mungkin dia lupa
mungkin kurang peka
mungkin juga sengaja
ya mungkin
tapi dia
telah hancur setiap rasa
merobek luka lama
jatuhkan air mata
telah membuka jurang pemisah
hanya kerana
bait patah kata
kisah lama kita-kita
semuanya meluka berdarah dan pedihnya tidak terluah
kerana hanya dia sanggup bersuara tanpa memikir kesan derita punca dendam tak sudah
dan
tetap dianya belum sedar
benci ini punya alasan satu sahaja
'kau jenis mengungkit wahai saudara'
sedang kau lupa
'orang juga boleh susun patah lagi berbinasa'
tapi
atas nama ikhlas dan tak mahu jadi punca
lebih baik memilih berdiam tanpa suara
'lu cakap lu main tembak. maka terbunuhlah kasih sayang kita'
sekian
-julia-
No comments:
Post a Comment