Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~


    Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi


*senyum*

Tahun 2011,
adalah ramadhan terakhir dalam hidup aku sebagai seorang manusia bujang.

Alhamdulillah
aku masih diberi pinjam nyawa, diberi peluang maha besar utk terus mencari keredhaan Tuhan.

InsyaAllah
untuk tahun sebelum bergelar isteri ini.
aku mahu cuba sedaya mungkin utk beroleh kejayaan dalam merubah kehidupan dan amalan seorang insan islam.

before-before ni.
ai agak lalai dan tidak lah sempurna amalan nye.

aku tak de lah sesuci embun pagi macam manusia lain.
oleh itu.
aku dengan nekad nye untuk berubah kepada manusia yg baek hatinye dan baek amal nye

aku dan tunang
kami sedang cuba berusaha untuk sama-sama beroleh keredhaan dan keampunan dari Allah SWT.

;)

semoga segala amalan kami diterima dan diberkati
semoga dipermudahkan segala urusan kami berkaitan agama dunia dan akhirat

Amin

'selamat berpuasa semua, semoga kita sama-sama berjaya beroleh keredhaan dari Allah dalam apa jua yg kita laksanakan'


semoga tahun 2012 masih ada untuk kita semua
tapi
harusss lah beribadat seumpana esok akan hilang tiada

;D

sekian
-julia-


hana tajima - sapa tu?

'hana tajima'
sapa tu?

sumpah aku pon baru nk berjinak-jinak mengenali beliau.
dan
sah-sah lah dia langsung tak kenai manusia serr macam aku ni keeenn..

sini aku sertakan link utk kalian lebih mengenali manusia cantil berbakat tersebut:
http://hanatajimasimpson.com/


amacam? cunz kan!
OMG! .. aku admire teruih..

even aku dh tau trend tudung mcm ni dh melanda agak lama, lebih-lebih lagi tengok YUNA and hakak OGY sakan melaram dengan sgt lawa skali.

tapi
masa tu langsung tak tergerak terlintas nk tukaq fesyen tudung aku sekarang.

maaf.
aku mmg serr beb fesyen-fesyen tudung ni.

haha

tapi
baru-baru ini
aku ada lepak makan sama kawan-kawan kekasih tunang aku kt kampung pelet.
balik dari situ. disebabkan feel mengantuk yg agak teruk. aku mguap lol.

apa yg jadi.
pin kerongsang aku tercabuit.

serrr..

sebek dh dalam keta otw nk balik rumah.

kebetulan malam tu aku kenakan sikit make up pada muka.
so even tudung dh tak berpin.. still nampak cun ayu gettew.

so terdetik lah nk melaram depan cermin sambil snap-snap pic.

dan hasilnye...~

*aku yg sedang melaram depan kamera ala-ala tudung 'hana tajima'*


kekasih tunang aku cakap 'cunz'

haha

katenye dia suka aku berimej cmtu.

oh M G!

sah-sah lah aku pon terasa begitu cantik skali.

haha

*ober!*

so..

dengan nekad nye.

aku igt
aku nk berubah sikit dari segi imej

dan
aku dalam proses membeli selendang-selendang tersebut

nk berubah tak leh mendadak.
perancangan adalah perlu utk tidak merancang kegagalan.

auwww..

maklumlah ..
tak lama lagi nk jadi bini orang.
kenalah lawa melawa

oh lupa plak
memang niat aku nk melawa lepas kahwin.

'untuk suami tercinta, nawaitu ku'

apa yang aku harapkan nanti..

SEMOGA
lepas bergelar isteri, penampilan aku lebih kepada muslimah yg menjaga aurat amal sepenuhnye.

Amin.
*beb, doakan aku yek!.. aku nk jadi manusia baek ..di cc Pencipta, manusia seperti kita dan kepada seluruh makhluk dalam dunia*

sekian
-julia-


Saturday, July 30, 2011

baju nikah~

arini nk story pasai baju nikah ai.

dh siap dh wehh..


gilaaa lah..

dengaq cerita pakai time raya.


haha


aku suka.

nice simple!


serupa sama dengan design 'ibu mertua ku'


ikut-ikut dh boleh bawak balik.

tapi..


besaq plak.


