Friday, November 30, 2012

Menghitung Hari..

uikss kalau tengok ticket disebelah..
lebih kurang 27hari jerk laa~

aduuhhh
sudah bersedia kah aku untuk berjuang?

:|

selamatkah aku?
selamatkah anak aku?

*diam*

oh Tuhan, hanya padamu aku pinta
berikan apa saja yang terbaek untuk kami sekeluarga, aku akan terima.
InshaaAllah bersama redha ikhlas segala.

Amin

*senyum*

jujur cakap, sekarang aku dah malas nk p check up

HAHA

sumpah, lately aku busy gila!
banyak keja.
yang pending nye
yang dok masuk nye

hari-hari busy like crazy
fuuhhhh sangat dugaan uolsss dengan keadaan diri yang sudah sarat nie.

memandangkan dah makin dekat nie
makin kerap plak depa dok soh ulang ke klinik.

oh mannn...

somi aku pon beban kerja dah bertambah
sebab dah jadi in charge untuk training Penang sekarang.
kebetulan orang atasnye resigned.
memandangkan utk training hanya depa dua ja..
so lani tinggai somi ai sorang ja.
arahan HQ, minta dia yang handle segala.

fuhhh!

so adalah sangat menyusahkan kalau kami dok kena p klinik 
semata-mata nak p check ayaq kencing & tekanan darah yang so far Alhamdulillah OK.
berjam plak nak tunggu giliran.

huhu

untuk this week, aku skip
tak p pon.

;P

hopefully kesihatan aku OK.
cuma berat jerk laa yg menjadi concern nye sekarang.

haihhh..

kadang-kadang memang rasa tak sabaq gila nak beranak
nak jumpa baby
nak lepak cuti

HAHA

tapi
kalau boleh aku nak baby aku lahir time public holiday!

ahaks.. 
25hb Dec or 1hb Jan 2013

alasan nye cuma satu
aku nak setiap tahun sambutan hari kelahiran baby, kami berdua ada dengan dia

:)

*suwittt dak aku?*

HAHA

kita hanya mampu merancang maaaa...
Allah penentu segalanya bukan?
apa-apa pun aku terima

saja nak dok wat 'sandiwara' - bak kata boss aku yang baru dapat ayat baru 

:P

*boss aku nye BM sgt lemah.. so lau dia dpt 1bahasa melayu yg rare didengari telinganya adalah satu kemestian untuk dia ulang bilang setiap jam*

HAHA

sengal kan?
tapi dia boss yang baek. yang murah hati memberi banyak commision kat aku.
so penat lelah terasa berbaloi-baloi

rezeki anak bonda semua nye. 
Terima kasih Al-Ziqri

sekian
-julia-
 
 

Monday, November 26, 2012

aisehh.. kena tipu plak.

perasaan yang paling aku tak suka ada dalam hidup aku, adalah perasaan kena tipu

*senyum*

kena tipu buat aku rasa gila BODOH

biasanya kalau kena tipu dengan orang yang tak dikenali, mungkin akan rasa SIKIT jek BODOH tu.
sebab tak kenal kan?

tapi kalau kena tipu dengan orang yang kita BAJET kenal nie
level keBODOHAN kita meningkat ke tahap paling terpaling BODOH lah kiranya.

;P

tapi,
Alhamdulillah, orang yang menipu aku nie... 
sepandai-pandai dia menipu akhirnya KANTOI teruk jugak depan aku.

lambat atau cepat, aku tetap dapat tahu.
Allah punya kuasa.
mungkin dia taknak aku terus-terus kena tipu kot. 
paling rasa bertuah, siap tunjuk depan muka.

:)

1st time aku kena tipu dengan 1st BF aku.
aku memang tak dapat terima.
tak boleh handle.
marah aku bukan tahap biasa-biasa
lepas mengamuk menjerit depan muka
 
baru aku lega dan blah
 
boleh bayang tak muka lelaki bertukaq jadi tikus?
HAHA
 
memang lawak gila masa tu
bukan nak marah sangat pon. tapi sebab dia buat kita rasa bodoh
apasalah nya kita buat dia nampak bodoh plak kan?
 
