Friday, August 27, 2010

seperti kurang upaya

harini rasa macam hilang separuh anggota.
harini rasa sunyi sepi segala
harini dunia macam tak punya warna lagi.

dalam ayat paling mudah kamu semua untuk faham

harini aku seperti kurang upaya.

lemah dan tak bermaya.

seri-seri tak langsung nampak pada muka gadis gewdiks santai ini.

cewahh..

:p

sungguh aku rindukan sms yang datang dari kekasih
sungguh aku rindu ayat manis yang langsung tak jemu diungkap kata tak reti habis
sungguh aku rindu dia, si kekasih yang amat baik hati.

harini. berjauh lagi kami.
bukan jarak dari penang ke ipoh.
tapi jaraknya melebar hingga ke Kuala Lumpur.

dan
jauhnya kian terasa bila.
kekasih tak mesej-mesej pun.

hmm..

:(

busy memandu.
silap aku jugak pesan banyak-banyak sangat.
jangan itu jangan ini.

*diam*

aaaarrrrrghhhhhhh.
macam nak jerit-jerit.
untuk dia dengar aku sedang sgt rindu sekarang!!!

oh sayang.
aku sedang biru sekarang.
aku sedang amat sejuk.

moga selamat pergi selamat pulang.

jangan lupa mesej aku untuk berita khabar.


sekian


Friday, August 20, 2010

love




Enrique Iglesias - Hero [remix] lyrics


Would you dance
If I asked you to dance?
Would you run
And never look back?
Would you cry
If you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble
If I touched your lips?
Would you laugh?
Oh please tell me this
Now would you die
For the one you love?
Hold me in your arms tonight

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Would you swear
That you'll always be mine?
Would you lie?
Would you run and hide?
Am I in too deep?
Have I lost my mind
Well, I don't care you're here tonight.

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Oh I just wanna hold you
I just wanna hold you
Oh yeah

Am I in to deep?
Have I lost my mind?
Well, I don't care you're here tonight

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain, oh
I will stand by you forever
You can take my breath away

Chorus:
I can be your hero
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

You can take my breath away

I can be your hero

Tuesday, August 17, 2010

entry tanpa tajuk!








sungguh mungkin ada yang mahu dengki busuk hati.
sungguh mungkin ada yang meluat sakit hati
sungguh mungkin ada yang cuba memisahkan mati.

apa aku pedulik?

aku ada dia.

cukup
untung
terpaling indah

*sila jeles*

ha ha ha

aku happy.
kerana cintanya yang terlalu tinggi. kerana rindunya yang terpernah henti

kerana keluarganya yang baik hati.

semuanya sangat menjaga
semuanya baik-baik belaka.

sungguh kami tak mewah
tapi kami cukup bahagia.

syukur.
Tuhan pinjamkan rasa ini sampai habis nyawa

sekian

dengan cinta
-julia-






Saturday, August 14, 2010

pertama selepas banyak!

cerita 1
untuk pertama kalinya selepas beberapa pagi bersahur.
hari ini semua letih di rumah ini dan melepaskan ia pergi.

tapi.masih aku tegukkan segelas air unuk elak sakit datang terpa.

cerita 2
untuk pertama kalinya selepas banyak hari puasa bermula
aku lepak berbuka dirumah.
jamah lauk nasi masakan bonda.

sedap. walau cuma gulai dan sayur campur.

cerita 3
untuk pertama kalinya selepas banyak kali.
hari ini aku berpeluang lepak sujud beramai-ramai.

siyes. rasa kecik. rasa sebak.
Tuhan jangan tarik yang dipinjam lagi
aku belum cukup.. aku belum cukup!.

sekian

-julia-


Thursday, August 12, 2010

buat bodoh slumber~

Muhammad Al khaththab Bin Halim Azizi

selalu cakap:

Julia Binti Mat Hadiah
selalu buat kesah tak kesah kat dia.

selalu juga dia cakap:

Julia Binti Mat Hadiah
tak rindu-rindu dia
tak sayang dia
tak cukup cinta dia.

hee~

Tapi

Julia Binti Mat Hadiah

nak bagitahu:

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
mana ada orang kesah tak kesahkan awak?
kekadang macam terlepas terabai sikit-sikit mungkinlah. itu pun sebab kesibukan amat sangat!

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
orang selalu jerk rindu-rindukan awak
sangat sayang cinta awak juga!

cuma,

mungkin sayang cinta awak terlalu tinggi, sampai sayang cinta orang tak tercapai!

Terima Kasih tau.

sangat dapat rasa kasih sayang dari awak.
sangat dapat perhatian dari awak

awak baik betul dengan orang.

:)

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi

awak kekuatan orang.
awak sangat menjaga orang.

Alhamdulillah. Syukur sangat awak hadir dalam hidup orang.

Kalaulah awak tahu,
orang memang tak sabar gila nak jadi suri hati awak.
nak jaga makan pakai awak
nak teman tidur awak.
nak lepak nonton movie sama awak.
nak gaduh melawak dengan awak
nak nangis ketawa dengan awak

Tapi
orang selalu jerk buat-buat cool.
buat-buat bodoh slumber.

dan
yang sesungguhnya.

sabar sudah hilang dalam diri orang.

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
orang gelojoh kan?
orang kalut kan?

mesti awak pening!

maaflah.

awak kena terima kenyataan

Julia Binti Mat Hadiah
itu seorang manusia yang gila obses dengan cinta kasih sayang dan perhatian.

Muhammad Ak Khaththab Bin Halim Azizi

love you so much

<3
sekian

dengan cinta
-julia-

Wednesday, August 11, 2010

didengki dicemburui atau apa?

saya bahagia.
sangat bahagia.


syukur, Alhamdulillah!

saya harap kamu disekeliling saya tumpang gembira dengan keadaan hati saya sekarang.
dan
saya harap kamu semua doakan cinta saya kali ini harapnya sehingga ke akhir hayat.

saya nak bilang sesuatu.

kita mungkin pernah rapat. dan mungkin juga masih rapat.
dan setahu saya. saya tak pernah suka untuk memutuskan sesuatu hubungan.
saya sayang kawan-kawan saya.
dan
setiap memory bersama-sama kawan-kawan setiapnya saya cuba ingat dan tak ingin lupa

tapi

jika kamu memilih untuk jauhi saya. hindari saya.melupakan saya atau keadaan yang hampir sama waktu dengannya

apalagi yang saya boleh lakukan?

kamu mahu saya terus terhegeh-hegeh dampingi kamu gitu?

maaf.

saya rasa saya macam sudah sangat berusaha jaga hati ramai kawan-kawan saya.
tapi kalau masih ada diantara kamu yang tidak senang dengan tindak tanduk saya.
bisik kata melawak saya.
atau ada yang terasa hati dan tersentap tang mana-mana.

maafkan saya.
saya tak pernah ada niat.

saya cuma nak kamu semua, kawan-kawan rapat saya berkongsi bahagia yang rasa.
tapi.
makin lama. saya makin sedar. rupanya ada antara kamu yang kurang senang dengan situasi ini.

mungkin saya yang berubah. dan saya tak sedar akan perubahan.
tapi saya harap saya ada cuba untuk perbetulkan keadaan.

tapi.
respon masih hambar.
apalagi agaknya.

maafkan saya.
saya jaga kamu. tapi kamu cuba lukakan saya.

kawan-kawan
saya akan pergi dari hidup kamu jika kamu sudah tak perlukan saya.

atau

mungkin kamu rasa saya tak perlukan kamu.

dan
terang-terang kamu salah!...

sekian

dengan cinta
-julia-