Friday, August 27, 2010

seperti kurang upaya

harini rasa macam hilang separuh anggota.
harini rasa sunyi sepi segala
harini dunia macam tak punya warna lagi.

dalam ayat paling mudah kamu semua untuk faham

harini aku seperti kurang upaya.

lemah dan tak bermaya.

seri-seri tak langsung nampak pada muka gadis gewdiks santai ini.

cewahh..

:p

sungguh aku rindukan sms yang datang dari kekasih
sungguh aku rindu ayat manis yang langsung tak jemu diungkap kata tak reti habis
sungguh aku rindu dia, si kekasih yang amat baik hati.

harini. berjauh lagi kami.
bukan jarak dari penang ke ipoh.
tapi jaraknya melebar hingga ke Kuala Lumpur.

dan
jauhnya kian terasa bila.
kekasih tak mesej-mesej pun.

hmm..

:(

busy memandu.
silap aku jugak pesan banyak-banyak sangat.
jangan itu jangan ini.

*diam*

aaaarrrrrghhhhhhh.
macam nak jerit-jerit.
untuk dia dengar aku sedang sgt rindu sekarang!!!

oh sayang.
aku sedang biru sekarang.
aku sedang amat sejuk.

moga selamat pergi selamat pulang.

jangan lupa mesej aku untuk berita khabar.


sekian


Friday, August 20, 2010

love




Enrique Iglesias - Hero [remix] lyrics


Would you dance
If I asked you to dance?
Would you run
And never look back?
Would you cry
If you saw me crying
Would you save my soul tonight?

Would you tremble
If I touched your lips?
Would you laugh?
Oh please tell me this
Now would you die
For the one you love?
Hold me in your arms tonight

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Would you swear
That you'll always be mine?
Would you lie?
Would you run and hide?
Am I in too deep?
Have I lost my mind
Well, I don't care you're here tonight.

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

Oh I just wanna hold you
I just wanna hold you
Oh yeah

Am I in to deep?
Have I lost my mind?
Well, I don't care you're here tonight

Chorus:
I can be your hero, baby
I can kiss away the pain, oh
I will stand by you forever
You can take my breath away

Chorus:
I can be your hero
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away

You can take my breath away

I can be your hero

Tuesday, August 17, 2010

entry tanpa tajuk!








sungguh mungkin ada yang mahu dengki busuk hati.
sungguh mungkin ada yang meluat sakit hati
sungguh mungkin ada yang cuba memisahkan mati.

apa aku pedulik?

aku ada dia.

cukup
untung
terpaling indah

*sila jeles*

ha ha ha

aku happy.
kerana cintanya yang terlalu tinggi. kerana rindunya yang terpernah henti

kerana keluarganya yang baik hati.

semuanya sangat menjaga
semuanya baik-baik belaka.

sungguh kami tak mewah
tapi kami cukup bahagia.

syukur.
Tuhan pinjamkan rasa ini sampai habis nyawa

sekian

dengan cinta
-julia-






Saturday, August 14, 2010

pertama selepas banyak!

cerita 1
untuk pertama kalinya selepas beberapa pagi bersahur.
hari ini semua letih di rumah ini dan melepaskan ia pergi.

tapi.masih aku tegukkan segelas air unuk elak sakit datang terpa.

cerita 2
untuk pertama kalinya selepas banyak hari puasa bermula
aku lepak berbuka dirumah.
jamah lauk nasi masakan bonda.

sedap. walau cuma gulai dan sayur campur.

cerita 3
untuk pertama kalinya selepas banyak kali.
hari ini aku berpeluang lepak sujud beramai-ramai.

siyes. rasa kecik. rasa sebak.
Tuhan jangan tarik yang dipinjam lagi
aku belum cukup.. aku belum cukup!.

sekian

-julia-


Thursday, August 12, 2010

buat bodoh slumber~

Muhammad Al khaththab Bin Halim Azizi

selalu cakap:

Julia Binti Mat Hadiah
selalu buat kesah tak kesah kat dia.

selalu juga dia cakap:

Julia Binti Mat Hadiah
tak rindu-rindu dia
tak sayang dia
tak cukup cinta dia.

hee~

Tapi

Julia Binti Mat Hadiah

nak bagitahu:

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
mana ada orang kesah tak kesahkan awak?
kekadang macam terlepas terabai sikit-sikit mungkinlah. itu pun sebab kesibukan amat sangat!

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
orang selalu jerk rindu-rindukan awak
sangat sayang cinta awak juga!

cuma,

mungkin sayang cinta awak terlalu tinggi, sampai sayang cinta orang tak tercapai!