;P
 
tapi
rasa percaya dah mula hilang dalam diri
 lepas tu masing-masing buat hal sendiri
 
"hang cakap lah apa pun lepas nie. aku dengaq dan buat tak reti."
 
last-last kami putus sebab percaya dah tak ada lagi
habis kalau dah asyik kantoi dan tak setia lagi pada janji
buat apa nak tunggu sakitkan hati?
 
*senyum*
 
2nd time kena tipu, dengan 2nd BF aku
kali nie aku prefer untuk terima dengan REDHA
 
mungkin ada salah silap aku
mungkin ini balasan untuk aku.
 
kecewa jangan dibilang-bilang
BODOH nya aku time tu memang tak dapat nak bayang.
 
tapi
mungkin sebab sayang, perempuan biasanya rela DIPERBODOHKAN terang-terang.
 
HAHA
 
Alhamdulillah, dengan 3rd BF aku
takde kes kena tipu.
 
;P
 
tak sempat mungkin?
tempoh kami kawan cinta singkat sikit dari yang 2 diatas.
 jodoh bercinta tu tak panjang orang cakap 

HAHA

boleh plak cmtu kan?

;D

last-last kawen dengan somi ai sekarang nie
sepanjang bercinta
takde rasa perasaan kena tipu

ke aku dh lupa?

HAHA

*diam*

macam mana aku cuba sedaya upaya untuk jujur dalam kehidupan aku
macam tu jugak sebenarnya aku harap manusia sekeliling aku untuk jadi jujur pada aku.
 
aku jenis yang mudah percaya
bila aku percaya aku dah tak kesah banyak perkara
 
macam aku percaya ALLAH sentiasa ada
jadi setiap jalan hidup aku, aku memang tak kesah banyak menda.
aku tahu, jatuh bangun aku ada hikmah dan nikmatNYA yang tersedia.
 
dunia tak kan selalu indah untuk kita kan?
manusia-manusia penipu nie memang akan selalu ada dalam hidup kita.

sebab kita tak sempurna. sebab mereka tak sempurna
kita semua manusia
adatlah kena tipu menipu ditipu nie kan.

so
berhati-hatilah, sekurang-kurang dapat elak rasa BODOH tu wujud dalam hati kita.

'trust no one'
kalau mampulah
 
;P

sekian
-julia-

Friday, November 23, 2012

Arjuna Beta - Fynn Jamal


arjuna beta
--------------

verse 1

tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular--
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata--
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

*senyum*

Dah tak lama wehh~

35 minggu, baby bonda dah 2.7kg

Alhamdulillah
hasil scan doktor, baby sihat dan tumbesaran normal

*senyum*

"Ya Allah, 
permudahkanlah segala urusanku untuk membawa anak lelaki ku Al-Ziqri Zulqarnain ke dunia,
selamatkanlah kami berdua, anugerahkanlah kesihatan yang sempurna untuk kami hendaknya.
Amin Ya Rabb"

sekian
-julia-

Monday, November 19, 2012

Kita Semua Sedang Diuji..

Jangan rasa bagus sangat apabila prihatin dengan isu Gaza. 
Rasa bagus itulah sifat yang menjadikan Yahudi terlaknat.
Pujuk, jangan kutuk.
Bina jambatan, bukan tembok.
Ajak, bukan ajar.
Jadi da’i, bukan mufti!
Kita mahu meramaikan mereka yang prihatin.
Bukan menambah kebencian sesama kita.
Kita boikot barangan Yahudi, ironi kita memecah belahkan sesama kita tanpa Yahudi campur tangan.
Self destructive!
Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami di Palestin, ya Mujib al-Du’a!
Sesungguhnya kami sedang sangat diuji.

 -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil-

*senyum*

sekian
-julia-

Friday, November 16, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Alhamdulillah, masih bernyawa. 
masih dipinjamkan dikasihankan dipeluangkan untuk mengutip bekalan-bekalan untuk dibawa ke sana nanti.

Semoga dosa-dosa silap lama segalanya terampun termaafkan Illahi hendaknya
Semoga amalan yang biasa-biasa ditahun lepas-lepas diterima Allah dengan redha adanya,

Semoga tahun ini ada hijrah dalam diri 
jika tidak banyak, harap yang sedikit itu mampu memberi impak besar dalam kehidupan sehari-hari.
 
