Sunday, June 19, 2011

isu masakmakan~


semalam first time aku mencemar duli masuk dapur masak untuk tunang ai.
dan tiba-tiba dapat rasa tanggungjawab seorang isteri.

ekekeke.
cumil koit!

takde lah masak teruk sgt pon.
dh malam dh time tu pon.
tetiba dia call cakap nak makan yang aku masak.

menu?
menunye ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
telur dadar+ ayam goreng+ nasi + kicap.

hihihi
cumil dak?

wakakak..

*adoii tak mencabar langsung skill memasak aku*

tapi oklah.
memalam mana nk carik barang masak. tambah rumah ai ni jarang memasak.
semua bz dengan kerjaya.
lain lah dia tempah 1minggu awai

dapatlah aku plan nk masak apa.
macam masa sekolah dlu.

*senyum*

elowwww..
aku macam dengar org cakap aku tak pandai masak jerk ni?
haha

untuk pengetahuan semua
ai dulu masa sekolah menengah
ai amik kelas ERT okay
ERT stand for Ekonomi RumahTangga

haha
setakat masak-masak ni..
eleeehhh small the pieces laa~

:P

*over lagi*

haihh..
tp sebab aku lama gila tinggai
maklumlah fokus pada pelajaran kan..
tugas dapur aku serah bulat2 kt my mum.
so agak karat jugak laaa skills yg ada.

InsyaAllah.
kawen sok... aku make sure. ianye berkilau semula bak mentari menyinari pagi...
gitooooo!

cewahhh.

papehal pon.
nanti kawen memang aku tekad nekad untuk berusaha sehabis baek untuk sediakan makan minum untuk suami dan anak-anak aku.
*bukan nk juai saham okay*

sebab banyak makanan kat luar sana yang semakin banyak tak selamait untuk dicekik.

'masa depan amat menakutkan'

aku kecik-kecik dulu agak terbiar
sebab mak kena jadi abah. mak kena jadi mak.
makan minum kami.
kami urus sendiri kadangkala

so
aku taknak bende ni jadi kat anak-anak aku nanti~

sekian
-julia-



Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Bapa~


bunyik mesej masuk.
bukak tengok

memes dari Maxis

'selamat hari bapa'
'ayahku, rajaku'

siap sampai 2memes masuk!

*senyum*

boleh tak aku nak jawap..

'Maxis, saya taktau nak hantaq memes ni cmne kt abah saya'

*diam*

aku taknak taip banyak-banyak
nanti makin banyak yang akan aku persoalkan sama takdir Tuhan.

ye. aku ada abah yang sebenarnya tiada.
ye. aku marah dengan semua cerita yang disusun utk kami sekeluarga.

tapi
aku redha.
aku tahu Tuhan baek sama aku.
aku tahu
aku perlu tahu
setiapnya akan ada titik noktah.

*diam*

semoga anak-anak aku nanti tidak rasa macam apa aku rasa

sekian
-julia-




Thursday, June 16, 2011

tipikalnye alahaiii~


arghh sgt tipikal
datang bulan dan merajuk atau buat perangai segala

tapi

memang itu emosinye sekarang
jadi harus bagaimana lagi mahu dikawal jiwa raplah segala

oh serabut!

sumpah aku cuba lari dari jadi wanita tipikal dengan ragam gewdiks mengada-ngada
tapi
aku cuma wanita biasa

ha ha

aku minta maaf
aku emosi
aku sensitip

ohh..
sila lah pujuk.
sila lah pujuk
sila lahh..

;(

sekian
-julia-

dalam elok~


kita mungkin tak sedar
dalam tutur taip perkataan kita sebenarnya
ada hati manusia yang tersentap luka

jadi
baik manapun kalian sama manusia lain
erat mana pon perhubungan kalian dengan insan lain

jaga bait kata kita
jangan ada yang terluka

dalam elok
boleh gaduh woooo!

moral of the story: kerana mulot jiwa merana..

boleh gitoo??
hahahhaha..

meh sama-sama renung tenung
kekurangan dalam baris kata kita.