Terima Kasih tau.

sangat dapat rasa kasih sayang dari awak.
sangat dapat perhatian dari awak

awak baik betul dengan orang.

:)

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi

awak kekuatan orang.
awak sangat menjaga orang.

Alhamdulillah. Syukur sangat awak hadir dalam hidup orang.

Kalaulah awak tahu,
orang memang tak sabar gila nak jadi suri hati awak.
nak jaga makan pakai awak
nak teman tidur awak.
nak lepak nonton movie sama awak.
nak gaduh melawak dengan awak
nak nangis ketawa dengan awak

Tapi
orang selalu jerk buat-buat cool.
buat-buat bodoh slumber.

dan
yang sesungguhnya.

sabar sudah hilang dalam diri orang.

Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
orang gelojoh kan?
orang kalut kan?

mesti awak pening!

maaflah.

awak kena terima kenyataan

Julia Binti Mat Hadiah
itu seorang manusia yang gila obses dengan cinta kasih sayang dan perhatian.

Muhammad Ak Khaththab Bin Halim Azizi

love you so much

<3
sekian

dengan cinta
-julia-

Wednesday, August 11, 2010

didengki dicemburui atau apa?

saya bahagia.
sangat bahagia.


syukur, Alhamdulillah!

saya harap kamu disekeliling saya tumpang gembira dengan keadaan hati saya sekarang.
dan
saya harap kamu semua doakan cinta saya kali ini harapnya sehingga ke akhir hayat.

saya nak bilang sesuatu.

kita mungkin pernah rapat. dan mungkin juga masih rapat.
dan setahu saya. saya tak pernah suka untuk memutuskan sesuatu hubungan.
saya sayang kawan-kawan saya.
dan
setiap memory bersama-sama kawan-kawan setiapnya saya cuba ingat dan tak ingin lupa

tapi

jika kamu memilih untuk jauhi saya. hindari saya.melupakan saya atau keadaan yang hampir sama waktu dengannya

apalagi yang saya boleh lakukan?

kamu mahu saya terus terhegeh-hegeh dampingi kamu gitu?

maaf.

saya rasa saya macam sudah sangat berusaha jaga hati ramai kawan-kawan saya.
tapi kalau masih ada diantara kamu yang tidak senang dengan tindak tanduk saya.
bisik kata melawak saya.
atau ada yang terasa hati dan tersentap tang mana-mana.

maafkan saya.
saya tak pernah ada niat.

saya cuma nak kamu semua, kawan-kawan rapat saya berkongsi bahagia yang rasa.
tapi.
makin lama. saya makin sedar. rupanya ada antara kamu yang kurang senang dengan situasi ini.

mungkin saya yang berubah. dan saya tak sedar akan perubahan.
tapi saya harap saya ada cuba untuk perbetulkan keadaan.

tapi.
respon masih hambar.
apalagi agaknya.

maafkan saya.
saya jaga kamu. tapi kamu cuba lukakan saya.

kawan-kawan
saya akan pergi dari hidup kamu jika kamu sudah tak perlukan saya.

atau

mungkin kamu rasa saya tak perlukan kamu.

dan
terang-terang kamu salah!...

sekian

dengan cinta
-julia-

Sunday, August 8, 2010

aku cukupkan~

kadang kala
bukan semua cerita boleh buat kita suka gembira.
walau mungkin mulut kita mengucap tahniah. tanda kita tumpang gembira
tapi hati-hati kita. mungkin punya banyak persoalan hasil ganggu si setan.

haihhh

entah kenapa aku rasa macam kurang untung.
bila sipolan-sipolan itu sudah ada sebijik kereta.
bila sipolan-sipolan itu dilamar seorang lelaki bergaji besar lalu hari bahagianya ditanggung 100%.
bila sipolan-sipolan itu punya wang gaji beribu-beribu wang malaysia.

yang disampai dicerita dengan penuh bangga dan meriah.
entah. aku tak pasti niat untuk apa?
mahu dibanding-banding atau hanya sekadar berkongsi cerita.

*diam*

mungkin aku yang terlalu sensitif.
mungkin juga aku yang terlalu memikir.

omg!

tak baik buruk sangka.
si setan mungkin sudah anggap dia berjaya.

