Monday, January 24, 2011

manusia yang penyibuk

2011
buat manusia penyibuk makin ramai dalam hidup aku.

arghh semak!

opss!

ha ha ha

semoga kalian mendapat bahagia atas perbuatan kalian.


sekian

-julia-








Sunday, January 23, 2011

belum sempurna

aku manusia biasa jerk pon.
maaflah jika ada yang terasa hati dengan aku, katenye udah sombong belagak abis..
omg! sumpah aku biasa-biasa~..
p/s: yang pergi tak semestinya tak baek hati. yang datang belum tentu elok perketi, ok!
*diam*

aku punya hidup privasi.
aku punya limitasi.

dan
aku sudah ulang bilang.
kalau aku diam tak beberita. apa salah engkau datang kongsi segala?

kenapa masih aku dipersalah kerna punya sikap lain dari yang dulu-dulu?

haihhh..

aku manusia biasa jerk pon.
maafkan aku kalau lompang rompang aku ini sakitkan engkau seluruh anggota!

*diam*

terima kasih untuk nilai kredit yang engkau abiskan semata-mata untuk luahkan sindir perli selama harini.
terima kasih untuk segalanya.

dan.

mulai sekarang aku anggap engkau sudah hilang dari kewujudan~

sekian~



Friday, January 21, 2011

datang bulan~

tak mampu elak
tak dapat lari.

*senyum*

Tuhan beri bagi pada kami-kami pada usia bergelar gadis.

setiap bulan pasti.
melainkan atas sebab munasabah lain. delay lah jawabnye~

*senyum*

dan
macam biasa seperti biasa.
laki-laki tak akan mungkin mampu mengerti apa mahu kami!

meracau merengek sakit.
meroyan tersentuh emosi melampau.
mengamuk mencarut sampai lupa diri.

*diam*

jadi
minta sabarlah sebanyaknya.
minta kekal kasih sayang adanya.
minta dimaafkan.

atas sebab kurang rasionaliti lebihnya emosi~

sekian

-julia-





Sunday, January 16, 2011

cemburu!


cemburu dengan ramai manusia yang masih punya ibu ayah/ mak abah..

sempurna kalian.

Tahniah.


*diam*

sungguh aku cemburu.
sumpah aku iri hati.

tapi

yakin Tuhan wujud
aku redha lagi..

sekian

-julia-

Friday, January 7, 2011

genap seminggu


Dynamic Value

periuk nasi yang ke 5 sejak lepas belajar tingkat ijazah

tak meriah mana. takat happy suka-suka ja.

boss ok. opis sempurna.

terbaek untuk latih diri jadi lebih ber' skill!

yeahhh!! semangat..

--------------------------------

boss cakap kalau aku mahu boleh majukan diri untuk tingkat pangkat dan mantapkan salary.. omg!
mampukah?

sungguh aku seram gila. tapi peluang macam gini jarang-jarang Tuhan bagi woo..

Insyaallah kalau aku dapat atasan dan mampu memahami ..
aku boleh lakukan nye!

*oh ..Tuhan tolong laa*

-------------------------------------------

sungguh untuk ke sekian kalinya. aku mahu ucap syukur pada Tuhan kerna nikmatnya masih diberi limpah pada seorang JULIA.

sumpah. aku happy!

-julia-



Friday, December 31, 2010

tambah satu tahun lagi~


2010

"still single but not searching"

ha ha ha

bye-bye

2011

hi-hi

-------------------------------------------------------------------------






Thursday, December 2, 2010

terpsiko teruk!

mungkin niat manusia mahu menyakat atau bajet suka-suka.

tapi

aku sudah mula rasa mahu bagi penerajang.

rasa macam mahu diamuk seluruh alam.
mulut rasa laju nak maki mencarut.

oh terasa sialnya mulut manusia yang happy gila letak asam garam gula segala dalam banyak cerita.

dan.
"hey manusia. kau berjaya buat angin aku tak elok ini malam".

syabas !

*diam*

aku fobia mungkin.
aku trauma mungkin.

aku gila.
sebab hal kecil-kecil. suka-suka. boleh buat aku terpsiko teruk!..

demyu!..

*senyum*

bajet kuat sangat. bajet hebat sangat.

*diam*

sungguh luka lama masih rasa sakitnya.

sekian.

-julia-