Thursday, March 31, 2011

merisik dirisik~

InsyaAllah,
kalau panjang umo. kalau ada rezeki.
hari sabtu bakal datang ini.
ibu abah kekasih akan datang untuk merisik anak dara Puan Jaimah yang gila mereng ini.

ha ha

bunyi macam kelakar jerk kan?

ini sirius!

mereka akan datang jika tiada aral melintang.

dan
silalah percaya yang Julia akan dirisik!

wow!!
sekian yang agak lama aku tunggu untuk tahu siapa jodohnya aku.
akhirnya Tuhan beri jawab.

semoga ini yang kekal hingga habis nyawa.
Amin.

*diam*

Semoga dua keluarga ini berjaya disatukan dan diikat erat utuh agar tidak putus.

^_^

untuk ke ntah berapa kali, aku nak bilang kat sini.
aku Happy dengan apa yang aku miliki harini.

walaupun duit mungkin masalah utama dalam kehidupan sehari-hari.
tapi mak cakap kalau kejar duit sampai bilapon takkan CUKUP!
so adalah lebih baik aku jadi manusia yang mencukupkan apa yang tidak.

Alhamdulillah.
dengan kurnia rezeki.

sekian
-julia-

Thursday, March 24, 2011

2hari lepas 25tahun


Assalammualaikum..~

Pada tanggal 22hb March 2011 umo aku sudahpun muktamat mencecah ke angkat 25tahun!!

wehuuuu..

macam biasa dan tersangat biasanya.
aku ni jenis manusia tak sedar tua!.. hahaha.

so langsung tak beri kesan pape pon.
yang pasti aku happy sgt!!
sbb banyak gila dpt ucapan dari semua yg mengenali..

oh terima kasih kalian!!!
syg korang kuat-kuat.

*diam*

aku lambat update kt blog sbb emosi aku tak ok masa hari kejadian..
sehari sebelum hari kelahiran aku.. kat umah ada perang besaq punya. so aku ter'efek sikit.
laupun aku ni jenis kesah tak kesah tp aku emo kuat. soo sentap jugak laa hati mak nakkk!!!

haihhh..

kesan perang tersebut tempiassnye melampau2.. tp aku redha jerk la.
malas nk amik port sgt. nanti ada yg mati tengah jalan dok pk hal tersebut.

*senyum*

oh lupa. taun nie sama jerk ngn taun lepas. takde hadiah istimewa.
cuma banyak berita hepi untuk manusia comot macam aku.

antara yang paling menyeronokkan:
incik bakal somi sudah ada wet untuk kawen sama aku :P
itu tandanye majlis aku makin dekat.

omg!.

ada sapa-sapa lagi yang seronok tak selain aku??

hee.. :D

thanks utk yg sentiasa mendoakan.

InsyaAllah, Majlis akn dilangsungkan dengan cara sendiri dan meriah tapi cukup sederhana dan simple.

terimalah kami seadaanya. tak terimapon takpa. cuma janganlaa mengata :P

thankss all.. !
sini dulu untuk kali ini..

hingga dan sampai bertemu!!

sekian
-julia-



Thursday, February 24, 2011

cinta-cinta bunga~


kami cantik dan kami cun abis!

so please jeles!!

ha ha ha..

sumpah! aku rindu kekasih aku.

*senyum*

sungguh tak terluah dengan kata-kata betapa aku cinta sayang dia.
dan betapa aku tahu dia begitu menyintai aku sepenuh hatinya.
walaupun perangai aku yang mcm gila tak hengat ni kadang kala menguji kesabaran beliau.

semoga plan kami untuk dirikan rumahtangga tahun ini terlaksana hendaknye. Amin...!!
tapi kalau tak diijinkan Tuhan, plan tukaq p 2012 pon boleh..

nothing to rush actually.

cuma nak sempurnakan iman. nak lengkapkan amal.
moga-moga.

Amin.

to my baby boo. siyesly rindu sgt pada kamu!
please take care until we meet this weekend, ok!

sekian.





Wednesday, February 23, 2011

busy!


hi.

lately busy cm gila!
kesian kekasih tak dapat cukup perhatian.

*sigh*

hopefully dia mampu jadi yang paling memahami.

*senyum*

23-25hb ni aku jadi boss!
opss.. penganti boss sebenarnya..

beliau ke KL atas urusan rasmi, gitooo

ha ha ha

tak seronok ok!
tak enjoy pon jadi org penting!

sungguh badan berehat otak berjalan.
tapi dan jugak aku cilok-cilok online. maklumlaa takmo tension-tension sangat.
kang ada yang parking moto tapi tak tongkat segala.

ha ha ha

kesian aku kan?

ke aku jerk yang buat teruk gila :p

watever!

apa-apapun.
as long as aku masih boleh senyum dan respon pada alam. kirenye aku masa waras.

to my honey dew ..
i miss u a lot!
love u so much..

u knw it!

muaahh..

sekian


Saturday, February 19, 2011

incik bakal somi.. sila dengar sini!

entri kali ini aku nk taip tulis untuk manusia yang Tuhan tulis takdir untuk jadi suami aku suatu hari nanti, cewaaahhh!