*ramai kata aku kurus*


erk..


sejauh mana kebenaran nye aku tak pasti langsung..

aku rasa aku mcm selalu jerk..


huhu


so

terpaksa lah suruh juru jahit aku tuh adjust balik mana-mana yg perlu.


hehe.
siyes aku tak sabaq nk pakai baju tersebut


:D


sekarang nk tunggu baju nikah tunang aku plak siap.

tapi bulan september nanti..


oh ..excited nyeee!!


sekian

-julia-

Wednesday, July 27, 2011

sms ringkas .. tapi


'julia, saya sangat mencintai awak sepenuh hati saya.. Saya ingin hidup dengan awak selamanya, sudikah awak?

*senyum*

semoga dia tahu
betapa sudi aku untuk terus hidup dalam hatinya sampai kami tua, sampai hilang nyawa.

sekian
-julia-


suratan atau kebetulan~ *tajuk lagu koitt*


Alhamdulillah
sudah lebih 2bulan jadi tunangan orang.
hidup masih gitu-gitu
gewdik-gewdiks santai sentiasa.

haha

lately
aku macam diberi tunjuk diberi ujian oleh Tuhan
setiap orang diuji dengan perkara-perkara yang berbeza
dan
untuk aku

pilihanNya adalah kekasih lama.

oh mannn..
tak mungkin kerana sayang OKAY!

*jeles pakwe tunang ai nanti*

2 3 minggu lepas
aku dikhabarkan bekas kekasih bercinta 5 6 tahun telah selamat menikah sama seorang gadis dari seberang .. senang cakap 'minah indonesia kilang dia'

oh.. tertampar rasanye..
ecehh..

soalan2 pelik mula lah nk menyelit.
cthnye:
kenapa minah indo weh?
dia kena buatan koit?
betui ke dia mau sungguh?

hahahah

setan kan? besa lah.

so
last-last lepas memikirkan sebagai seorang yang rasional dan bijaksana. *bijak lagi*
aku menerima semuanye sebagai ketentuan Ilahi.. 'dh jodoh dia, hopefully dia happy.. Amin'

tapi. tempat jatuh lagikan dikenangkan..

lu pikir laa sendirik~

next!

seterusnye..
sangatlah kebetulan dan sah-sahlah langsung tidak pernah aku rancang..
dh macam reality show plak kennnn..

aku balik kampung baru-baru ini
isnin baru gerak ke Penang semula.

aku memang niat nk ke manjung tgk KAKAK bekas kekasih 1 2 tahun yg baru melahirkan bayi lelaki ..abil zikhroe namenye..

dh alang-alang tu aku nk sangatlah pass kn kad jemputan ke majlis aku nanti.
even awai gila. tp nanti-nanti aku tak lalu dh situ dalam tempoh tersebut.

namun niat aku itu perlu dipersetujui oleh pemandu nye.. abg aku lol.

Alhamdulillah. dia ON!

selesai urusan wali-wali di Teluk Intan. kami gerak ke Manjung.

SUMPAH.
tak lintas lalu langsung 'harap2 dia ada ke hape'

namun.
Allah tu punya Kuasakan..

bila aku langkah masuk jerk rumah tu..

Ya Allah, macam nk pengsan.

hahahah

*aku wat cerita jerk tu*
padahal aku dengan slumber nye menyapa seluruh manusia yg ada dalam rumah tersebut.

lalu aku terus berbual dengan kakak-kakak beliau.

sambil sembang
kakak elin bising sama aku
'kebetulan pula dia cuti jue.. dpt la jumpa.. dia cuti seminggu'

aku:
'oh yeke.. bini nye mana kak?'

kakak elin:
'takde.. nantilaa akak cerita..' sambil wat memek muka yg paham2 laaa

aku:
'oh.. blablabla..'
sambung topic len.. malas amik port kang aku ni suka memikir masalah org smpai rosak jiwa raga.

haha
*ober sgt*

bekas kekasih aku tu nikah dengan seorang janda.
before mereka meneruskan niat.. adalah story-story yg tak seronok nk cerita.

tapi
jodoh mereka kuat.
Kuasa Tuhan sapa boleh lawan kan..

so sekarang..
dia dilanda dugaan ujian dari Tuhan, semoga dia tabah dan sabar dalam mengharungi segala permasalahan bersama si bini.

dan aku.
of coz, aku nk tgk depa berdua bahagia.
even bukan dengan aku... utk suatu masa dulu.
sekurang-kurangnya..

aku nk depa hidup meriah jugak..

