Friday, May 7, 2010

datang bulan~

kali pertama datang, cuti raya cina. tingkatan 1
ingat lagi masa tu dekat kampung.
kelakar gila, panik yang amat.

terjerit-jerit dengan adek sepupu.

ha ha ha.

sudah jadi gadis aku saat itu.
malu-malu bagitahu mak mahu dapatkan 'tuala wanita'

ha ha ha.

mak pula boleh kecoh-kecoh pada makcik.
abis abg sepupu aku ushar lain macam.

ha ha ha.

masa tu pakai pad pun tak reti. otw balik penang.
habis kena baju. bocor sana sini.
siap kena leter bebel sama mak.

ha ha ha.

manis betui saat kali pertama dapat tahu. aku sudah datang bulan.

macam dapat hadiah besar.

aku pun pelik kenapa aku gembira gila.

haihh pelik. wanita pelik.

dan sudah sekian agak lama.
ianya sudah sebati pada diri. setiap bulan pasti.

dan
setiap kali puasa aku minta utk tidak datang terus.
malas mahu tinggal puasa.
sayang gila.

he he he.

ada 2tahun dalam hidup aku setakat ini. piyed tak datang.
meriah.
tak perlu ganti-ganti macam orang lain.

:P

tapi.pengalaman datang bulan paling teruk masa aku ambil SPM.
time tu lah piyed nye nak datang.
kalau datang saja takpe. ni mencurah-curah ke ladang gandum.
Tuhan jerk tahu betapa azabnya masa tu...

abis lencun kain sekolah.
siap masa tunggu 2nd paper tu.. boleh basuh kain jemur atas rumpuh..
gila teruk. hanyir hamis bau aku. sebek kawan-kawan lain lepak teman aku tanpa kain sembang-sembang atas tangga.

haihh..

exam dalam tekanan.

tapi result boleh laa nk blah.
sebab pagai anak hantu kt sekolah dpt result ala-ala bagus cikit buat cikgu-cikgu senyum lebar cikit

hee~

kelakar betui,
macam serik dengan piyed nie. tapi apa nk buat kejadian istimewa Tuhan takdir beri.

masa mula keja pon penah bocor juga.
sebek supervisor aku masa tu kasi pinjam dia punya sweater. cover .

dan.
ingat lagi.
aku pernah bocor. dan abg aku tegur.
Ya Allah.

malu sial!!~

ha ha ha.

memalukan. mengerikan.menakutkan.

insyallah.
taknak kena lagi.

dengan itu tindakan berjaga-jaga selalu di ambil.
dengan memakai pad 'maxi long'

*gelak guling-guling*

tetiba melalut citer pasai datang bulan.

haihh.

merepek.

sekian

dengan cinta
-julia-



Thursday, May 6, 2010



dia

satu-satunya kekasih cinta hati yang aku panggil gelar 'abg'
satu-satunya kekasih cinta hati yang badan cumil berisi perut seksi.
satu-satunya kekasih cinta hati yang kuat merepek gila babi.
satu-satunya.

dia

langsung tidak lalu lintas dalam akal mahu berkasih sama ini lelaki.
tiada niat mahu ada cinta lain selepas selepas mereka yang beri hancur pada hati.

dia

buat semua indah datang lagi
mungkin berlama mungkin juga sekejab cuma.

dia

selalu buat aku hilang kata-kata.
selalu juga jd hilang sabar kerana kerap mengada-mengada.
dan
sangat selalu macam mahu bagi penampar.

dia

lelaki yang saat ini aku begitu cinta.
setiap degup nafasnya
aku mahu dia bahagia.

dia.

satu-satunya saat ini
di hati sampai mati
mohon untuk diberkati.

