Friday, April 30, 2010

manis. indah. kekal~






cinta hati saya bagi saya coklat hari ini.

*gambar diambil sebagai saksi bukti*

kami manis kan?
kami cumil kan?
kami gila-gila merepek kan?

ye. memang kami dan kami bahagia begini.

ha ha ha

suatu hari
akan tiba masanya
kami pasti rindu saat manis indah ini

saat itu
mungkin kami sedang berduka derita

"esok kan takde sapa dapat jangka"

tapi
kami harap
biar apa pun keadaannya nanti
biar apa pun dugaannya nanti
biar apa pun.
hebat kuat mana pun.

moga kami mampu teguh kuat berdiri
saling memberi saling berkongsi.
bahagia yang satu ini.
cinta cuma satu ini
hanya mahu ini.

kekal.

sekian.

dengan cinta
-julia-

tolong jangan berhenti~

*mamat senget minah sengal*

abg,
terima kasih untuk kasih sayang
terima kasih untuk perhatian
terima kasih untuk ungkapan kata rindu sayang segala

Terima Kasih.

abg,
terima kasih untuk perkongsian yang kian sempurna
terima kasih untuk masa yang terbuang
terima kasih untuk mata wang Ringgit Malaysia
terima kasih tumpangkan kesana kemari
terima kasih untuk bazirkan minyak kereta bawak pusing-pusing

Terima Kasih.

abg,
terima kasih untuk call siang malam
terima kasih untuk SMS tanya itu ini
terima kasih untuk bebel bual hari-hari
terima kasih untuk dengar leter minah ini

Terima Kasih.

abg,
terima kasih untuk indah jiwa sanubari
terima kasih untuk tindakan yang menyakitkan hati

Terima Kasih.

abg,
terima kasih untuk gelak tawa ceria
terima kasih untuk jatuh air mata

Terima Kasih.

abg,
untuk rindu
untuk sayang
untuk cinta
untuk kasih
untuk semua segala

Terima Kasih.

TOLONG JANGAN BERHENTI
plis.plis.

sekian

dengan cinta
-julia-


footnote:
saya perlukan semuanya. kekal sentiasa. saya tamak kasih sayang. jangan berhenti untuk semua di atas. minta jangan tarik nikmat ini dari hati saya. jangan berubah. jangan. jangan. sebab tanpa perhatian kasih sayang.
SAYA AKAN PERGI. PASTI!!~

Thursday, April 29, 2010

iron man two~


abg so excited nk tgk cite nie.
best sgt gamaknya.
tapi bila tgk, takde la best mana pon.
boleh-boleh jerk.

cite aksi yg ala-ala suwit gito~

tapi.
sebab tengok dengan abg. ada dengan abg.

;)

semua jadi lebih indah dari biasa.

ha ha ha.

*gila angau*

tapi..
kalau gaduh pon kesan dia.
lebih sakit dari biasa jugak!!~

'abg, kita ni lawak laaah kn.. tapi kita saling sayang'

kalau esok takde lagi untuk julia.
dia nak abg tahu dia sayang abg amat.

*senyum*

jaga diri.
takmo kacau org-org melampau sgt ye.
mkn kenyang-kenyang

sekian

dengan cinta
-julia-


Wednesday, April 28, 2010

kakak elin saya~

hari ini.malam ini.
aku dapat khabar dari laman sosial paling femes adab ini.
tindakan luar jangka, cuma mahu siar-siar di mukabuku Adek Ayel tgk picture konvo beliau segala.

tapi.
hati jadi sentap.

Raja Shalawati
elin kt spital.wad 1 katil 8..sian dia.x de rezeki
8 hours ago

kakak elin keguguran.

Ya Allah!!!

Besar dugaanMu pada dia Tuhan.
berlama bersabar untuk tunggu hadir satu nyawa hidup bergerak dalam rahim kecik lalu membesar dan memanggil segala gelaran indah manis umi.ibu.mama.mami.mak dan entah apa lagi di suatu hari nanti bila saat anak kecil itu sudah mula boleh berbual berbicara..

hancur jadi debu dan beterbangan dalam sekejab cuma.

Harap dia kuat adanya.
Harap dia mampu sabar tabah atas dugaan dari Tuhan Yang Maha Esa.

'kakak, kalaulah aku mampu terbang ke sana saat tika ini. pasti aku sedang peluk nangis sama kamu. dan jika rasa sedih itu mampu pindah alih sebentar seketika pada seorang aku. aku rela kakak. janji kamu tidak punya apa-apa rasa selain bahagia'

Tuhan.
kuatkan kakak elin aku. dia indah. beri dia senyum manis lagi.

sekian

dengan cinta
-julia-

prasangka atau perasankah?


fikir bukan-bukan
merepek entah apa-apa
atau.
menyangka benda tak masuk akal

perasankah aku?

aku temu titik perubahan pada masa.
aku rasa kelat dalam rasa saat perbualan.
aku nampak jiwa tak sama gaya penampilan.

prasangka kah aku atau perasankah aku?

sensitif jiwa
peka rasa
aku malas mahu nafikan

sebab itu memang aku.

maaf.
kerna takdir jiwa gadis rompang ini begitu payah dijaga terapi

sekian

dengan cinta
-julia-


footnote:
abg, jue minta abg jgn tipu jue atas rasa yg abg rasa..sakit abg sakit jue juga.


