Tuesday, May 18, 2010

sial dan haram = korang~

aku kalau bercakap. kang ada yang makan dalam.
mulut aku kalau sound-sound orang ni boleh tahan jahanam juga. walaupun hati aku agak kaca.
tapi.. cukup masa aku boleh baling kaca dalam hati orang lain untuk buat mereka terpalit luka.

aku malas betui nk bising bebel sama hidup orang lain. pergi mampus laa sama kau mahu jadi apa atau mahu buat sebarang segala.
apa aku kesah?

tapi.
aku benci betui kalau hidup kau yang sembah sujud pada Tuhan mungkin lebih 5x sehari tapi kerja-kerja yang majikan beri amanah kau buat macam sial lagi.
wehhh ingat sikit setiap sen gaji yang diberi pada bulan-bulan dalam satu tahun itu akan disoal jawab Tuhan.
dan aku pasti dan amat yakin kau tahu semua itu. sebab kau mesti lagi bijak pandai soal ilmu Tuhan bukan? tapi malang dan amat celaka kau buat macam tak pernah tahu. tak ke itu bertambah sialnya kehidupan kau.

babi betui laaa..
aku benci untuk benci manusia. sebab aku tahu aku bukan bagus sangat untuk benci-benci sama manusia lain. tapi beb. aku sedar diri.

haihhhhhhhh

sudahlah bajet bagus amat. toya betui!!~

ini entry aku mahu tuju-tuju sama kau si manusia pekerja pemalas dan makan gaji buta.
kalau kau malas dan makan gaji buta tak menyusahkan orang lain. aku takkan ambil port langsung beb. tapi ...

korang memang betui-betui sial.
kalau babi tu haram .. korang lagi haram dari babi!~

ha ha ha.

kalau aku nk buat jahat kat korang.
aku boleh jerk cakap direct kat si MJ. at least korang kena bebel bising kan...
tapi.
aku malas jerk nak carik pasai dalam organisasi yang ntah pape tu.

sebek baik ada 'my pa' jerk.
aku fikir dia kawan kenal sama korang. malas mahu buat ramai. sebab apa aku buat. aku tahu akan terpalit pada dia. so ..
Tuhan beri aku sabar.

Terima Kasih Tuhan, untuk buat aku cool habis dengan perangai manusia sial ini.

sekian

dengan cinta
-julia-




Monday, May 17, 2010

hai si pencuri.
terima kasih untuk curi visor helmet kesayangan aku ini hari dan terima kasih kerna buat aku bebel maki kamu macam tak mahu berhenti.

hai si pencuri.
aku nak cakap marah sangat takde laa.. nak cakap terkilan sangat pon tak jugak.
biasa-biasa jerk.
saja bebel-bebel sama sikap manusia macam kamu yang ..

haihh..
entah aku pelik.

sekian, terima kasih.
dan aku taknak mudah-mudah maafkan apa yang kamu ambil tanpa izin dari aku.

esok nak mati aku harap kamu dapat cari aku sampai jumpa.. sbb masa itu baru aku mahu maafkan kamu..

ha ha ha.

merepek jerk aku nie.
im just joking ok..
ambil laa. aku halalkan. mesti happy gila dapat pau barang free kn?
nak plak aku baru jerk beli visor tu.

hmm..
takpe.takpe. aku redha.
dan aku harap Tuhan redha atas aku juga.
bukan rezeki mungkin.

kamu pakailah ye.
selamat nikmati visor kacak aku.
dan aku mahu bilang ini. aku jeles sebenarnya. sebab visor itu yang jadi pelindung aku saat-saat diganggu pandang mata jantan-jantan jalanan.

haihhh..

aku taknak bebel lagi. esok adalah jodoh aku dengan visor yang lebih kacak dari itu.

sekian.


dengan cinta
-julia-


Saturday, May 15, 2010

"julia hamba kamu yang lemah. Tuhan"

jauh
makin jauh
dan
semakin jauh aku pergi.

aku jalan ikut suka hati
lupa ada Tuhan sedang perhati.
lupa ada Malaikat sedang catat catit setiap gerak geri.

Ya Allah
bila dan sampai bila semua segalanya untuk aku
diberi tunjuk. diberi arah.
mohon peluang
untuk aku pulang pangkal jalan.
tempuhi hari-hari dengan iman dan amal.

Ya Allah
sebelum ajalnya.
jangan tutup jalan taubat sebelum aku sedia
jangan tarik apa-apa sebelum aku celik ilmu segala.

aku takut.amat takut. tapi aku bodoh.
mana mahu mula. terkial-kial.
aku cari petunjuk sana sini.
gagal dan gagal lagi.

aku takut Tuhan.
tapi aku cool.

bajet aku dapat tipu diri sendiri macam aku berjaya tipu ramai orang sana sini.

Tuhan, Engkau sedang dengar aku jerit pekik dalam hati bukan.
jangan terus lemahkan aku dengan dosa-dosa yang tak pernah ada taubat.
jangan Tuhan. aku takut. aku tak punya waktu untuk taubat. untuk hapus banyak dosa-dosa berat.

mohon.mohon.mohon.
peluang untuk sempat taubat buat aku.