*tetiba suci, apa kes*

sekian
-julia-

Saturday, June 11, 2011

Majlis Kahwin-Kahwin~


harini aku ada 3jemputan perkahwinan.
2 siang hari dan 1 malam hari.

dan yg sempat aku p 1 siang 1 malam.

hehe.

tengok hari bahagia org lain pon dh rasa bahagia.
apatah lagi hari bahagia sendirik kan..

dalam suasana majlis yg meriah lagi kecoh disana sini tu.
sempat jugak laa ai nie terberangan seketika
ecehhh

:P

bukan la berangan apa pun..
cuma terisau cmne laa majlis aku nanti.
ok ke. kelam kabut ke?
ujan ke tidak ke?
haihhh

risau!

InsyaAllah majlis kahwin-kahwin ni kan skali seumor idup.
so kalau ye pon tak mewah sekurang-kurang selesa dan tersusun gituu..

tapi kita kan hanya mampu merancang.
Allah yg menentukan segalanye.

dan melalui pemerhatian aku kan...
makin banyak duit yg kita ada. makin banyak yg kita akn bazirkan tanpa fikir panjang.

impian kan banyak. macam-macam.
so kalau tak kawal... maka...

lu pikir laa sendirik.

aku p majlis org. aku kurang komen banyak hal.
makanan ke? buahtangan ke? apa ke?
as long as pengantin cantik dan happy, aku tumpang happy.
sebab aku tau susahnyeeeee laaa nak dirikan masjid!

so aku harap majlis aku yg kecik dan simple tu tak jadi bahan umpatan manusia yg kurang senang dengan banyak hal nanti.

oh... semoga majlis aku nanti berjalan lancar!
Amin.

*semoga tidak HUJAN.. kalian yg lalu sini.. tolong doakan ye~*

terima kasih.. <3 korang!

sekian
-julia-

Saturday, June 4, 2011

org tua tak berapa ada akai~


kalau sesapa yang lalu singgah sini.
kalau kenai dengan aku.
sure-sure depa tau aku ni jenis manusia macam mana.

haihh
ada satu kes ni.
baru jerk jadi kejab tadi.

aku dok tunggu lif nk turun.. sbb ada janji temu dengan my tunang.
so tetiba ada laa sorg 'pakcik' nie.
kenal tak kenal sgt..
cuma tau jerk.

sumpah cakap.. aku tak bermasyarakat pon dengan manusia kt flat ni.
boleh kira koit yg aku dok senyum sembang. tu pon... sebab depa kawan mak aku.

berbalik pada story pakcik tersebut, so dia pon maybe nak beramah mesra dengan anak mak aku kan...
soalan pertama yang diajukan nampak macam ... okay:

'hang kat yang bertunang hari'

*punya kuang ajaq kan!! teruih2 tanya lagu tu... mmg siyal betui*

'ha ya saya..' .. aku jawap slumber. tp berselit senyum ketat..

'bila kenduri' tanya lagi... masyarakat amik tahu.. bagus..~

'InsyaAllah bulan 10'

angpa rasa dia nak bg jawapan apa?
sebagai orang tua...

aku ni punya dok harap dia nk kata..

'Alhamdulillah.. baguih laa cepat2.. tak elok lelama bertunang ni.'

TAPI
DAK WEHHH!!!

'awat cepat sgt? hang dah tak tahan ka?'

*nak haram pakcik nie.. toyo hang!! weh aku ni pempuan laa siyal oitt.. dok sembang tahan tak tahan ngn aku awat?? memang spesis khinzir laut betui laaaaaaa!!!!*


sembang macam orang tak dak akai!
bodoh betui... islam sgt hang kan!!!

*senyum*

pehtu ada laa soalan susulan..
soal pasai kenduri kat mana laaa..
awat kt sana, susah org nak p laa

*ha mmg sy tak mo bg pakcik p ponnn!*

huh!

sakit hati aku laa..

apa punya manusia laa..
tak kesah laa ang tu tua ka muda!

weh dgq sini aku nk habaq kat ang.. tolong respek org laa...
jaga bahasa tu mangkuk!

