 2011

ralat terkilan~


;(

dugaan akan buat manusia lebih kuat untuk mengigil mengagah.

semoga kami tidak putus asa atas semua segala~

sekian





Friday, February 11, 2011

impian ke langkah 2~

setiap manusia kat muka bumi nie sah-sahlah ada impian perkahwinan masing-masing.
kan.kan.kan?

dan
samalah macam aku ponn.

mesti nak majlis meriah mewah.
mesti nak cantik lawa.
mesti nak sempurna segala.

oh..
sungguh aku masih manusia biasa-biasa.

memenuhi kehendak setiap manusia yang ada dalam hidup adalah sesuatu yang tak mungkin langsung.

apatah lagi kehendak sendirik.
kita bukan manusia kaya!

*mujur aku tak pernah lupa*

misi berkahwin untuk aku simple
mahu sempurnakan iman. mahu meramaikan umat.

oh suci bukan?

aku kenal aku sapa.
tapi
mana ada manusia sempurna.
buruk-buruk mana pun mesti ada baek terselit kat mana-mana.
baik-baik mana pun mesti ada buruk terlekat kat mana-mana.

macam juga.
tak semua manusia bijak dalam semua bidang.
mesti ada biol kat celah-celah bedah jugak kan..

*membebel plak*

sungguh aku mahu cari bahagia dalam sebuah perkahwinan.
bila aku jumpa. percayalah aku tak mungkin lepas setiap satu darinya.

-----

aku selalu cakap pada ramai manusia.
aku mahu dinikah pada usiaku cecah 25tahun.

sungguh langsung tak sangka baris kata ayat tersebut bakal direalisasikan tak lama lagi..

itupun jika sempat.itupun jika dewan punya tempat.

setiap hari.
aku mula pasang angan-angan.

mahu itu ini.
semoga aku tidak membazirkan atas sesuatu yang langsung tak perlu.

aku mahu biasa-biasa
tak melebey terlebey.
tak membazir terbazir.

dan
selepas semua selesai
kami masih mampu untuk bersorak meriah!

dan
aku mahu suami aku nanti senyum sebab punya isteri yang baek hati.
aku mahu kami meriah selepas bergelar raja permaisuri sehari.

dan
aku mahu bilang.

AKU TAK HIDUP DENGAN KATA ORANG!
AKU TAK HIDUP DENGAN DUIT ORANG!

SO KALAU RASA DATANG DALAM HIDUP AKU SEMATA-MATA NAK SIBUK MENYIBUK YANG MERIMASKAN . SILA BLAH!

sekian~




Friday, February 4, 2011

Terima kasih~

sudah diberi restu untuk terus ke langkah 2~

Tuhan, terima kasih.

sungguh hanya Engkau tahu semuanya.


tunaikan segala hajat kami berkenaan agama, dunia & akhirat.
permudahkan segala urusan kami berkaitan agama, dunia & akhirat.
Amin.

*senyum*