Wednesday, December 5, 2012

Ikhlas~


Rasulullah SAW. bersabda,
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah."
(HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.
 *senyum*

kita hanya hamba Allah yang lemah hina
kalau kita ada lebih sikit daya upaya itu pun pinjaman semata-mata
harap-harap kita takkan pernah lupa

*diam*

Macam aku, sekarang ini.
fuhhh.. rasa kurang sini sana
almaklumlah sudah sarat tak larat nak buat banyak benda perkara.

tapi
sejauh ini, aku sedayanya mencuba menjalankan tugas-tugas seharian sebagai
pekerja
isteri dan seorang anak
sumpah,
aku tak berjaya sangat dalam melaksanakan semua tanggungjawab
kerja nak disiapkan
rumah nak dikemas
baju nak dimesin sidai lipat susun segala
makan perlu dimasak
barang-barang baby perlu disiap sediakan segala
*diam*
kasihan suami aku
kalau dulu makan minum - hampir kepada sempurna terjaga bela
sekarang semuanya jauh dari sempurna jadinya
*diam*
kalau Ipoh dan Penang, jarak nya cuma selangkah.
aku rela dia lepak disana, biaq dirinya diurus jaga ibu segala
*senyum*

ikhlas soal hati
itu pasai aku tak mahu soal persoal
hati orang kita tak mungkin tahu kan?
dipihak kita sebolehnya hargailah setiap usaha pertolongan yang orang beri kasi.
dan jika ada jasa kita yang sedikit terselit pada orang lain pon, apa salah kita diam tak usah ungkit mengungkit banyak perkara cerita, sungguh pon niat cuma hanya mahu berjenaka
sebab itu boleh mengundang luka.
*senyum*
sebab kadang kala
soal jasa baek budi ini semua terhutangnya tak dapat berganti, biasanya akan dikenang-kenang membawa sampai mati
itu pasai kalau bunyi-bunyi sakat jenaka atau sengaja diungkit beriya bercerita, hal budi-budi ini boleh jadi yang senjata paling tajam menghiris jiwa sanubari.
*diam*

aku pon kadang kala terlepas terlupa
maklumlah, badan letih tak larat segala

kerja banyak nak dihadap diselesaikan semua
bila ada yang tak cuba memahami situasi kita
sikit-sikit pasti hati akan ada rasa nak merungut bersungut semua

amal kerja dibuat tanpa ikhlas adalah sia-sia
itu pasai kalau letih teramat sangat
ada kalanya berdiam diri jalan terbaek kepada semua
jika tidak,
terasa nak diamuk satu dunia.

*senyum*

kalau orang tidak ikhlas sama kita
itu bahagian dia
tapi
untuk diri kita. untuk diri aku yang lemah hina
semampunya. sehari-hari mengingatkan diri dan memesan pada hati
ikhlaslah. terimalah. redhalah

ini habuan untuk aku juga akhirnya

*senyum*

sekian
-julia-

No comments:

Post a Comment