*senyum*

aku tak tau nk tafsir semua kebetulan dan cerita ni semua dalam bentuk yang macam mana.
mungkin Allah tu nk tunjuk kt aku koit betapa aku ini masih lagi manusia UNTUNG.. even satu masa dulu aku mungkin manusia yg PALING RANAP dalam dunia.

*diam*

bila igt-igt balik...
aku sendiri tak tau dari mana datang kekuatan utk aku terus hidup satu masa dulu.

yang aku pasti.
aku cari Allah.
aku duduk siang malam ngadu-ngadu sama DIA.

untung.
DIA nak dengar setiap kata duka aku.

cuma DIA tahu, siksa aku saat itu.

dan
hari ini.
DIA ganti semua mereka dengan seorang manusia yang terpaling cinta pada aku

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
tak pernah gagal untuk menjadi yang terhebat

semoga kami jumpa bahagia kami.
semoga kami jumpa jalan ke Pencipta kami.

kami sedang berusaha untuk jadi manusia sempurna amal ilmunya.

doakan kami berdua kekal lama bahagia hingga syurga jannah

sekian
-julia-

Thursday, July 21, 2011

dia tahu tidak?

semoga dia tahu

ada manusia merindui dia setiap hari


semoga dia tahu

ada manusia yang akan sunyi tanpa dia menemani


semoga dia tahu

ada manusia amat perlu dia untuk terus berlari


semoga dia tahu


setiap hari dirinye dicintai dirindui disayangi


semoga dia tahu

tanpa dia, manusia itu pasti sunyi pasti sedih


sekian

-julia-


Wednesday, July 20, 2011

Wali Ku Abah Ku

*di dengah-dengah itu adalah wali ku abah ku*

hai semua,

hari ini aku nk story about my abah.

wahhh
macam kenai sangat gayenye..

:D

maaf
aku tak kenai pun abah aku sebenarnye
pernah jumpa gitu-gitu jerk
IC dia pon aku tak hengat

oh anak durhaka
;P

kecik-kecik
seingat aku, masa tu umo aku 3 or 4 tahun koit
kami dilarikan mak ke Penang untuk menyelamatkan keadaan

*diam*

sumpah, aku tak hengat langsung drama masa zaman tu
maklumlah kecik lagi.

sekian agak lama
dari kecik hingga ke saat ini
aku dibesarkan oleh manusia bergelar Mak.

cian mak.
sumpah, kami bukan manusia senang dulu. tp kami tak rasa susah untuk hidup susah

sebab kami hidup ukur baju pada badan sendiri
kekadang sauk jugak baju org bagi.

*senyum*

dan
masa tu, mak lah mak. mak lah abah
mak aku tak berpendidikan tinggi
buta huruf
tapi
sekurang-kurangnya mak berjaya bela jaga kami sampai kami mampu miliki kertas bergelar sijil degree segala

oh mak,
maafkan adek.. sbb selalu gaduh-gaduh ngn mak.

haihhh
degey aku nie.

*diam*

dan

walaupun watak ABAH dh lama mati dalam hidup aku

tapi
dia tetap wali aku
dia tetap abah aku

sekian
-julia-

Saturday, July 16, 2011

'abah'

kalaulah insan bernama 'abah' itu wujud.. mungkinkah ianya lebih baik sekarang?

*sigh*


maaf
kalau aku nampak lebih kepada meratap

cuma
kadang-kadang
rasa-rasa kurang ini buat aku rasa sial tak tentu pasal..

bila aku tak mampu adakan itu ini
bila aku rasa berat mahu selesai apa-apa
bila aku rasa tak berdaya
bila aku rasa sedih pada dunia
bila aku diwaktu paling lemah
bila mana MAK saja tak mampu mencukupkannya

bila sesuatu yang selalunya sempurna tanpa 'abah' tetiba jadi paling cacat dalam dunia kalau tanpa dia.


*diam*

sekian
-julia-



Wednesday, July 13, 2011

The chef cook and his daughter


*dari sumber EMAIL BOSS aku.. :D ~


A daughter complained to her father about life and how things were so
hard for her. She did not know how she was going to make it and wanted
to give up. She was tired of struggling. It seemed that as soon as one
problem was solved, a new one arose.

