Sunday, June 6, 2010

ahad 060610

9.30pagi lebih kureng sampai sudeh kami di Ipoh, Perak~
*Daulat Tuanku*

sekitar 9pagi sampai di terowong jelapang

seawal 7.30pagi gerak keluar dari Penang

*ibu dan adek-adek beliau*

*ibu Al & abah Al*


Alhamdulillah.
sampai akhirnya. berjumpa. bersalam. berkenalan. dan berakhir baik hendaknya~

Amin.

sekian

dengan cinta
-julia-

sabtu 050610

*layan wayang Prince Of Persia & Lagenda Budak Setan*

*sarap di transfer road*

*jogging di tasek biawak*


*kadang-kadang perempuan lebih bijak dari laki-laki~*


bangun pagi-pagi
dengan along aku kalut kecoh sudah lambat ke kerja segala.
adoii..
bikin sakit kepala.
minta dihantar segala. so aku on saja. memamg aku sudah ada program ini hari.
bangun dan mahu pergi jogging tambah stamina untuk diri.

malang sedikit. pagi itu mendung betul.
dalam hati macam mahu kecewa. tapi yakin. hujan ini pasti tak lama.
doa diam-diam. agar berhenti. agar niat mahu bersenam dalam USM sana tercapai terlaksana.

lepas hantar along aku dengan Mr. Al.
we'olls tawakal ke USM. Alhamdullillah tidak hujan.~

maka aku. dengan meriahnya. berjalan berlari seorang diri. even datang berdua. tapi...

ha ha ha.

*aku taknak cerita*

after jogging macam nk hilang nyawa. padahal 4round jerk * 2 round jalan, 2 roung jogging*

pi pekena roti bakar, teluq mentah ngan nasi lemak beserta milo ais. kat transfer road sama kekasih.

kenyang jerk. terus gegas balik rumah.
mandi lepak siap. keluar plak layan wayang.

mau pengsan juga aku seharian itu. tapi layann...

esoknya lagik meriah.

sekian

dengan cinta
-julia-


Friday, June 4, 2010

saya nak naek EVO!~




saya nak jadi polis.

kenapa saya nak jadi polis? tanya Insp. Rezam pgawai penyiasat trafik ..

'sebab saya nak naek EVO, Tuan'

ha ha ha.

macam siyal aku nie~

-----------------------------------------------------------

untuk kawan-kawan.
maaf jika aku bilang aku penat letih beberapa hari ini.
aku penat sebab mendalah nie aa~

terkejar-kejar aku sebab pemohonan.
tambah-tambah motor takde plak. lagi la myukarkan pergerakan.

tapi..
im cool bebeh~

ini baru langkah 1~
ada banyak langkah lagi yang aku perlu tempuh!!~

OMG!!~

aku perlu lari-lari setiap hari.
pusing-pusing sekitar pulau pinang untuk cari kerah tenaga itu sgt dan teramat pasti~

Tuhan.
tolong kuatkan aku

Amin~

sekian

dengan cinta
-julia-

Thursday, June 3, 2010

rapid~




terpulanglah mahu cakap aku 'jakun' atau 'perak' ke hape???

yang pasti aku sangat teruja hari ini.
kali pertama naik rapid sorang-sorang.

ha ha ha.

tak silap ini baru kali ke 2 atau ke 3 kot.
b4 ini aku pernah juga panjat tangga rapid ni tapi dengan along aku.

tapi aku ini. untuk pertama kalinya..
aku pergi kerja naik bus awam..

ha ha ha.

cumil plak aku rasa. macam mahu snap pic dengan penumpang lain. tapi perasaan malu buat aku diam-diam snap pic pemandangan sahaja.

ok per.? dr takde langsung kenangan.

esok akan naik bus lagi.
rasa best. kelakar pun ada

haih...

maklumlah.. moto aku abg aku pinjam.. dilarikan sana sini. jadi untuk pekerja macam aku nie.. yang pejabatnye hanya 15minit jika berjalan kaki .. elok aku mengalah beri abg aku guna sekejab sementara.

balik time. papa datang amik~
he he he.

thankz papa.
sori nyusahkan kamu jerk. :P

sekian

dengan cinta
-julia-

bateri habis~

hidup macam ini juga. hari-hari mahu ukir senyum.
aku suka atau tidak.
aku selesa atau tidak.
aku tahu aku perlu jaga banyak hati sana sini.

dan masih aku punya limitasi tertentu.
sana sini minta beri rasa rindu perhatian.
macam biasa. mana yang utama aku utamakan.

dan,
untuk sepanjang minggu ini.
aku macam sudah hilang daya.
kudrat macam disedup kejam oleh alam.

sungguh aku cuba sehabis baik untuk buat terbaik untuk manusia sekeliling tapi kadang kala.
fed-up itu datang juga terpa.

banyak plak kenduri bulan 6 ini.
semua kenalan baik mesra.
jika tidak hadirkan diri takut-takut ada yang terusik hati.
kalau tidak tuan punya kenduri yang kata-kata, teman-teman yang ikut serta pasti ada bisik-bisik bising.

haih...
mana yang harus aku turutkan.
kepenatan badan atau ikatan sebuah pertalian?

