Wednesday, November 23, 2011

fakri saarani~


INGAT PESAN CIKGU....!

cikgu pj : sape idola kamu?
murid 1 : saya nak jadi macam khairul fahmi!
murid 2 : saya nak jadi macam badrol bakhtiar!
murid 3 : saya nak jadi macam muslim ahmad!
murid 4 : saya nak jadi macam asraruddin putra!
cikgu pj : bagus2.. tapi kamu jgn sesekali jadi mcm fakri saarani..ingat pesan ckgu!
statement di atas telah dipostkan di dinding FB ramai friends aku

HAHA

siyesly
bila nampak jek
INGAT PESAN CIKGU....!
aku dok ingat sesuatu moral yang elok dan nasihat yang manis
tapi
bilamana ayat aku habiskan
Sumpah aku rasa gila kecewa

*diam*

aku rasa pesanan yang digunakan atas nama CIKGU itu sudah dicelakan sudah diarangkan manusia

tak sepatutnya seorang CIKGU meletakan taraf yang sedemikian rupa kepada manusia lain.
hina sgt ke jadi FAKRI?

kalau FAKRI & insan-insan yang sayangkan dia terbaca. ternampak. terdengar statement ini, apa agaknya mereka rasa?

CIKGU koitt.. CIKGU tuuuuuu!!

haiyoo

CIKGU dah macam TUHAN ek sekarang?


*senyum*

terpulang pada tafsiran masing-masing
aku ini emosinya jiwa-jiwa

so aku paling tak suka kesalahan manusia lain dijadikan lawak jenaka
sedangkan suatu masa dan ketika dilain suasana manusia itu telah berbuat jasa yang mungkin kita-kita tak mampu lakukannya

ucap terima kasih langsung tak ada
rasa untuk hargai entah kemana
diulang bicara salahnya serata dunia.

helloooo

apa kita lupa, kita ini manusia
kita juga punya cela
kita punya silap-silap juga

harus akui dia punya jasa
tegurlah dengan gaya seorang yang punya ilmu didada

jangan main suka-suka cemuh hina
dia punya keluarga punya rasa sama macam kita-kita

dia juga macam kita
mahu naikkan nama negara mahu kembalikan maruah yang dicalar
tapi
mungkin percaturannya tak mengena

haihh

maafkan lah dia

*diam*

semoga aku akan lebih mengerti cara untuk hargai setiap satu jasa atas muka bumi, lalu berterima kasih dan semoga aku tidak hanya memandang pada salah manusia tanpa reti memberi maaf dan peluang

Amin

sekian
-julia-



Tuesday, November 22, 2011

lepak dalam dakap suami~


suami
itu
statusnya HALAL untuk seorang ISTERI macam aku

dan
Apa masalahnya jika hal kasih sayang dinyatakan ditunjukkan dalam bentuk apa pun jua?

aku cuma nyatakan aku 'dakap suami' dalam status FB
aku tak mention langsung aku 'having sex with my hubby' pon

dan
jujur cakap
aku tak pon having sex dengan suami aku malam aku post status FB

kamooonnn laa~
hubungan suami isteri bukan SEMATA- MATA nafsu!
ianya lebih indah dari itu

aku geli hati tengok komen-komen yang dicurahkan

aku tak pasti
adakah pernah terlintas difikiran mereka yang manusia didakapan aku itu adalah HALAL untuk aku.

;)

aku bukan manusia suka tunjuk-tunjuk
aku tak punya harta juta-juta pon
aku cuma ada cinta
kasih sayang aku gila!

sapa-sapa yang tak paham mungkin anggap aku gila atau fanatik atau apa-apa saja
dan
itu hak kalian
tapi tolong jangan nafikan hak aku

ini cinta yang sekian lama aku cari
cinta seorang lelaki

kau-kau mungkin dapat rasa cinta itu sejak kecil
didakap dipeluk dicium abah ayah bapak segala
tapi
aku tak!
langsung!

dan
memory itu langsung tak pernah ada
aku lupa mungkin
atau terlalu kerdil itu diolah semula semua

tapi

haihhhh

itu suami aku
satu-satunya tempat aku bermanja. berkasih sayang
aku tunggu sekian umur aku untuk lepak dalam dakap seorang lelaki HALAL untuk aku

kau?
terpulang untuk label apa pun pada aku
tapi
tolong jangan nafikan hak aku

sekian
-julia-



Monday, November 14, 2011

1bulan


Alhamdulillah
Syukur Kepada Ilahi dengan izinnya aku masih diberi pinjam nyawa untuk rasa setiap nikmat atas dunia Allah.

