Thursday, June 3, 2010

bateri habis~

hidup macam ini juga. hari-hari mahu ukir senyum.
aku suka atau tidak.
aku selesa atau tidak.
aku tahu aku perlu jaga banyak hati sana sini.

dan masih aku punya limitasi tertentu.
sana sini minta beri rasa rindu perhatian.
macam biasa. mana yang utama aku utamakan.

dan,
untuk sepanjang minggu ini.
aku macam sudah hilang daya.
kudrat macam disedup kejam oleh alam.

sungguh aku cuba sehabis baik untuk buat terbaik untuk manusia sekeliling tapi kadang kala.
fed-up itu datang juga terpa.

banyak plak kenduri bulan 6 ini.
semua kenalan baik mesra.
jika tidak hadirkan diri takut-takut ada yang terusik hati.
kalau tidak tuan punya kenduri yang kata-kata, teman-teman yang ikut serta pasti ada bisik-bisik bising.

haih...
mana yang harus aku turutkan.
kepenatan badan atau ikatan sebuah pertalian?

Tuhan,
mohon ada yang dapat faham mengerti.
aku sedang sangat cuba mahu pergi. tapi daya aku tiada lagi.
aku mahu menyepi menjauh.
aku rasa aku macam habis bateri.

Tuhan,
aku mahu bisik-bisik sama Kamu.
aku rasa aku macam sudah abaikan ramai teman.
tapi aku rindu.
aku rindu ramai mereka. tapi kudrat aku tidak cecah sampai untuk tanya hubung setiap waktu.
cuma aku peduli. masih....


Tuhan,
jika ada antara mereka terasa terusik rasa.
mohon sampai kata rindu ini dalam bentuk lain harapannya.
aku sentiasa doa-doa moga bahagia untuk mereka sentiasa terpa.

untuk ramai pengantin esok lusa tulat hari.
andai aku tidak dapat hadirkan diri. mohon maafkan.

siyesly aku tak sabar bercuti. enjoy-enjoy.
aku mahu senyum berseri lagi~

sekian

dengan cinta
-julia-

No comments:

Post a Comment