*kan dh puas aku mencarut malam nie.. mau sangat!*


sekian
-julia-

Thursday, June 2, 2011

terkata.dikata dan mengata~


story ini story lama.
cuma aku baru ada mood nak cerita sikit-sikit hal tak berkaitan banyak dengan hidup aku.

jiran selang beberapa rumah floor aku ni. ada yang sama baya dengan aku.
entah kenapa. beberapa bulan lepas...
kalau selisih. terserempak dan sewaktu dengannya..

secara automatik nye. aku ni akan tersenyum paling manis dalam dunia.
ecehh yeye jerk!

tapi.
apa yang aku dapat adalah pandangan mencuka dan jelingan yang amat tidak menyenangkan seluruh ati.

ikut-ikut boleh panas ati.
tapi aku ni.. manusia yg jarang-jarang nak amik port isu remeh.

so kejadian tu berulanglah 3 4 5 6 7 kali.
maklumlaaa aku ni tak serik nk senyum kat org yg tak reti nk balas senyum aku.

haihh..

kecewa habaq ang!
tapi biaq laa...

*diam*

so ada jugak aku ngadu2 kat mak aku..
takde laa pelik jerk.. nape tetiba tak nak senyum segala..
upernye mak dia pon layan mak aku sama macam anak dia layan aku.
heran..

aku ada wat silap ke hape?

haihh pelik-pelik.

dipendekkan cerita.

jenis kami ni manusia yg tak paham bahasa..
orang taknak menegur tapi kami degil nak sibuk menyibuk jugak.
so hari jiran yg sebaya dengan aku tu kawen. mak aku ada menyibukkan diri nye.
maklumlaa jiranla katakan..
seagama. semelayu.

maybe
sebab depa malu alah..
family dia pon dh okay ngn my mom~

aku macam tu jugak..
kera sumbang.
tak reti bercampuq. dok lam umah wat hal aku jerk.

episod seterusnya adalah hari pertunangan aku.
haaaa time nie laa episod baek punya!

hari majlis.
rezeki sikit-sikit tu family kami share la dengan jiran-jiran dan kawan2 mak yg menolong.
sibuk laa jugak aku malam tu..

esoknye.
letih penat tak ilang lagi ni..
mak aku soh anta kuah gulai baki semalam kt depa.

so aku pon dengan tak mandinye.. p laa hantaq.

bagi2 salam.
si jiran sebaya aku tu yg jawab dan amik kuah gulai tersebut.

elok aku nk blah dari situ.
dia panggil aku.

erk..
*apa plak dia nk ckp nie, nervesss koit*

"julia, tau tak kenapa Fa.... tak senyum kat julia kalau julia senyum kat Fa...?"

"tu laa... taktau laa .. dok heran gak.. awat?"

"sebenarnya ada org dok menyampai.. depa kata julia kata Fa... bodoh, belajaq tak pandai.. keja pon ntah pape"

"Ya Allah. sumpah demi Allah. org tak kata langsung... nk wat kata cmtu? tak pernah amik tau pon pasai Fa... lama ni pon kan?"

"ha tu laaa... Fa.. pon sama.. terkejuit gak. dh la tak amik tau hal org.. tetiba org kata kita bodoh.. mana kita tak marah.. kalau julia kat tmpt Fa.. apa julia wat?"

"ye.. minta maaf laa yek.. mmg tak kata pon bodoh ka apa"

"Fa.. pon minta maaf jugak... mmg nak tanya ritu tapi tak sempat..."

*agak terkejut beruk jugak laaa aku masa tu*

ha ha ha

dan kami pon saling bersalaman dan cium pipi kiri kanan.. habaq ang!

haihh

manusia mana laaaaa yg busuk hati kat aku or family aku tu..

semoga diberi petunjuk agar mereka bertaubat!

dan
kalau angpa jadi aku, apa angpa rasa?
sakit ati dak?

kalau ye pon angpa terkata.. hishhh aku jarang nk mengata pasai org nie..
tetiba angpa dikata mengata!

ha pening kan????

hmm takpe.
aku sabaq jerk...
nk maki-maki kang nampak sgt aku ni kurang didikan..
so better aku serah hal ni bulat-bulat pada Allah SWT.

sekian
-julia-