Wednesday, June 2, 2010

topeng senyum~

aku penat gila kebelakangan nie. dengan sakit-sakit sendinya. dah macam orang tua separuh abad.
kerja macam tu juga. myb sebab banyak sangat perkara yang perlu dikejarkan sampai aku rasa macam tak cukupnya 24jam dalam sehari.

minggu nie shif malam. 12 tengah hari sampai 9.30 malam.
konon dapat lepak tidur bangun lewat sedikit.
tapi mimpi laa weh...

shif apa pun. rutin tetap sama.
even macam bujang takde tanggungjawab tapi pagi-pagi sudah kena menjaga anak.

haihhh..

apa boleh buat. orang cakap practice makes perfect. yeke???
tapi aku rasa aku macam ada bakatsemulajadi jerk.

ha ha ha.

tak kesahlah pape pun. as long as dpt ringankan sikit beban mak aku. sekurang-kurangnya.
tapi penat letihnye... tak dpt bayang.

kadang-kadang tak mampu nak senyum dengan ramai orang.
mudah hilang mood. tapi kerja macam aku nie. sentiasa perlu bermood baik.
melayan customer bukan kerja. dalam mood apa pun. dalam keadaan apa pun. intonasi suara perlu dikawal sempurna.

dan yang ketara sekarang. aku kurang respon pada alam.
punya pasal lah jika ramai manusia bilang aku sombong segala.
aku letih. letih sangat.
aku lebih suka diam dari cakap bercakap.
sebab bila letih sabar mudah hilang. dan rasanya. aku sedang cuba kawal emosi untuk marah-amarah sama manusia.

Tuhan saja tahu.

dan. Tuhan juga tahu. bila aku sangat sabar melayan karenah manusia-manusia sekeliling. yang tidak cuba mengerti betapa aku sedang cuba menjadi paling memahami paling berada di sisi even keadaan aku sendiri macam mahu mati.

haihhh..

letih. dan jika mengeluh dapat hilangkan berat rasa ini. pasti aku sudah lakukan berjuta kali.

ha ha ha.

tapi malang dan amat celaka.
usaha mengeluh berusaha tidak berjaya melempiaskan sejuta rasa letih dalam rusuk susuk ini.

dan.
untuk beberapa hari kebelakangan ini. aku asik sarung pakai topeng senyum. bagi ganti senyum asli semulajadi.

hi hi hi.

sekian

dengan cinta
-julia-


No comments:

Post a Comment