Her father, a chef, took her to the kitchen. He filled three pots with
water and placed each on a high fire. Soon the pots came to a boil. In
one he placed carrots, in the second he placed eggs, and the last he
placed ground coffee beans. He let them sit and boil, without saying a
word.
The daughter sucked her teeth and impatiently waited, wondering what he
was doing. In about twenty minutes he turned off the burners. He fished
the carrots out and placed them in a bowl. He pulled the eggs out and
placed them a bowl. Then he ladled the coffee out and placed it in a
bowl. Turning to her he asked. "What do you see?"

"Carrots, eggs, and coffee," she replied.
He brought her closer and asked her to feel the carrots. She did and
noted that they were soft. He then asked her to take an egg and break
it. After pulling off the shell, she observed the hard-boiled egg.
Finally, he asked her to sip the coffee. She smiled as she tasted its
rich aroma.

She said, "What's the point?"
He explained that each of the items had faced the same adversity -
boiling water - but each reacted differently.
The carrot went in strong and hard. But after being subjected to the
boiling water, it softened and became weak.
The egg had been fragile. Its thin outer shell had protected its liquid
interior. But after sitting through the boiling water, its inside became
hardened.
The ground coffee beans were unique, however. After they were in the
boiling water, they had changed the water.

"Which are you?" he asked his daughter. "When adversity knocks on your
door, how do you respond? Do you become weak, like a carrot, hard on the
inside, like an egg, or do you change the circumstances, like the coffee beans?"

Lesson
: There are different ways to react to hardship. Don't be weak or suppress things - change circumstances from within.





Tuesday, July 12, 2011

Apakah ada yg akan mendoakan kita?

Sekadar untuk renungan kita bersama. Sama-samalah kita hayati kisah...

*ini aku dapar dari email kekasih tunang aku..sumber asalnye aku tak pasti, tak kesahlah dari mana sumbernye.. hopefully hasilnye dapat memberi sedikit tambahan ilmu pada kita, ikhtibar etc*

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.


Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!


Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya. Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.


Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.


Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.


Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.


Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.


Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.


Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.


Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.


Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!


Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?


Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.


Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.


Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.


Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.


Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.


Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.


Doa sangat besar kuasanya. Sudahkah kita lupa bahawa DOA itu senjata orang mukmin. Tapi kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.


Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.


Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!'

Saturday, July 9, 2011

9 July 2011



BERSIH vs PATRIOT

yesss!
akhirnyeeee!!!
ai reli bangga jadi rakyat Malaysia!
ai berjaya berjuang untuk bangsa dan agama!
ai nk pertahankan itu ini demi negara!

wahhh..
kemain lagi korang ek~

*senyum*

seronok ke tersebar seluruh dunia, bahwa Malaysia kita sudah porak peranda?
seronok ke orangluar anggap Malaysia kita sudah tercemar amannya?

haihh

masuk jugak cerita korang dalam sejarah MALAYSIA sejarah ASIA nanti.
best kan?
femes apa?

Tahniah!!

*diam*

awak-awak semua
dengaq sini saya nak cerita
manusia politik semua sama
jarang-jarang nk jumpa niatnya murni mulia

zaman sekarang cakap saja bolehlah
tapi niat dalam hati depa kita semua tau ka?

pemerintah pembangkang
sama jerk laaaa

awak-awak semua
saya sudah lama dinegeri Pulau Mutiara
bangsa awak dekat sini sudah lama hilang haknya

banyak peluang kerjaya dekat sini
salah satu kelayakannya perlu tahu reti bahasa 'bukan kita biasa guna'

rata-rata hak milik hartanah dekat sini
bukan atas nama orang melayu kita
harga untuk miliki sebuah flat cikai biasa .. amboiii bukan main mahai dijual 'mereka'
malah seluruh kekuasaan ekonomi dipegang jaga bukan dari bangsa kita

ini reality yang hari-hari Melayu dekat sini facing.

nak tahu sebab apa?
sebab ramai antara kita masih bodoh dan ikut orang kata.
nak senang segera. nak mudah kaya raya tanpa usaha.

dan
seperti yang kita sudah diberi ajar Pulau ini mesti pemerintahnya bukan dari Melayu kita.

