Wednesday, April 28, 2010

kakak elin saya~

hari ini.malam ini.
aku dapat khabar dari laman sosial paling femes adab ini.
tindakan luar jangka, cuma mahu siar-siar di mukabuku Adek Ayel tgk picture konvo beliau segala.

tapi.
hati jadi sentap.

Raja Shalawati
elin kt spital.wad 1 katil 8..sian dia.x de rezeki
8 hours ago

kakak elin keguguran.

Ya Allah!!!

Besar dugaanMu pada dia Tuhan.
berlama bersabar untuk tunggu hadir satu nyawa hidup bergerak dalam rahim kecik lalu membesar dan memanggil segala gelaran indah manis umi.ibu.mama.mami.mak dan entah apa lagi di suatu hari nanti bila saat anak kecil itu sudah mula boleh berbual berbicara..

hancur jadi debu dan beterbangan dalam sekejab cuma.

Harap dia kuat adanya.
Harap dia mampu sabar tabah atas dugaan dari Tuhan Yang Maha Esa.

'kakak, kalaulah aku mampu terbang ke sana saat tika ini. pasti aku sedang peluk nangis sama kamu. dan jika rasa sedih itu mampu pindah alih sebentar seketika pada seorang aku. aku rela kakak. janji kamu tidak punya apa-apa rasa selain bahagia'

Tuhan.
kuatkan kakak elin aku. dia indah. beri dia senyum manis lagi.

sekian

dengan cinta
-julia-

No comments:

Post a Comment