Tuesday, October 30, 2012

Sekarang & Sumpah Tak Sabaq~

sekarang
sudah 31 minggu 5hari
lagi 58hari
 untuk cecah ke tarikh jangka
27 Disember 2012

sekarang
dah tak larat duduk lama mengadap PC..
pinggang lengguh taktau nak habaq lagu mana lagi.
kalau boleh dipicit pijak.. perghh haruslah lega rasanya hati.

sekarang
yang pasti makin sihat gemuk berisi
even body rasa macam cantik gila dengan ada perut berbaby
tapi
tetap hakak rindu body slim berat 47kg

Sumpah! tak sabaq.

mohon maafkan kami
mohon halalkan semuanya yang pernah diberi bagi
 
doakan kami berdua selamat.
doakan kami berdua sihat walafiat.
doakan ye, tolong.

Terima Kasih

sekian
-julia-

Tuesday, October 23, 2012

Giliran..


'dengan mak tak payah beraya ke dek?'

*diam*

kalau ikut giliran, 
betul.
Raya Haji ini tahun, patutnya beraya rumah mak aku.

sebab
Aidiladha tahun lepas sudah pulang ke Ipoh
Aidilfitri ini tahun sah-sah dimulakan ke Ipoh.

 *senyum*

satu sudut, aku perlu paham.
betapa dihari raya nanti mak aku akan sunyi sepi sendiri.
along belum tahu raya ke mana.
mungkin cabut ke Kedah mengikut hendak suami.
mungkin juga gila mengejar kerja.

abg aku.
ditakdir merantau.
cuti raya ini entah balik entah tidak.
itu kena tengok pada bajet yang dia ada jugak.

*senyum*

satu sudut lain, aku perlu paham.
sehari-hari suami, dirumah kami.
mungkin waktu ini, setiap kali cuti apa raya sekali pon.
pulang, HARUS ke pangkuan keluarga beliau.
mungkin ini cukup adil bagi anak yang juga merantau macam dia.

*senyum*

'sabarlah, tunggu nanti adek duduk rumah sendiri..tahun depan ye mak'

*diam*

aku cuma manusia
anak perempuan kepada seorang ibu tua tanpa ada lelaki disisi
isteri kepada si suami

---------------

semoga sempat dan semoga sabar, bonda hamba.

*senyum*

sekian
-julia-

Wednesday, October 17, 2012

banyak kali dalam banyak hal ..

Alhamdulillah..
banyak kali dalam banyak hal

bila aku diam bersabar
bila aku akur redha
bila aku tenang melihat

setiap kalinya Allah beri aku hikmah paling nikmat menjadi manusia paling 'cool' habis dalam dunia.

*diam*

bila keadaan menghimpit sempit.
bila keadaan menyiksa sakit.
bila keadaan menusuk perit

jangan terlalu mengikut sedih...
yakin & percayalah..
Allah ada bersama kita.

*senyum*

setiapnya akan berbalas terbalas.

Alhamdulillah..
banyak kali dalam banyak hal

aku tak pernah kecewa.
aku tak pernah gagal merasa menang.
aku tak pernah terlepas melihat hikmahNya.

*senyum*

hati kita jika dicarik robek.
hati kita jika dimalu aib
hati kita jika terbiar terlelong dimurahkan segala.

hancurnya berkecai sepi remuk terhenyak sakit
jangan menangis jiwa,

asal hati kita ini bersih.
asal hati kita ini baik.
asal hati kita ini tidak berniat busuk.

In Shaa Allah..
setiapnya akan dibalas lebih hina dari biasa.
setiapnya akan dihabuankan lebih meriah tak terjangka.

---

hidup ini kitaran yang sempurna.
kita jerk yang tak sempurna beb.. kita manusia.

kadang kala kita tak reti menilai antara intan & kaca.

orang yang melayan ramah baek, kita layan nak taknak je..
sampai buat orang luka terasa sayu menangis segala.
orang mungkin tak membalas.
tapi.. sendiri kena ingatlah sayang-sayang sekalian alam..
doa orang yang teraniaya niee.... sampai terusss pada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Adil Saksama.

so.
if disuatu hari yang indah, hati anda dilukakan tanpa disangka-sangka.
jangan melatah terkejuit segala..

mungkin ada hikmah.
mungkin itu balasan dosa kita yang sudah-sudah.