Alhamdulillah
dunia aku begitu bahagia
even kadang-kala dirasuk syaiton durjana
itu biasa sebab aku manusia

HAHA

Alhamdulillah

Alhamdulillah

semoga semuanya terus baek-baek belaka
even ujian dugaan itu pasti ada~

sekian

-julia-

Wednesday, November 9, 2011

Program Seksualiti Merdeka ?


hello!

apa nak jadi dengan dunia sekarang?
masing-masing sibuk tuntut hak *kononnye ada hak*

serr laa weh!!

sedarlah kita ni meminjam jerk
menumpang jerk
apa pun takdak OK

program macam ini tidak sepatutnya ADA atau diWUJUDkan sama sekali pon!

ini makin menggalakkan!
kita seharusnya cari jalan utk bawak golongan ini pulang ke jalan benar dan sebenarnya.
bukan makin beri dorongan dan harapan utk mereka terus SONGSANG!

yes!

mungkin ada sanak saudara kita
mungkin ada kawan-kawan kenalan kita dari golongan ini

dan
tak dinafikan mereka BAIK kebanyakkannya dari baek dari kita-kita, mana kita tau kan?

cuma perlukah kita lihat program seumpama ini meROSAKkan terus kehidupan mereka?

aku tak larat nak pk kenapa menda-menda macam ni harussssss ada dalam negara MALAYSIA!

*sedih koit*

masing-masing
ada otak ada akai kan?

gunalah dengan sebaiknya
jangan sebab hasut setan iblis
korang main follow jerk!

nak tolong geng-geng ni, tak salah pon!
tapi
harusss laaa memberi sesuatu IMPAK baek pada kehidupan mereka dunia akhirat!

jgn sebab silap kita-kita ini, satu dunia dapat MURKA, ALLAH

sekian
-julia-


Friday, October 28, 2011

2minggu


hai.

;)

sedar tak sedar sudah 2minggu aku dan kekasih menjadi pasang SAH

getteww!

hidup macam biasa
cuma meriah nye bukan main lagi luar biasa.

HAHA

nak pulak laki aku ni jenis suka menyakat.
aku pulak jenis mulot bising
memey A la..

kombinasi hebat bukan?
itu bab meriah nye laa..

bab tak meriah, so far Alhamdulillah takde lagi laaa nk perang angkat senjata.

*senyum*

semoga kami terus reti paham utk bertolak ansur dan berharmoni selalu.

;P

2minggu jadi ISTERI orang buat aku jadi matang dan rasa dewasa gila.
dan
betui orang cakap tugas ibu/ isteri ni bukan calang-calang

agak-agak nak lepak baring jerk,
dah teringat pinggan kt sinki belum settle

agak-agak nak malas jerk
dah terbayang baju pakaian belum basuh belum sidai belum lipat segala

HAHA

bukan kerja senang OK!

sabtu ahad masa bujang mungkin boleh bangun tido bangun tido wape kali pon kita mau

tapi
bila sudah jadi isteri, bangun jerk pagi. lepas siap sarapan segala
takdak dalam otak pon PK nk lepak baring..

yang aku tau..
eh.. nak p market!..

adoi..
dah bukan macam diri sendiri pula.

;)

sangat perubahan!

Alhamdulillah
semuanya seronok dan amat menyeronokkan

tapi

disebalik rasa bahagianya KAMI, KAMI masih disusahkan dengan sedikit gangguan rasa 'kecik hati'

dan
KAMI masih KOOL habis.

dugaan-dugaan

sekian
-julia-


Thursday, October 27, 2011

kecik hati~


manusia tidak akan terlepas dari merasa 'kecil hati' atas tingkah laku/ sikap dan kata-kata manusia lain.

yes! . aku manusia dan aku juga tak terlepas dari rasa 'kecik hati'..

tapi

option yang ada cuma 3
1. meluahkan secara terus - getting better or merosak rasa
2. diam telan pendam - kau akan rasa sedih dan sakit gila!
3. kongsi dengan manusia lain yang rapat sama kita-kita - at least rasa gila tadi boleh kurang 5%

;)

semoga aku terus diberi sabar dan senyum untuk semua rasa 'kecik hati' ini agar aku tidak menjauh hati..

sekian
-julia-



Tuesday, October 25, 2011

Sibuk!


Alhamdulillah
sudah 1minggu 4hari berstatus isteri

dan
sangatlah seronok menjadi isteri

HAHA

tapi
jujur cakap
aku takdak masa dah nk layan mende lain selain melayan tanggungjawab aku kepada suami

bukan batin semata-mata OK

maksudnye,
memenuhi menyediakan makan minum pakai tempat tidur.
semua nye harussssss aku uruskan.

gila habaq ang!
sibuk koit.

sangat letih.
tapi disebabkan rasa kasih sayang dan cinta yg begitu tinggi untuk suamiku

aku juangkan juga semangat untuk penuhi semuanya

dan
sangat puas, bila setiap yang kita buat tu dihargai!

Alhamdulillah..

;)

sekian
-julia-