*InsyaAllah kalau ada laaa yek*

hehe

incik bakal somi,
saya nak awak tahu saya seorang yang berdikari dan bajet cool habis!
cuma kadang-kala saya agak manja dan ngada-ngada.
so please layan saya ikut keadaan saya. ye!

*over tau! statement tak leh blah :p

ha ha ha

incik bakal somi,
saya paling teruk beremosi bila datang bulan dan bila ada yang menyakitkan hati org terdekat tercinta tersayang saya termasuklah diri saya sendirik.
jadi saya akan maki bebel sampai puas. lepas itu biasanye saya lupa.
so bila saya beremosi teruk, awk janganlah join emosi tersebut.
Sebaliknya datang dan tenangkan saya. buatlah saya senyum dan ilangkan semua duka lara sakit derita saya yek..

haihh..

saya harap awak dapat memahami keadaan saya, saya risau sangat awak tak mampu nak ikut rentak saya. saya menyampah sangat pada manusia yang mengada-ngada masa saya tak ok!.
meluat rimas nak layan semua segala.
so please kawal diri awak untuk kawal emosi saya.

*oh sungguh setiap kalinye saya akn terluka teruk!

;(

incik bakal somi,
saya garang dan agak pemarah.
dan
ketahuilah sesungguhnya bila saya marah saya akan jadi manusia paling buruk sifatnye..
yang awak sendirik tak mampu untuk bayangkan..

so awal-awal lagi saya nak minta maaf kalau-kalau satu hari nanti awak akan terkejut berok tengok saya marah..

incik bakal somi,
saya tahu memasak. cuma tak cukup hebat untuk jadi macam mak saya atau ibu awak.
tapi
untuk awak, InsyaAllah saya akan perhebatkan skill memasak saya supaya kehidupan awak terjaga!.

*oh suwit tak saya?*

he he he

incik bakal somi,
harta awak saya tak minta-beri. duit awak saya pinjam-ganti.
kasih sayang awak yang saya ingini.
semoga cinta awak sampai saya mati.

minta tolong nanti,

jadilah imam saya ketika solat mengadap Ilahi.
jadilah panduan untuk saya ketika tersesat.
jadilah yang setia ketika susah payah.
jadilah yang penyabar bukan pemarah.
jadilah yang rasional bukan emosional.

sungguh setiap yang awak tunjuk beri saya akan patuh taati.
itu sumpah saya nanti sebagai Isteri.

jika awak benar, InsyaAllah saya tak mungkin degil seperti sekarang.

sekian~










Tuesday, February 15, 2011

surat untuk kekasih~


Assalammualaikum.
Kehadapan Muhammad Al Khaththab (papa cumil sayer), kekasih di siang dan malam ku..

Semoga 'papa' dalam keadaan indah sekali saat ini.

Pa,
Terima kasih kerana menyintai 'mama' sepenuh hati.
Terima kasih kerana menjaga 'mama' selagi termampunye 'papa'.
Terima kasih untuk segalanya.

Pa,
Sungguh 'papa' bukan cinta mama yang pertama, tapi cinta 'papa' terbaik antara semua.
Sungguh 'papa' bukan manusia sempurna, tapi cinta 'papa' terpaling sempurna buat 'mama'.

Pa,
Terima kasih untuk semua segala.

Pa,
Semoga kita kuat dan mengagah untuk setiap dugaan dan ujian mendatang. 'mama' tahu sukar untuk kita luahkan dengan kata-kata betapa kadang kala kita hampa kecewa dengan keadaan dan persekitaran, betapa kita benci jijik dengan semua keputusan yang tak masuk akal dan betapa dunia kejam tak berperasaan.

Sungguh kita masih yakin dengan tali Allah, sungguh kita masih yakin dengan nikmat dan hikmahNya.
Sabarlah jika kita gagal. Redhalah jika kita terkandas.
Semoga bila kita redha dengan ketentuanNya. Allah akan redha dengan perbuatan dan usaha kita. Amin.

Pa,
Ingin 'mama' khabarkan dengan rasa penuh bangga, ketahuilah sejak mula kita jumpa hingga saat ini 'mama' tak pernah menyesal memilih 'papa'..
Ingin 'mama' hebah hebohkan pada dunia betapa 'mama' manusia gadis terpaling untung punya kekasih sehebat 'papa'.

"I love you so much, Muhammad Al Khaththab"

Pa,
Semoga ada jodoh kita,
Semoga hingga hujung nyawa hendaknya kasih cinta sayang kita,
Semoga setiap satu kesusahan kesedihan kelukaan kita hari ini adalah untuk setiap bahagia kita di masa hadapan...

Pa,
Maafkan 'mama' jika sepanjang tempoh ini, ada kata-kata perbuatan 'mama' yang melukakan meyinggung perasaan 'papa' dalam sedar atau tidak..

Ketahuilah Pa, ...
"Papa terbaik dalam hidup mama, terima kasih Cinta~"

Wassalam....

-julia-









Monday, February 14, 2011

ralat terkilan~


;(

dugaan akan buat manusia lebih kuat untuk mengigil mengagah.

semoga kami tidak putus asa atas semua segala~

sekian