Tuesday, May 11, 2010

semoga~

Nur Qistina Amani Binti Nurul Azmin

Aniq Mirza Bin Nurul Azmin






semoga besar nanti jadi yang mendengar kata
semoga besar nanti jadi yang baik molek yang dipinta agama
semoga besar nanti jadi yang tahu hormati tua muda
semoga besar nanti jadi insan yang maha berguna
pada Islam untuk agama.
pada Malaysia untuk negara
pada Melayu untuk bangsa.

Ingat ye anak-anak acik:

jangan pernah untuk jadi tinggi diri
jangan fikir mahu jadi si busuk hati
jangan pernah lintas lalu untuk jadi yang maha perosak negara
lebih-lebih lagi mencemar agama.

acik sayang kamu berdua.
baik si kakak mahu si adik
jadi anak-anak yang sempurna akhlaknya , tahu?

acik mahu lihat kamu berdua membesar depan mata.
acik harap acik dapat jaga tegur kamu sampai usia Tuhan cakap berhenti.

----------------------------------------------------------

untuk kakak qis-qis:
jangan jadi degil. jangan lawan cakap ibu. jangan buli-buli adik mirza. dan yang paling acik rasa mcam nak lempang jek bila kakak jerit-jerit. jangan sampai orang cakap kakak kurang ajaq, tahu!~

'acik pukui nanti'

:)

untuk adik mirza:
jangan ikut tingkah kakak kamu, ok. acik tak sabar tunggu kamu boleh jalan sembang bual sama acik.
sebab acik nak ajak adik keluar dating sama acik.

'acik jarang-jarang dengan adik, sbb acik taknak adik jadi macam kakak, maafkan acik'

:)


sekian


dengan cinta
-julia-




No comments:

Post a Comment