*senyum tampal*

tapi
sedihkan bila yang meriah bercerita itu sebenarnya orang yang paling dekat dengan kita?
sedihkan bila cerita diberita secara beramai-ramai tanpa fikir ia mungkin menyinggung rasa kita-kita yang mendengar?

dan.
sesungguhnya
manusia macam aku. yang kurang berkeinginan untuk miliki sebuah kereta. jadi aku abaikan cerita 1.

manusia macam aku. yang tidak memilih siapa teman sehidup semati. hanya harap sebesar mungkin kasih sayang bahagia. jadi kalau mungkin hari bahagia bukan ditaja penuh atau bukan dari gaji beribu wang Malaysia. aku tak pernah kesah pun! .jadi aku abaikan cerita 2.

cuma.
untuk cerita 3.
gaji banyak.
itu mungkin yang harus aku cemburukan.
bukan sebab aku tamakkan kesenangan.
tapi

TANGGUNGJAWAB

dan masih
dalam banyak hal.
aku memilih untuk dicukupkan.
tak perlu yang takperlu. tak perlu yang terlalu

mungkin sebab matlamat aku mencari bahagia.
biasa-biasa itu aku cukupkan.

tapi.

tak semua mampu faham mengerti.

jadi.
elok aku abaikan banyak cerita. banyak berita.
yang senang itu belum tentu hidup bahagia meriah.
yang susah tak berwang beribu juta tak semestinya hati payah sengsara.

kan?

-----------------------------------

jadi, julia.
mari lihat dari sudah positif hidup.
Manusia tiada yang sempurna.
mungkin lebih disini. tapi ada kurang disudut sana.

jadi.
tabahlah untuk semuanya.
jadilah diri sendiri.
senyum untuk hari-hari nanti.
rezeki hanya Tuhan yang beri, usaha InsyaAllah ..

ada jalan untuk menuju bahagia yang selama ini kamu cari.
sabar-sabarlah sebab dugaan tak selalu menimpa.

sekian

dengan cinta
-julia-

notakaki: hai setan, kau tak berjaya hasut aku ok! ha ha ha. oh kasihan~




hilang dalam ramai

ramai orang teman aku minggu ini,
meriahnya takyah dibilang-bilang.
penat bukan kepalang tapi kenangan ini tak mungkin ada nilainya lagi.

aku jumpa ramai kawan lama.
lepak sembang.
berfotogewdiks.
bergelak ketawa yang susah nak berhenti.

aku rindu semua ini
akan rindu semua ini.

minta-minta akan ada masa lain yang ditakdirkan untuk kita-kita lepak enjoy bersama lagi.

tapi macam biasa.

tanpa kekasih hati dekat sini.
aku tetap akan hilang dalam ramai.


sekian
dengan cinta
-julia-




Monday, August 2, 2010

mimpi

suatu malam.
terlihat dalam akhbar kelibat seorang teman baik kawan lama.

oh. benarkah?

lalu telefon bimbit dicapai dicari nama seorang teman baik kawan lama itu.
nasib. ada.

laju jari menekan rakus butang dail untuk sambung terus ke talian teman baik kawan lama.
dan syukur pada Tuhan teman baik kawan lama masih lagi mahu beri suara untuk jawap panggilan dari seorang kawan lama teman baik ini.

lalu. macam biasa.
bual sembang tukar khabar tanya berita.

agak lama.
mesra.
dan
alam semua ushar dengan penuh syak curiga.

padahal cuma dalam mobile bimbit yang tak ada nampak rupa atau batang hidung. langsung!

sudah agak terlalu lama.semua diam tidak berberita.
masing-masing tahu apa punca.
cuba cari jalan keluar tapi buntu.

akhirnya hari itu mereka memecah suasana.
yang sebenarnya mereka saling rindu.

dan tiba-tiba
mereka terserempak.
sama-sama memegang telefon bimbit ditangan.

tapi
teman baik kawan lama
membisu sejuta kata.
diberi helo sejuta kali.

dan talian diputuskan.. tanpa beri kata ucap selamat.

kecewa itu rasa yang ada pada kawan baik teman lama, bila gelak mesra tadi tamat dengan sia-sia.

dan.
rasa hampa itu dibiarkan ..

----------------------------------------------------------

teman lama kawan baik. sebenarnya telah luluh jiwa.
lihat si kawab baik teman lama sedang berjalan seiring sama kekasih hatinya.

dicuba untuk beri lagak cool dan slumber.
tapi gagal.

hanya mampu bisu terpaku lihat semuanya saat itu.
dan akhirnya sembunyi.

walaupun teman lama kawan baik dengan ulang helo dari kawan baik teman lamanya.


dan.
semuanya dalam mimpi.

hanya mimpi.

mimpi.

sekian





antara~

aku mahu semua.
antara kawan-kawan dan kekasih
aku mahu kedua-duanya.

salahkah aku?

aku tak mahu hilang satu pun dari kalian.

ye, aku tamak.. aku haloba.
maafkan aku.

