Saturday, May 15, 2010

"julia hamba kamu yang lemah. Tuhan"

jauh
makin jauh
dan
semakin jauh aku pergi.

aku jalan ikut suka hati
lupa ada Tuhan sedang perhati.
lupa ada Malaikat sedang catat catit setiap gerak geri.

Ya Allah
bila dan sampai bila semua segalanya untuk aku
diberi tunjuk. diberi arah.
mohon peluang
untuk aku pulang pangkal jalan.
tempuhi hari-hari dengan iman dan amal.

Ya Allah
sebelum ajalnya.
jangan tutup jalan taubat sebelum aku sedia
jangan tarik apa-apa sebelum aku celik ilmu segala.

aku takut.amat takut. tapi aku bodoh.
mana mahu mula. terkial-kial.
aku cari petunjuk sana sini.
gagal dan gagal lagi.

aku takut Tuhan.
tapi aku cool.

bajet aku dapat tipu diri sendiri macam aku berjaya tipu ramai orang sana sini.

Tuhan, Engkau sedang dengar aku jerit pekik dalam hati bukan.
jangan terus lemahkan aku dengan dosa-dosa yang tak pernah ada taubat.
jangan Tuhan. aku takut. aku tak punya waktu untuk taubat. untuk hapus banyak dosa-dosa berat.

mohon.mohon.mohon.
peluang untuk sempat taubat buat aku.

Amin.

dengan dosa
-julia-

No comments:

Post a Comment