Sebagai seorang muslimah,
aku masih lemah
 
*senyum*
 
moga terus mendapat petunjuk
moga tidak dibiar terlalai terlupa
moga masih dalam lindung dan redha Allah SWT
 
Amin

belum sempurna
masih mencari jalan untuk ke syurga Allah yang kekal abadi.
 
sekian
-julia-

Thursday, November 8, 2012

Hari Paling Cantik Buat JULIA~

15 October 2011



















Alhamdulillah, 
hingga ke harini saya masih cantik seperti diatas kerana somi sentiasa menyayangi saya.

*senyum*

sekian
-julia-

Tuesday, November 6, 2012

Rezeki Anak Bonda~

Alhamdulillah,
rezeki anak bonda tak pernah putus

Awai-awai hari tu,
Papanda dinaikkan gaji - banyak pulak tuh. syukur sangat.
Bonda pon gaji dah revise, dan setiap position yang bonda berjaya tutup bonda akan dapat komisen.

Alhamdulillah
dengan gaji yang makin selesa nie lah.
Papanda & Bonda pelan-pelan siapkan barang baby.
boleh lah baby nak merasa barang-barang yang berkualiti macam anak orang lain jugak.
kan?

dulu Papanda & Bonda mungkin tak dapat merasa, 
tapi untuk baby.. In Shaa Allah.. kami usaha OK sayang~


*senyum*

rezeki kali-ni,
Nenda Ma & Nenda Pa baby belanja baby tempat tido.

dengar cerita beli sampai dua jenis

 satu untuk dibaring buai
satu lagi untuk lapik lepak guling atas lantai tilam segala.

:)


Bonda Ajmal cakap, ini lah yang dibeli utk dibaring buai tuh.
yang bawah ni untuk dibuat lepak atas lantai katil kata mereka.
 

yang lapik kepala singa nie, Bonda Syiqah & Suami nye hadiahkan untuk baby.


stoking kaki tangan ni pulak dari Bonda Ajmal

Alhamdulillah.
murah rezeki anak bonda nie
*senyum*
Harini, 
Bonda sms Nenda Ma, cakap terima kasih banyak-banyak.
 Nenda Ma cakap, nanti nak beli-beli lagi untuk baby.
segan plak rasanya Bonda nie. 
tapi.. Nenda Ma cakap, biarlah ini rezeki baby.
dan
Nenda Ma cakap lagi, Bonda Syiqah pon ada barang yang nak dibelikan untuk baby tau.
fuhhhh..
bertuah sungguh baby kan?
baby, jangan lupa cakap Alhamdulillah tau!

itu baru keluarga Papanda tau.
keluarga Bonda pon dengar-dengar cerita nak memberi jugak.
 *senyum*

Baby seronok dak?
semua orang sayang baby, semua orang tak sabar nak tengok baby.
baby kena sihat & kuat OK!

tak lama dah sayang, lebih-kurang 51 hari jerk lagi dari tarikh jangka.

Bonda harap, kita selamat.
In Shaa Allah.

sekian
-julia-

Monday, November 5, 2012

Tahun Depan~

In Shaa Allah
Tahun Depan 2013

akan
duduk lepak
di rumah sendiri

^_^







actually kunci dah dapat bulan April (2012) ritu, tapi memandangkan aku disahkan hamil sekali lagi. 
so niat utk travel hari-hari dari Juru ke Pulau kami tangguhkan sekejab.

*senyum*

Alhamdulillah, 
cita-cita nak memiliki rumah sendiri dengan master-bed-room nya berbilik air sendiri tertunai akhirnya.

hahahaha

lawak kan aku?
aku memang tak bercita-cita besar.

cukup sekadar cukup
3bilik tidur
2bilik air
keluasan, Alhamdulillah.. Selesa.

*senyum*

Sumpah, 
tak sabaq nak lepak dirumah sendiri.
bersama suami & anak lelaki aku nanti.
itu pon dengan Izin Allah.

semoga ada ruang & peluang untuk kami bertiga.
semoga sempat

Amin

sekian
-julia-

Friday, November 2, 2012

October. November. December

Good Bye, October!

Hi November!

December
cant wait for you, please be nice to me OK!

two. plus. one

In Shaa Allah

^_^







 






sekian
-julia-