sebab aku mahu hargai setiap kalian dalam hidup aku.
aku mahu ada dengan kalian saat susah senang aku.
aku mahu kita sama-sama kongsi.

tapi.
mungkin hanya aku.

hanya aku.
yang punya impian besar
untuk kongsi semua segala.

sama-sama lepak bermesra macam satu keluarga besar

tapi.
aku lupa.
hati kita lain-lain.

matlamat tujuan masing-masing.

aku lupa akan perbezaan yang mungkin wujud.
kebangkaliannya aku tolak mentah-mentah
semata-mata untuk jadikan impian satu kenyataan.

nak membenarkan sesuatu kebiasaan bilang itu payah benar utk terlaksanakan.
maka itulah yang aku akan keraskan degilkan untuk teguh tegak melangkah.

namun.
bila bukan kita yang bersama-sama.
bila cuma aku yang berpenatan mengusung usaha.

aku mahu bilang aku letih.
atas usaha yang mungkin sepatutnya aku tahu ianya sia-sia sejak awal mula.

tapi
yakin masih tebal dalam sini.

aku mahu kumpul insan-insan aku sayang.
pada satu hari.
aku mahu gelak ketawa sambil senyum manis dalam satu hari besar.

mungkinkah akan ada?

ye.
aku budak emo.
aku budak degil
aku cuma mahu jadi yang paling memahami antara kehendak kekasih dan kalian si kawan-kawan

haihhh

tapi malang.
aku tak mampu.
bila kadang kala aku terlepas pandang hati-hati yang mungkin terluka sebab tingkah laku gila atau bahasa kasaq berbau longkang seorang aku ini.

kalau kalian semua tahu.
aku tak pernah lupa.
seorang pun dari kalian.

tak pernah.
aku sumpah disini.

*diam*

aku rindu ramai dari kalian.
dan
aku tak pernah lupa sayang-sayang kalian.
aku tak pernah tinggal kenangan dengan banyak dari kalian.

yang aku sebut-sebut setiap kali aku rindu.
yang aku bangga bila hendak bercerita.
setiap seorang dari kalian beri makna besar pada seorang.

mungkin aku bukan orang paling kalian patut percaya.
tapi kalian kenal aku.

*senyum tawar*

aku rasa aku hilang ramai dari kalian
aku tahu ada yang bersebab.
aku tahu ada yang tersilap dari aku.

oh.
aku mohon maaf.
jika masih ada peluang tolong maafkan aku.
sebab aku cuma manusia.

dan

antara yang terpaling tak sempurna.

maafkan aku ye. plis

*kalau aku dapat peluk semua dari kalian. aku pasti akan*

sekian

dengan cinta
-julia-




Sunday, August 1, 2010

aku memang sial kan?

aku memang tak reti jaga barang.
barang sendiri beli atau orang bagi.
sama jerk aku beri layan.

hari ini hari gagal.
terserlah kegagalan aku.
sudahlah gagal lepas tinggi ujian fizikal.

GAGAL PLAK JAGA BAJU SI KEKASIH BELI BAGI!..

ha ha ha.

terasa sial sungguh diri ini hari ini.

maaf mungkin tak cukup sekali.
konon harga baju tak bernilai tinggi sebab itu aku tak reti nak tahan malu atau tadah muka lepas digagalkan dalam sana untuk pergi patah balik usung muka sial semata-mata untuk dapatkan baju takde nilai pada aku.

oh. laju sungguh tuduhan melulu.

ha ha ha.

aku gagal.
maaf sebab gagal jaga barang yang kamu beri beli.

aku memang tak reti nak menghargai.

cm pundek kan?
harey sungguh lah!!!

pergi matilah dengan malu aku, dengan kecewa aku. dengan maruah aku.
asal barang yang kamu beli itu dapat dalam bentuk sempurna.

ha ha ha.

ye juga kan.

aku mana reti malu. aku mana reti rasa kecewa. oh dan lupa aku takde maruah.

sekian.


hari ini.

RANAP!!!

itu kata patah yang mampu aku gambarkan jiwa aku saat ini.

*diam*

boleh tak aku nk bajet cool habis?
atau
aku menangis meraung macam budak kecik kena terajang?

*senyum tawar*

macam biasa budak emo macam aku.
menda kecik pun sudah rasa macam hati kena pijak.

'156. 7 , anda gagal.. maaf ye cik'

dem!.

gagal? apa tu?

ha ha ha.

ye.
julia, itu bukan rezeki kamu.

mari blah.

SELAMAT TINGGAL EVO.

*aku pura-pura gelak. aku pura-pura tak kesah tapi hati aku Tuhan tahu*

sekian

dengan cinta
-julia-