Monday, May 30, 2011

cuma mahu bahagia


*disnap tangkap semasa tunggu sesi seterusnya utk kursus pra-perkahwinan - sempattt!*

sudah agak lama aku tak menulis cerita cinta kami berdua.
sakan sibuk dengan hal-hal pengurusan perkahwinan.
hingga terabai sesi meluah rasa jiwa segala..ecehhh. ye ye jerk aku nie.

sebenarnya ai rindu gila kt abg ai nie.
even tadi baru jumpa lepak makan burger sorang dua.
tapi... pepaham jerk laa org dok sakan bercinta kan..

24jam mana cukup!

:P

over tau aku!.

hihihi

*diam*

aku tak kesah orang nak tunjuk senang dengan aku.
aku tak kesah orang nk tayang harta pada aku.
aku langsung tak heran dengan orang yg saja-saja nk menunjuk-nunjuk pada aku.

sebab aku kenal diri aku.
sebab aku tahu apa aku cari selama aku hidup berkasih bercinta.

aku cuma mahu bahagia.
dan
bahagia aku ada pada dia.
kekasih tunang bakal suami aku..

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi.

tanpa dia hidup jadi gundah
tanpa dia malam tak lelap lena.
tanpa dia aku mungkin gila.

ha ha

aku cuma tau aku sayang dia.
aku mahu hidup mati bersama dia.
semoga jodoh kami hingga syurga Jannah.

dan
aku pilih untuk
hidup biasa-biasa
bahagia luar biasa.


sekian
-julia-



Friday, May 27, 2011

Early Confirmation~

We are quite pleased with your satisfactory performance during this probation period from 4 Jan 2011 to 31 May 2011.

With immediate effect, from 1 June 2011, your Basic Salary will be revised to RM- - - - . - - per month.

You are now a confirmed permanent employee of Dynamic Value.

We thank you for your kind assistance thus far and we believe you can do better in the near future.

Congratulations and we wish you a pleasant success with us!

---------------------------------------


Syukur, Alhamdulillah..

;)

sepatutnye bulan 6 baru aku confirm. tapi boss confirmkan awai sebulan..

lega satu bab.

sekian
-julia-

Tuesday, May 24, 2011

Majlis Dipinang Bertunang~






*gambar-gambar hidup yang aku ulang tengok setiap hari selepas harinye*

sekian
-julia-

Thursday, May 19, 2011

rezeki~


Alhamdulillah InsyaAllah.
esok lusa
majlis dipinang bertunang akan berlangsung.

semoga semuanya berjalan lancar walaupun akan ada kekalutan sedikit memandangkan rumah aku yg kecik dan sempit.

hihi.

bila dipikirkan majlis makin dekat ni.
hati makin berbunga bahagia.
sebabnye.
aku akn melangkah ke satu alam misteri.
alam yg org kiri kanan depan belakang cakap penuh dugaan dan cabaran.

wahh.. ngeri koitt!

dan.
sebab lainnye.
aku akan dapat berkongsi rezeki yg ada bersama-sama mereka yg terdekat rapat.
jarang-jarang dapat belanja kawan-kawan secara ramai-ramai.
so dengan majlis kecik ini.
harapnye niat tersebut akn tertunai hendakNya.. Amin.

:)

Alhamdulillah.
rezeki Tuhan nk bagi.
banyak juga terima sumbangan dari kawan-kawan mak.
saudara-saudara terdekat.
bagi beras.gula.minyak.kordial.
udang yg penting .. import dr Segari, Perak!..

Alhamdulillah.
sungguh aku tak harap sebarang sumbangan.
niat ingin 100% dari hasil titik peluh sendirik.
tapi
org dh nk bagi jugak..
kire bonus utk aku laaa yek~

hehe.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

emosi dan mood family ai pon dh macam konsisten sikit.
so rasa lapang la sikit hati ini utk tindakan tanduk lanjut.

lambat laun akan dipahamkan juga.
segala yang terjadi pasti ada hikmah dan nikmatnye yg tersendiri.

sekian
-julia-

Thursday, May 12, 2011

runtuh lagi air mata~


lately banyak cerita berita yang masuk ke corong telinga aku.
pasai mak. pasai orang itu orang ini. pasai org dikiri dan kanan.
bla. bla.bla. dan bla.

haihh..

macam manusia lain.
aku takde la kuat mana.
aku biasa-biasa yang bajet boleh jadi luar biasa.

ha ha ha

cuba-cuba nak sembunyi rasa sedih sakit hati.
cuba-cuba nak happy-happy dalam suasana gila bosan sunyi sepi!