Tuhan,
mohon ada yang dapat faham mengerti.
aku sedang sangat cuba mahu pergi. tapi daya aku tiada lagi.
aku mahu menyepi menjauh.
aku rasa aku macam habis bateri.

Tuhan,
aku mahu bisik-bisik sama Kamu.
aku rasa aku macam sudah abaikan ramai teman.
tapi aku rindu.
aku rindu ramai mereka. tapi kudrat aku tidak cecah sampai untuk tanya hubung setiap waktu.
cuma aku peduli. masih....


Tuhan,
jika ada antara mereka terasa terusik rasa.
mohon sampai kata rindu ini dalam bentuk lain harapannya.
aku sentiasa doa-doa moga bahagia untuk mereka sentiasa terpa.

untuk ramai pengantin esok lusa tulat hari.
andai aku tidak dapat hadirkan diri. mohon maafkan.

siyesly aku tak sabar bercuti. enjoy-enjoy.
aku mahu senyum berseri lagi~

sekian

dengan cinta
-julia-

Wednesday, June 2, 2010

betina dan jantan jahanam!!~

korang aku nk cakap spesis binatang tapi punya nama berbin berbinti segala.
sudah berbuat dosa. melahir si luar nikah. usung selama 9bulan 10hari.
alih-alih dengan mudah kau campak sana sini.
apa punya binatang kau nie??

tak kasihankah lihat anak kecil tidak salah tidak berdosa dibunuh kejam?
tak punya langsungkah rasa simpati empati pada anak hasil hubungan kalian bersama berdua, yang konon atas dasar cinta sejati segala???

mana pergi nilai sayang dan kasih seorang ibu??
mana pergi semua rasa yang perlu ada pada seorang ayah??

kenapa begitu jahanam sekali otak kalian? kenapa??
zalim. kalian manusia kejam!!

setiap hari. setiap hari. hari-hari ini. ada sahaja berita bayi kecil dibuang mati berdarah sepi disampah disungai ditanam dijalanan.

bukan setakat kalian buang. tapi sekarang hingga membunuh.

apa yang kalian lintas lalu dalam kepala sebenarnya??
langsung tiadakah belas pada bayi itu dengan esak tangisannya??

Ya Allah.
bukakan pintu hati mereka. berikan jalan dan petunjuk terbaik untuk mereka pulang ke jalan sepatutnya.
mohon elak lintas tindakan paling bodoh membunuh menyiksa jasad bayi kecil tidak berdosa.
mohon semua mendapat iktibar dari setiap kejadian.

Amin.


prihatin
-julia-

topeng senyum~

aku penat gila kebelakangan nie. dengan sakit-sakit sendinya. dah macam orang tua separuh abad.
kerja macam tu juga. myb sebab banyak sangat perkara yang perlu dikejarkan sampai aku rasa macam tak cukupnya 24jam dalam sehari.

minggu nie shif malam. 12 tengah hari sampai 9.30 malam.
konon dapat lepak tidur bangun lewat sedikit.
tapi mimpi laa weh...

shif apa pun. rutin tetap sama.
even macam bujang takde tanggungjawab tapi pagi-pagi sudah kena menjaga anak.

haihhh..

apa boleh buat. orang cakap practice makes perfect. yeke???
tapi aku rasa aku macam ada bakatsemulajadi jerk.

ha ha ha.

tak kesahlah pape pun. as long as dpt ringankan sikit beban mak aku. sekurang-kurangnya.
tapi penat letihnye... tak dpt bayang.

kadang-kadang tak mampu nak senyum dengan ramai orang.
mudah hilang mood. tapi kerja macam aku nie. sentiasa perlu bermood baik.
melayan customer bukan kerja. dalam mood apa pun. dalam keadaan apa pun. intonasi suara perlu dikawal sempurna.

dan yang ketara sekarang. aku kurang respon pada alam.
punya pasal lah jika ramai manusia bilang aku sombong segala.
aku letih. letih sangat.
aku lebih suka diam dari cakap bercakap.
sebab bila letih sabar mudah hilang. dan rasanya. aku sedang cuba kawal emosi untuk marah-amarah sama manusia.

Tuhan saja tahu.

dan. Tuhan juga tahu. bila aku sangat sabar melayan karenah manusia-manusia sekeliling. yang tidak cuba mengerti betapa aku sedang cuba menjadi paling memahami paling berada di sisi even keadaan aku sendiri macam mahu mati.

haihhh..

letih. dan jika mengeluh dapat hilangkan berat rasa ini. pasti aku sudah lakukan berjuta kali.

ha ha ha.

tapi malang dan amat celaka.
usaha mengeluh berusaha tidak berjaya melempiaskan sejuta rasa letih dalam rusuk susuk ini.

dan.
untuk beberapa hari kebelakangan ini. aku asik sarung pakai topeng senyum. bagi ganti senyum asli semulajadi.

hi hi hi.

sekian

dengan cinta
-julia-