Tuesday, June 12, 2012

3bulan, Akhirnya


Alhamdulillah
akhirnya berjaya juga aku melepasi tempoh 3bulan pertama ni.

*senyum*

setiap bakal-bakal ibu mengalami pengalaman kehamilan yang berbeza-beza
ada yang mudah, ada yang payah
dan 
aku jatuh dalam kategori payah

;p

*tulah dulu dok wat mak geng utk gaduh lagi.. kan dh*

haha

syukur sgt mak masih bersama aku saat ini
mak sgt memahami

selain mak, of cos la somi tercinta..
walaupun kekadang dia terlepas pandang untuk jaga emosi aku
tapi ok laa. dia manusia.
Alhamdulillah sepanjang tempoh sukar ni.. dia sentiasa ada.

   :)

sekian
-julia-
 

Thursday, June 7, 2012

kehamilan~

"menjadi wanita hamil adalah sangat susah bila orang sekeliling tidak memahami keadaan mereka, tidak mengerti emosi mereka dan tidak peka betapa sensitifnya mereka"

sekian
-julia-

Monday, June 4, 2012

deactive FB

Alhamdulillah
harini aku berjaya untuk mengDEACTIVEkan account FB aku

sejak pregnant ni. makin malas nk active dialam maya.
letih satu hal, malasnye pon satu hal

dan
satu hal yg lebih penting
aku nak jauhkan hati aku dari membusuk akibat dok baca status-status orang yg suka sindir sini sana, yg suka macam- macam lah.

kita manusia
dan 
kita tak sempurna
 bila ramai manusia yg friend dgn aku kt FB tu dok bajet macam mana-mana punya, aku jadi cm rimas dan teramat geli!!

hellooo..
macam laa ang tu baek sgt..

*detik ati aku*

so 
untuk mengelakkan hati aku terdetik dgn lebih dasyat sambil mengutuk mengumpat
eloklah aku tutup kejab, baek utk aku baek utk baby

semua ni aku buat sebab aku sayang anak aku.

haha

InsyaAllah, account tu takkan active sehingga aku selesai bersalin.. getteww..
InsyaAllahlah ye. doakan aku selamat.

lepas bersalin mungkin aku lebih sihat dan punya banyak masa untuk hadap laptop and berkongsi gambaq2 baby aku..

*wahhh sakan berangan ni*

:P

sekian
-julia-
 

Wednesday, May 23, 2012

emosi


harini tercuit sikit emosi aku
rasa sikit sedih kecil hati

untuk seorang yang dihormati
untuk seorang yang tidak mungkin dapat aku benci

aku sudah maafkan
untuk lupa padam
InsyaAllah nanti-nanti aku cuba

*senyum*

kita manusia
emosi kita macam-macam

kita mudah lupa bila kita beremosi
ayat patah kata kita kadang kala buat orang tak selesa 
itu takkan pernah kita kesah
yang kita kesah emosi kita yg perlu didulu-dulukan
 
kita yg terpaling risau
kita yg terpaling takut
kita yg terpaling sayang
kita yg terpaling penting
 
semua kita
kita kita kita
 
*diam*
 
macam kita
orang lain
yang tukang dengar
yang tukang baca
yang tukang lihat
 yang tukang rasa
 
semua pon ada emosi tersendiri
 
jangan ingat bila kita buat sesuatu tu elok untuk kita, maka elok utk orang lain juga.
kita manusia
dicipta berbeza-beza adanya

jadi jika boleh, risau mana kita, marah mana kita, sedih mana kita, sayang mana kita
mungkin bukan semata-mata kita.
pasti ada yg terkena tempias itu-itu jugak

*senyum*

aku paham
kita hanya mahu dengar tahu apa yang kita suka dengar
lain-lain yang bunyi nye tak best untuk kita suka, emosi kita bukan main lagi kan?

harini aku belajar untuk terima dan positif
Alhamdulillah, harini positif aku agak mewah berbanding negatif.

HAHA

sekian
-julia-
 
 
 

Friday, May 18, 2012

letih tak hengat!


Jumaat tiba juaaa..
Alhamdulillah..

sumpah, disweek letih ya amat.
aku langsung tak respon pada alam.
office mate aku  bercuti sampai ke CHINA nuuuuu.
abis semua kerja-kerja office ni aku kena settle alone.

penatnye rase bukan kepalang.

dan
untung masih lepak tinggai di rumah bonda.
serba serbi bonda aku tolong settle.

hihi
 *sumpah, mak aku laaa mak yg paling manjakan anak dia lam dunia nie*

memandangkan anak beliau diawal kehamilan selepas keguguran 1bulan lepas.
bonda aku kali ni memang tak kasi 'chan' aku buat kerja..

TERBAEKKK!!

 jadi bila balik ke rumah tu.. memang aku pulun rilex laaa
settle jerk membersihkan diri segala..

zuppppp
pengsan teruih..

HAHA

paling kesian dalam ini cerita..
suami aku.
selalu ada gak geng nk gaduh, nak melawak, nak bermanja, nak nonton movie segala.

*senyum*

hopefully next week, lebih baek dari minggu nie.
Amin

sekian
-julia-

Wednesday, May 16, 2012

HI baby!

 21 April 2012 - 5minggu dah baby kita!
15 May 2012 - 8minggu *2bulan dah baby kita!

Alhamdulillah..

(;

doakan kami selamat, 
doakan kami sihat
doakan kesempurnaa baby kita ye awak-awak~

Amin..

-julia-