:)

sekian
-julia-
 
 

Tuesday, October 9, 2012

Terus Mencari Kuat & Sabar~

kalau tidak kuat, sudah lama aku mati.
kalau tidak sabar, sudah lama aku pergi.

*diam*

semoga terus gigih 
semoga terus mencari

semoga
tidak berputus asa dihujung cerita

*senyum*

 sekian
-julia-

Tuesday, October 2, 2012

Doa untuk Anak Bonda~

  "Ya Allah , peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah , Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat . Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal . Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam." 

Amin. Ya Rabb..

Wednesday, September 26, 2012

Dicemburui Masa~

kurlas title entry aku kan?

haha

actually nak habaq, lately aku agak busy dengan rutin seharian
tambahan sekarang nie, dok kena ulang ke klinik kan?
harusssslah jadual ada sikit larik machaaa~

;P

24hb aritu, settle telan ayaq gula 1mug!
ambik darah segala.
sungguh tragis rasanya pengalaman tersebuit.

manis gila babisss uolss!
1mug habaq hangggg, memang kes naya jaa kalau aku takdak kecing manis!

haha
27hb - esok p plak.

bukan nak merunggut tapi, sekarang ni musin hujan.
somi ku syg plak busy dengan new batch.
so berlaku kepayahan sikit lah untuk aku nek moto p keja..

apa-apa pun IBU RUMAH kena KUAT!
so redhoo jerk laa pape jadi pon.

Allah ada untuk kita

*senyum*

haaaa!
lagi satu story, opis kami dh ada staff baru.
budak melayu, junior level - fresh graduate.

hihi
sopan jerk budak nye
hopefully boleh lah buat kerja..

tidak kalu! mau dok huru hara balik opis kami nie.

apa-apa pon Alhamdulillah.. 
aku doakan dia gigih menempuh alam pekerjaan.

:)

untuk perkembangan baby boy kami,
so far Alhamdulillah.. aktif
ikut dan dia jerk dia nak belasah rahim aku nie.

hahaha

boleh terkejuit wooo kalau dia menendang or menyiku or apa-apa jerk lah yg dia buat dalam alam rahim tu.

Sumpah Teruja!
oh anak ku sayang, semoga terus sihat.
Bonda dan Ayahanda TAK SABAQ nak lepak dengan baby tau.

*senyum*

this month, kami plan nk mula beli-beli barang utk baby kami dah..
wahhhh seronok nyeee!!!

tapi
jujur cakap, kami dua-dua taktau apa.
even aku ada pengalaman jaga 2org anak menakan aku time baby.
tapi bab beli barang ZERO koit.

so ini adalah pengalaman pertama kami.
 hopefully kami tak tertipu dan duit tak terbazir tak tentu hala!

maklumlaaa.. semua nak beli. semua nak yg elok. semua nak yg terbaek kan..

p/s: jangan lupa kami dua kan tangan tiris.

miahahahah..

sekian
-julia-



Thursday, September 20, 2012

+ 3kg ~

naek pulak 3kg berat badan hamba..

hadoi..

kes naya sungguh
tuhlaaa, makan tak hengat!

padan muka aku kan?

HAHA

disebabkan berat dok nek tak reti turun
depa dok risau kot-kot aku ada kencing manis ka hapa kan?
maka dengan itu aku akan jadi pelawat tetap Klinik Kesihatan Ibu Anak Jalan Perak!
mulai Jumaat nie.

sungguh harey plak rasanye.
selang sehari plak tuh!

depa hengat aku ni takde keja ke hape?

;(


24hb kena p telan ayaq gula plak
macam-macam betui laaa.

dugaan sungguh.

tapi
takpe. demi baby boy yang baek.. bonda akan gagahkan jua!

hihi

sekian
-julia-