Amin.

dengan dosa
-julia-

Thursday, May 13, 2010

gadis bajet kuat!!


'aku jahat dan kenapa?'

baru pagi tadi aku realize benda ini.
dan
baru pagi tadi aku dapat lahirkan dalam benda perkataan yang manusia dapat mengerti untuk fahami.

lalu aku capai telefon tangan untuk beri pesan pada seorang abg yang faham situasi.
'jue rasa jue akan putuskan hubungan dengan laki-laki kalau jue tak dapat jadi sebahagia masa jue dengan dia atau jadi lebih bahagia dari masa itu'

ini yang aku rasa sebenarnya. sakit betul.
lihat kekasih lama yang dulu bilang cinta segala sedang bahagia sama wanita lain yang sudahpun dinikah dipanggil gelar sebagai isteri sah. tapi aku.
disini. masih terkial-kial mencari bahagia yang belum pasti.

disampahkan. diabaikan. dibiarkan.
atas alasan entah aku sendiri tak mampu untuk mengerti.
jadi layaknya laki-laki ini aku tinggalkan.

aku cuma mahu rasa bahagia itu lagi. jika mungkin bukan dengan dia si kekasih lama. sekurang-kurangnya ada sedikit rasa untuk hargai gadis yang sudah disampahkan ini.

tapi malang dan amat celaka. aku asyik kecewa mungkin sebab aku harapkan kasih yang serupa. perhatian yang sama. sedangkan manusia kapasiti kemampuan lain-lain nyata berbeza-beza. mana mungkin aku perolehi benda yang sudah lama dicurik manusia iri hati.

aku bilang julia itu bodoh tuli. siapapun asyik menolak menafi.

'doakan dia bahagia bersama isteri'
doakan dia. doakan.

sekian

dengan cinta
-julia-

kali pertama

hari ini hari pertama.
naik moto bersama berdua.
pertama dan paling utama sejak sekian agak lama kami berkenalan.

ha ha ha.

OMG!!~

abg bawak moto betui-betui macam sakai
rupanya memang betui apa yang abg bilang khabar pada aku selama ini.

ha ha ha.

cumil.manis.

terasa diri begitu kecil di tempat belakang.

abg ckp:

kalau aku yang carry dia, dia kat belakang macam beruang sarkas.
tapi
kalau dia yang carry aku, aku kat belakang macam monyet sarkas.

biadap betui
:P

ha ha ha

apa-apalah abg, janji kita sedang tempuhi hari indah manis berdua bersama.
nanti bila tima zaman jatuh kita. sama-sama kita kenang manis pada ini cerita ye.

sekian

dengan cinta
-julia-


Wednesday, May 12, 2010

asal bahagia dia punya~


tak kesah dia mahu bikin apa?
jaja cerita sini sana,
konon tak tahu punca berpisah.

tak kesah dia mahu bikin apa?
tuduh kutuk keji aku berkali
konon watak aku kurang faham situasi.

tak kesah dia mahu bikin apa?
show off pada ramai pihak,
konon sanggup korban harta benda.

tak kesah dia mahu bikin apa?
post wall status FB atau YM,
konon mahu tunjuk tak punya si ralat rasa.

tak kesah dia mahu bikin apa?
asal bahagia dia punya
asal ego tercalar dapat ditampal.
asal dia dapat hilang lupa segala.

itu sudah cukup baik bagus bagi aku.
peduli dia mahu bikin apa,
asal bahagia dia punya.

aku tumpang hepi. pasti.

*senyum*

sekian

dengan cinta
-julia-

Tuesday, May 11, 2010

semoga~

Nur Qistina Amani Binti Nurul Azmin

Aniq Mirza Bin Nurul Azmin






semoga besar nanti jadi yang mendengar kata
semoga besar nanti jadi yang baik molek yang dipinta agama
semoga besar nanti jadi yang tahu hormati tua muda
semoga besar nanti jadi insan yang maha berguna
pada Islam untuk agama.
pada Malaysia untuk negara
pada Melayu untuk bangsa.

Ingat ye anak-anak acik:

jangan pernah untuk jadi tinggi diri
jangan fikir mahu jadi si busuk hati
jangan pernah lintas lalu untuk jadi yang maha perosak negara
lebih-lebih lagi mencemar agama.

acik sayang kamu berdua.
baik si kakak mahu si adik
jadi anak-anak yang sempurna akhlaknya , tahu?

acik mahu lihat kamu berdua membesar depan mata.
acik harap acik dapat jaga tegur kamu sampai usia Tuhan cakap berhenti.

----------------------------------------------------------

untuk kakak qis-qis:
jangan jadi degil. jangan lawan cakap ibu. jangan buli-buli adik mirza. dan yang paling acik rasa mcam nak lempang jek bila kakak jerit-jerit. jangan sampai orang cakap kakak kurang ajaq, tahu!~

'acik pukui nanti'

:)

untuk adik mirza:
jangan ikut tingkah kakak kamu, ok. acik tak sabar tunggu kamu boleh jalan sembang bual sama acik.
sebab acik nak ajak adik keluar dating sama acik.

'acik jarang-jarang dengan adik, sbb acik taknak adik jadi macam kakak, maafkan acik'

:)


sekian


dengan cinta
-julia-