Tuesday, June 15, 2010

Terima Kasih, Tuhan~



*ehem-ehem*

kekasih aku ini yang paling kaca jiwanya.
cintanya mungkin paling agung antara yang pernah beraja.
atau mungkin mereka semua sama.

ha ha ha

hanya kerna gadis ranap ini, sanggup terluka derita.
apa mungkin sudah hilang akal?
hanya kerna gadis gila ini, sanggup apa-apa segala.

haihh..

untungkah aku?
yang datang tak pernah tak cinta.
yang datang tak pernah tak kecewa.

aku yang gila lagi tak sempurna ini, layakkah?

*diam*

Tuhan, terima kasih.

sekian

dengan cinta
-julia-


Monday, June 14, 2010

selamat malam

siang yang indah, belum tentu malamnya dijanji bahagia meriah

haihhh..

aku cuma tipu dengan nada melawak
itu saja silap aku. cuma itu

*bukan niat mahu menipu sungguh dalam hati*

tapi.

nahh, padahnya. tersentap merata.
padanlah muka aku. aku lupa yang sedang mahu menjadi bakal ini, orangnya sangat kaca jiwa.
pantang terentak sikit kata, habis jiwa jadi luka.

ha ha ha.

aku yang paling terpaling meriah moodnya ini hari, even macam mahu hilang nyawa
tiba-tiba rasa mahu maki-maki serata negeri.
sudahlah kepala macam mahu pecah. batuk taknak reti berhenti walau setiap kali ubat ditelah aku selalu lebihkan dosnya
mulot pecah sudah sekian hari.
dan.
ini hari semalam hari. hati kekasih asyik saja ada tak kena.

aku sakit, aku yang mahu manja-manja merap.
silap aku sikit-sikit saat sakit-sakit ini aku sudah bilang jangan diambil sentap segenap hati.

aku ini agak degil sedikit. bukan aku tidak dengar kata langsung. tapi lambat. cuma mahu bebel dileter.
itu lebih indah bagi aku. feelnya sangat bagus.
attention itu rasa ada penuh pada aku. cuma aku. saja.

tapi malang dan amat cilaka.
si kekasih bakal suami ini. hatinya kecil amat.
sikit saja aku tegar menipu membantah.

habis hilang moodnya segera mee maggi.
di pujuk tak mahu. di susun manis bahasa tidak layu.

dan.
akibatnya. ini malam. aku mahu diam.

kalau aku tiada, mungkin dunianya lebih aman. mungkin...~

sekian

dengan cinta
-julia-

Friday, June 11, 2010

geng mamak





tanggungjawab~

ini antara tanggungjawab aku

mereka ini yang paling perlu aku jaga sayang.
senyum gelak tangis mereka adalah satu tanggungjawab bagi aku.

sungguh aku tidak sanggup hilang satu dari mereka.
walau mungkin kadang-kadang rasa sikit beban bila letih datang terpa.
tapi masih mereka ini sangat beri makna dalam diri.

sungguh aku sedang cuba sempurnakan segala kehendak. segala permintaan. kecil besar.
aku sedang sangat cuba.

sebab mereka adalah tanggungjawab aku.

sekian

dengan cinta
-julia-


Tuesday, June 8, 2010

saya suka saya~


ohh maaf tajuk takde kena mengena dgn ini entry.~

aku suka benar gambar di atas ini.
macam ada banyak kisah dalam senyum manis renung tajam seorang gadis.

ha ha ha

poyo jerk ayat. ;p

tapi. cuma Tuhan saja yang amat mengerti faham kenapa adanya hari ini seorang aku dan apa ada dalam hati saat ketika ini.
esok siapa tahu gadis ini akan kecewa lagi atau mungkin akan terus dibuai mimpi manis indah setiap hari.
kan? kan?

he he he.

sejak beberapa hari ini. semua macam makin baik adanya.
walau mungkin aku ada sedikit letih tapi alhamdulillah nikmatnya tak pernah putus untuk aku jamu setiap hari.

hari ini. semua situasi tegang dingin macam sudah kembali baik pulih.
Tuhan, rasa ini damai amat.

*diam*

aku takkan pernah tenang jika ada manusia dalam dunia ini yang terasa terluka atas kerna manusia bernama julia.

tak pernah!!~
tenang takkan singgah untuk jamu hati aku dengan sangat gembira.

sebab Tuhan itu telah beri satu sifat bukan penting diri dalam sini. mana-mana pergi aku selalu sibuk-sibuk mahu jaga hati manusia sana sini.

sebab bahagia orang adalah bahagia aku.
kalau ada yang sakit luka sebab aku.. mana mungkin aku bisa rasa bahagianya hidup dalam dunia.

semua makin baik. semua makin ok.
Alhamdulillah, Terima kasih Tuhan. sangat-sangat terima kasih.
sebab beri rasa ini. lega rasanya. amat lega~

moga normal semula

pssst..psst.. papa, mama cinta papa..~

ha ha ha

sekian

dengan cinta
-julia-

tak mungkin kerana......~ alyah

Setiba di persimpangan,
langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadang kala aku terkenang

Sunday, June 6, 2010

ahad 060610

9.30pagi lebih kureng sampai sudeh kami di Ipoh, Perak~
*Daulat Tuanku*

sekitar 9pagi sampai di terowong jelapang

seawal 7.30pagi gerak keluar dari Penang

*ibu dan adek-adek beliau*

*ibu Al & abah Al*


Alhamdulillah.
sampai akhirnya. berjumpa. bersalam. berkenalan. dan berakhir baik hendaknya~

Amin.

sekian

dengan cinta
-julia-