Tuhan lebih tahu sebenarnya untuk setiap satu rasa kecewa itu hikmahnya untuk apa, bukan?
Tuhan lebih-lebih tahu sesungguhnya setiap sesuatu terjadi ada pulang baliknya, bukan?
untuk manusia kecil macam aku, redha adalah terbaik untuk semua rasa kecewa ini.
untuk manusia lemah macam aku, terima dengan rasa ralat amat itu memang biasa.
untuk bilang nasihat pujuk pada orang memang mudah.
untuk sekadar beri kata manis penyedap rasa teramat mudah.
tapi.
siapa yang tahu gelodak dalam jiwa?
siapa yang tahu rasa sakit yang dirasa?
siapa?
*diam*
bukan masa aku.
bukan untuk aku.
bukan rezeki aku.
bukan..
Tuhan bilang bukan.
Tuhan tetapkan bukan.
Tuhan...
(dan masih aku dibilang beri alasan, menggunakan takdir)
haihhh.
masa-masa jatuh macam ini.
'support' sangat diperlukan.
untuk elak manusia macam aku rasa bodoh amat. untuk elak manusia sial macam aku rasa tak kool langsung.
tapi...
mungkin mereka kecewa juga.
mungkin mereka berharap juga.
mungkin mereka mahu terbaik juga.
mungkin..
dan.
harus. wajib untuk aku pakai topeng senyum pura-pura kuat.pura-pura hebat!
*diam*
pahit. ralat.
Tuhan tahu aku. aku perlu redha untuk Tuhan redha pada aku. InsyaAllah~..
sekian.
-julia-
No comments:
Post a Comment