tapi
ada tak siapa-siapa dari kita yang betui-betui bising bangkang tentang ini semua?

ada
segelintir
itu pun yang benar-benar sensitip dengannya.

selebihnya, sedia menerima.
sebab 'orang kita' tahu menghormati bila sudah dibilang itu bukan hak kita

*diam*

dan
mari lihat dari konsep negara Malaysia
kita semua sudah dibilang ajar
bahwa bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan
bahwa agama rasmi negara adalah Agama Islam
bahwa perkara-perkara tertentu dalam Perlembagaan tidak boleh disoal dibahasa

tapi
lihat sendiri apa sudah jadi
ada saja yang dengki iri hati

*diam*

awak-awak semua
kita ini kuantitinya ramai sekali
tapi
kualiti kita? boleh dibilang dengan jari

kemudiaan kita dipisahkan pula dengan ideologi politik

terserlah kepincangan 'orangkita' dalam ini negara
sedangkan ini tanah tumpah darah kita
penduduk asalnya dari bangsa kaum kita

yang selebihnya kita import dari China India segala
tapi mereka ini makin erat kuat hubungannya
even politik mereka berbeza. tapi isu kaum agama mereka takkan pernah berpecah.

lain sangat dengan kita
dilaung juang tentang bangsa agama segala
tapi
sebenarnya kita dibawah telunjuk politik semata-mata.

*senyum*

depan kita.
orang puji kita..

'tahniah melayu. anda sudah bawa negara ke era baru'

tapi

belakang kita
orang keji kita..

'melayu bodoh, silalah berpecah lagi dan lagi'

haha

*opss aku prajudiss lagi dan lagi*

tapi
ini hakikatnya.
ini kenyataan nya.

dan

ini yang aku mahu sangat bilang pesan
pada awak-awak semua yang ingin sangat negara adil saksama segala.
tolonggg laaa
saya merayu..
tolong carik dulu pemerintah MELAYU yang benar-benar boleh ganti pucuk kepimpinan negara dulu
sebelum pandai-pandai nak mengulingkan kerajaan sekarang yang sedia ada menjaga kepentingan bangsa dan agama kita.

aku tak kesah
manusia tu dari parti politik mana
selagi niat dia BANGSA dan AGAMA kita didulukan

aku akan okay!

tolong jangan gadai BANGSA dan AGAMA kita untuk sesuatu yang belum pasti!!

itu risiko bukan kita jerk tanggung sampai mati..
kesannya sehingga anak cucu cicit kita nanti.

tahu?
paham?

minta dipahamkan emosi melayu macam aku ini
aku cintakan negara yang indah bahagia ini.
even dalam negeri kecik ini aku benar-benar rasa tertindas oleh pemerintahnya.

sekian
-julia-









Friday, July 8, 2011

3 Kawasan Pulau Pinang Catat IPU Tinggi


*pemandangan dari tingkat 58 Komtar*
kredit to Mr. Al

Tiga kawasan di Pulau Pinang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara, IPU tinggi pagi tadi.

Kawasan itu Seberang Jaya 2, mencatat 96, kawasan Universiti Sains Malaysia Minden, 80 dan Prai, 77.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, beberapa kawasan di utara turut mencatat IPU tinggi walaupun masih dalam kategori sederhana.

Ini termasuk Alor Setar, Seri Manjong, Perak, Bakar Arang di Sungai Petani dan Kangar.

Keseluruhannya, 34 kawasan seluruh negara dikategori sederhana.

*senduk dari TV3*


memandangan cuaca kat Penang yang hampeh sekarang ni. secara automotiknye, kesihatan aku pon sangat hampeh ketika ini.

sudah 3hari koit aku menderita sakit kepala.
last2 semalam alam sekeliling berpusing kencang

2round aku tibai muntah

haha

2keping oti canai teluq aku balun, 2 1/2 kuar balik..

*diam*

cuaca makin tak menentu sekarangni.
elok-elok panas tetiba boleh ujan lebat weh..

ha ..nk habaq mai kt angpa semua.

menakutkan tak?

*senyum*

namun sesungguhnya adakah ini semua menginsapkan sekalian umat manusia diatas dunia yg fana ini?

persoalan tu.. masing-masing pk. masing-masing jawap okay.

sekian
-julia-