-Mohon PerkenanMu Tuhan-

sekian

dengan cinta
-julia-


minta maaf~

minta maaf.
untuk kurang layanan mesra ini hari.

minta maaf.
untuk kurang komunikasi hari ini.

minta maaf.

bukan niat untuk diam sepi,
sunyikan hari kita ini hari.

tapi.
aku rasa kurang rasa pada diri

lidah rasa sakit
kepala ada pusing sikit-sikit.
tekak dalam rasa perit

kondisi kurang baik untuk aku respon pada alam saat itu.

mohon abg mampu mengerti..
bukan niat. bukan. langsung tiada.

jangan risau. aku cuma kurang istirehat tambah cuaca gila panas.

semua akan baik. semua akan ok.

thankz abg untuk kasih sayang ambil berat tinggi segala~

syg kamu kuat-kuat

sekian

dengan cinta
-julia-


Wednesday, May 5, 2010

hai dunia~

hey.
hari baru sudahlah.
bagus permulaannya kepala kurang sakit badan ada sikit enak rasanya.

dunia.
indah betui pagi ini. syukur masih diberi pinjam nyawa
untuk.
peluang-peluang yang aku bazirkan.

ha ha ha.

buat dosa sana sini.
tobatnye idak. *tak reti*

OMG!!~

julia, apa nak jadi?

haihhh..

korang semua.
andai aku beri peluang untuk baca isi hati hancur ini.

ini aku mahu bilang:
"sesiapa sahaja atas muka bumi Allah ini, yang pernah terdetik terlintas ter.ter.ter atau dengan niat sekalipon aku kata kutuk keji kalian.
aku mahu mohon sejuta ampun, mungkin saat itu otak aku kurang fungsi atau akal aku terhenti. jadi aku pilih untuk jadi bodoh dengan memilih lakukan dosa untuk kata-kata buruk pada kalian"

dan.
untuk.
yang pernah, yang sedang, yang akan aku sayang cinta saat takdirnya waktu kita bersama
aku mahu luah kata maaf atas sejuta janji yang pernah, sedang atau akan aku ukirkan jika aku tidak langsung mampu lunaskan. tapi insyaallah biasanya aku jarang-jarang mungkir janji dengan melainkan ada sebab yang memudaratkan hubungan kita.

dan ketahuilah. untuk setiap luka yang pernah, sedang dan akan korang tinggal...
even sakitnya buat aku macam mahu maki tapi tiada benci. pasti.~

opss~
emo plak pepagi nie pesal, julia nie??

ha ha ha.

aku sedang mahu bahagiakan diri.
aku mahu pilih untuk teruskan langkah tanpa toleh mana-mana kisah yang siksa jiwa raga segala.
mohon benarkan.
untuk aku senyum ketawa ikhlas lagi.
sbb aku benci untuk jadi 'fake' abis.

(:

dan.
azam untuk hari indah ini.

'julia, lets shopping!!'

ha ha ha

eh. gila. mati aku kena pijak dengan si Al kang.

:P

'julia akan sayang dan hargai setiap detik dalam hidupnya.. tapi dia taktau caranya'

haihhhh..

Tuhan,
kurang ilmu Kamu buat aku lemah berdiri, tak kuat berlari, asik jatuh setiap kali.
aku mahu dekati Kamu, beri aku peluang plis...
permudahkan semuanya. takdirkan yang mampu menjaga memimpin membimbing.
aku betul-betul ingin.
sgt mahu.
jadi hamba Kamu yang tertib tingkahnya. pakaiannya. sempurna imannya.baik budinya.

*diam*

tapi
kenapa perjalanan ini terlalu panjang untuk aku tempuhi.
kenapa terlalu sukar. dan kenapa aku?

impian sana sini.
angan-angan tinggi melangit.

tapi.

aku masih kosong.
tak berisi.
tak di isi.

gagal dan gagal
setiap kali. setiap kali.

ha ha ha.


sekian

dengan cinta
-julia-





Tuesday, May 4, 2010

rasa mati utk seketika

dunia. maaf.
aku tidak punya hati untuk cerita hal itu ini.

dunia. maaf.
aku jadi malas mahu taip kisah peribadi ini hari.

dunia. maaf.
aku rasa sakit hati gila babi.

dunia. maaf.
aku pura-pura cool tapi Tuhan saja tahu dalam sini.

dunia. maaf.
aku sedang tipu diri aku.

aku senyum fake abis saat ini.

ha ha ha.

dan.
terang-terang ketawa tadi aku buat-buat.