Tuesday, April 27, 2010

cuba kerana harap~

cuba
untuk jadi sempurna
untuk
dia

cuba
untuk jadi terbaik
di
matanya

cuba
untuk hilangkan semua segala
keluh resah
hatinya

cuba
untuk ada sentiasa
saat pahit getir susah payah
bersamanya

cuba
jadi sehebat mungkin
untuk
kuatkan dirinya tika jatuh lemah.

cuba
jadi manusia paling memahami dalam dunia
hanya untuk dia

cuba
untuk abadikan banyak kenangan bersamanya
selagi daya selagi bernyawa.

harap
hidupnya kian bahagia kian meriah kian ceria

sekian

dengan cinta
-julia-

Monday, April 26, 2010

hilang kata-kata~

(;

Tuhan.
tolong jadikan dia untuk aku.
dunianya akhiratnya dengan aku.
bersama berpayah bersegala berdua.

mohon.rayu. minta.
jangan ada halangan.
jangan ada pemisah.

Tuhan.
tolong ya.

jaga dirinya untuk aku.
kekalkan senyumnya.
sihatkan tubuhnya.
permudahkan semua untuknya.

Tuhan.
kuatkan hatinya tika lemah datang terpa.

mohon pelihara apa-apa yang baik molek tentang akhlaknya.

Tuhan.
aku sayang dia amat.

mahu hidup bersama berdua.
dan.
mohon takdirkan semuanya untuk kami berdua.

*diam*

berserah segala atas Engkau yg Esa.

Amin.


Sunday, April 25, 2010

sekejab~



aku sakit
sebab aku pilih utk disakiti.

aku luka.
sebab aku pilih utk terluka.

dan semua rasa ini buat aku rasa gila babi sial.
ketara kebodohan aku.
terang-terang aku tahu sedang ada manusia pijak henyak hati aku tanpa belas.

hari ini.
akulah yang paling utama.
beri perhatian kesana kemari.
tanpa aku mau mati gamaknya.
atau dunia tak seindah biasa

ha ha ha

sbb cinta aku belum kau yang punya kan?

tapi.
esok harinya.
bila cinta sudah dapat.kasih syg aku kau hirup tamak.
banyak cerita nyata jadi angan-angan semata,
macam sial.

ingat aku apa?
alat sunyi bosan kau?
bila rindu macam nk sawan datang carik aku.
msg2 taknak henti sampai dpt apa kau mahu.

bila puas?
aku campak sana sini.

ye.
syg aku. cinta aku.
tapi mana hak aku?
aku punya rindu.
aku punya cinta.
dan saat itu aku terbiar. sendiri. menagih macam penagih tak mampu beli candu.

;(

tolong kasihankan gadis ini.
sunyi.
minta di kasih di sayang.
tapi balik-balik
diabai.dipijak.diperdaya.dihampa.dikecewa.
paling aku rasa bangsat.
diranap disampahkan.

haihhh...

pegi mati dengan cakap kata sayang.
aku muak.
muntah kayak aku dengar.

*diam*

bunyi macam gila babi serik.ralat. palat.
dunia cinta manusia aku asik kena sumpahan.
takut.risau.
menghancur luluh lagi.
maka aku pilih untuk berdiam.berlama.bersendiri.

tapi.
dengan dia aku tewas.
puas menolak.
berlembut.
akhirnya mengalah berserah.
beri peluang untuk sama-sama cari bahagia.

tapi
tanpa sedar.

hatinya aku luka.
jiwanya aku robek kejam.

maaf abg.
langsung tak berniat.

belum sembuh sepenuhnya.
sakitnya membunuh byk rasa.

mohon beri masa.

-----------------------------------------
dia.


terlalu baik untuk aku persiakan.
terlalu indah untuk aku lepaskan.
terlalu sempurna untuk aku dapatkan.
terlalu cumil untuk kami digandingkan.

haihhh..

kenapa dia rela.
kenapa dia mahu.

dekat-dekat sama aku.
jijik hina.
bodoh gila.

haihhh..

sayang.
sini. tempatnya penuh luka.
sini. peritnya macam mahu mati.

kenapa masih mahu?
kenapa masih tunggu?

kamu terlalu indah cintanya untuk rasa sakit tempias cinta aku dulu.
kamu terlalu lembut untuk sama-sama turut sakit pada cerita sial aku dulu.

aku minta maaf.
sebab aku selalu lupa.
janji mahu lupakan ingatan pada sial-sial dulu.
balik-balik aku ulang tayang kisah gila babi yang mampu buat aku hilang rasa 10hari.

ha ha ha.

maaf.
jangan sakit sebab aku,
jangan apa-apa pun sebab aku.
biar kan aku.
aku jadi sial begini sebab aku selalu jadi manusia paling bodoh abad ini.

jangan.
jangan ye. minta.

aku belum layak untuk cinta sempurna kamu


sekian

dengan cinta
-julia-

hari keluarga, keluarga VADs~






*senyum*

Sebab aku nie jenis suka abadikan kenangan.
aku pilih utk pergi.
cubaan untuk jadi penyibuk.
ini yang pertama buat aku
dan.
sapa tahu ini mungkin yang terakhir buat siapa-siapa antara kami.

biasa-biasa.
takde la istimewa mana pon.
event ala kanak-kanak ribena.
tapi.
kecoh dan meriahnye bukan maen lagik.

best.
sebab abg ada sama.
macam nk berkepit dengan abg jerk tadi.

he he he.

tapi risau ramai sakit mata tengok kami.

(;

*flash back*

ha ha ha.

manis betui.
SANGAT!!

dan rasanya.
aku sudah tak kesah org mahu bercakap-sembang pasai kami.
biarlah.
biar semua tahu.
kami sudah ada dan saling sama cinta.

hee~

kan, abg!

*senyum*

sekian

dengan cinta
-julia-


anak suka, mak setuju~





24. April. 2010

hari indah.
aku suka dan mak setuju.

thankz mak.
akhirnya.
kita sepakat.

'abg, mak soh masuk minang anak dia nie'

*senyum*

ha ha ha.

sekian.

dengan cinta
-julia-