cuba utk terus bertahan
walau sesungguhnya aku sudah gila tawar hati.

cuba utk tidak melawan.
cuba utk tidak tinggi kasar berbahasa
terpaling penting untuk sabarkan seluruh hati.

haihh..

aku pendam diam.
dan
aku tahu aku sakit.

sorang-sorang

yang memahami semuanya dari luar kotak kecik ini.
yang dengar dan paham bukan sedarah sedaging.

aku pasti rasa aku sekarang
adalah sakit
hanya Tuhan tahu.

sekian
-julia-






Saturday, May 7, 2011

today report~

jogging dengan abg
lepak makan pagi transfer road.
singgah rumah amik moto ai.
lepak kedai moto.
tgk check tukaq apa patut.
*harap-harap2 tak susah dh nk start moto tu*

balik umah.
lepak. rehat. mengemas.
pengsan setengah jam ke sejam ntah...
siap-siap
outing dating.

:D

singgah kedai tempah kad kahwin kejab.
dan...

oh lama gila tak cekik laksa!
siyes tingin gila. lapaq gila!
ai nk laksa jerk u~..

request kat abg nk p mkn kat gurney,
abg ckp : tak panas ke?
ai ckp: diam. dan...
abg ckp: nak mkn laksa kt gurney kan..

yeayyyy!!
abg nk p gurney laa weh..

sonok.sonok.

carik-carik parking.
full.
ai cadangkan panjat jerk gurney plaza.
boleh carik cadar utk tunang skali.

parking.
turun padang ke tempat makan.

oh..lapa nyeee..
order laksa.
order nasik goreng ayam utk abg.
order 100+ utk kami berdua.
pasembuq - abg terliuq~

tungggu laagi...

licin!

Alhamdulillah~

thanks abg!
thanks!

sekian
-julia-

Thursday, May 5, 2011

aib malu hilang~

berpenatan lagi.
cheese!
tetiba keja yg opis bertimbun melambak.

ha ha

sengalnye boss. main pass jerk
aku dh mcm ilang napaih dh ni.

client pon boleh tahan jugak.
time nie laa banyak job nak bagi..

omg!
Sumpah aku rs sesak dada~..

cpr.cpr!!

ha ha

aku nk story satu kisah nie.
even aku tengah busy skrg. tapi pedulik apa aku.
skrg time break aku!

*senyum*

beberapa hari ni moto aku agak gewdiks mengada-ngada!
tak mahu aku startkan..
dia mau manusia yg tak dikenali tolong start bg pihak..

cam har!!
1 hal memalukan.
1 hal lagi penat koitt asik takmau start jerk..
sampai luka2 tapak kaki aku
:(

Alhamdulillah.
masih ramai manusia baek disekeliling aku wat masa nie.
even dh malu tahan tak dak dah.
tp terdesak koit..
terpaksa laa merelakan ianya terjadi.

ha ha ha.

sengal betui!
lately tenaga macam takde jerk dalam badan aku nie.

haihh
entahlahh..

mkn jerk aku nie.
takde laa diet teruk sgt pon!

:D

macam-macam kan?
entah laa julia nie!

suka serabut dengan macam-macam hal yang entah pape.

sekian
-julia-


Monday, May 2, 2011

terima lagi

harini abg balik dari ipoh
abg balik dari hari jumaat ritu..

ikut-ikut plan harini pepagi g tgk wayang dengan anak-anak sepupu.
lepas tu baru lepak singgah butik kak baby.

tapi disebabkan budak-budak tu nak tempah aku 1 hari lepak ronda dengan mereka..
so terpaksalaa plan dengan depa hari len.

bila abg sampai penang.
rehat-rehat kejab
kami pun mulakan operasi ke Butik Pengantin Kerawang Klasik "kak baby"
syiokk gila. best. selesa.

lepas lepak sembang.
banyak jugak laa pendapat yang kak baby bagi..
pemilihan warna pun. kak baby bg cadangan..

pelamin. dan lain-lain.
semuanya siap booking!

Alhamdulillah.
selesai satu bab.

*lega gila*

mende penting yang tinggai dan perlu diselesaikan segera adalah.
jamuan makanan.

next week InsyaAllah. akan dilaksanakan.

*senyum*

b4 abg balik penang lagi..
abg dh gtau.
ibu ada mende nk bagi sempena hari jadi aku.

hihi
rasanye dh sebulan berlalu.

so tadi abg bagi barang nye..
"bracelet" aka gelang tangan
emas putih.

nice and simple.

*senyum*

TQ ibu n abg!
tq so much!!

sekian
-julia-