*senyum*

sekian

dengan cinta
-julia-


Saturday, May 1, 2010

aku buruk korang elok~



Nurul Syazwani Yusof khas untukmu ♥ Jue Lia ♥ ~You must love yourself before you love another. By accepting yourself and fully being what you are, your simple presence can make others happy~

about an hour ago · · · Remove Tag
*siyes beb aku terharu*
aku pernah baca satu blog kak fynn.satu ayat yang paling aku suka'bila rindu, gambar pon nampak gerak-gerak'
ha ha ha
dan.aku alaminya sekarang kawan.sekarang.
dem!!~
aku perlu korang.aku rindu. sesak nafas aku kenang manis kita bersama bertiga.
mahu nangis. bersama. bertiga. hanya kita. kita saja.
nurul:'ingat tak masa aku luka parah pada jari satu tika dulu? ang ikat panjang rambut aku'
syu:'ingat tak masa aku sunyi sepi terluka kecewa dengan cinta, ang teman aku kesana kemari?'
aku:sangat terharu macam mahu pecah hati saat-saat itu
even korang nampak aku cool habis saat jatuh teruk dari kisah byk cerita tapi sebenarnya korang yang menguatkan aku.
aku meriah sebab aku paling sunyi antara korang.aku happy sebab aku sebenarnya paling sedih antara korang.tapimacam biasa aku paling hebat untuk hidup pura-pura bahagia dalam sakit payah episod duka.
*senyum*
nurul:aku taknak ang nangis lagi sebab laki bodoh tak reti nak hargai ang ok, aku dah ganti dengan si amer mulot longkang tu. kalau dia buli ang. jgn nk sorok dari aku. aku bunuh dia.
syu:aku tahu jiwa kita lain-lain. tapi ingat jangan keras sgt dalam banyak hal. kadang kala kita kena ikut cara orang lain. jangan sedih sorang-sorang. aku ada. sentiasa. datang cari. aku pasti bebel
*senyum*
aku rindu korang.sangat rindu.
kalau laa aku mampu. berkemampuan.aku pasti cari korang.kumpul macam biasa.lepak nasik kandar. order roti canai banyak-banyak.makan roti tisu cicah berjemaah.lepak pantai ushar balaks.berfotogewdisk segala.melalak macam gila.keluar malam tak hengat embun jantan datang terpa.
*kita gila babi meriah*
bila.bila lah agaknya.bila lagi.semua terlalu asing terpisah terasing begini.
berjauh. berlama.entah sampai bila. entah.
cuma mahu korang tahu.aku sangat sayang korang.sangat.
terima kasih sebab sudi jadi kawan aku. korang baek-baek islamnya.tapi aku.. dan masih aku sempurna di mata korang.
terima kasih.
sekian
dengan cinta-julia-








tindakan luar kawalan akal~

*bill maxis rm150 & bill celcom rm50*

*rm99.00 less 50% = rm49.50*

*dress kain jarang :P rm29.90*

*terompah ala-ala apa ntah rm10.00*
+
*brg-brg kat guardian rm46.94*
+
*brg-brg kat giant tadi berapa ntah*
+
*svc motor n kasi cantik motor rm27.00
+
*baju kakak n adek rm87.00*
+
*bayar duit kain ela 4pasang rm160*
+
*belanja famili mkn rm100.00*
+
pelbagai hutang piutang serta simpanan hari kahwin

semua-semua sekali segala
rm1500.00

*rabak.hangus.rentung*

boros terlampau aku nie.
dapat shopping langsung tak hengat.

:D

semalam cucuk harini lesap.
terbaek!!!~

sekian

dengan cinta
-julia-


p/s: never regret something that makes you happy, julia~