Monday, August 2, 2010

antara~

aku mahu semua.
antara kawan-kawan dan kekasih
aku mahu kedua-duanya.

salahkah aku?

aku tak mahu hilang satu pun dari kalian.

ye, aku tamak.. aku haloba.
maafkan aku.

sebab aku mahu hargai setiap kalian dalam hidup aku.
aku mahu ada dengan kalian saat susah senang aku.
aku mahu kita sama-sama kongsi.

tapi.
mungkin hanya aku.

hanya aku.
yang punya impian besar
untuk kongsi semua segala.

sama-sama lepak bermesra macam satu keluarga besar

tapi.
aku lupa.
hati kita lain-lain.

matlamat tujuan masing-masing.

aku lupa akan perbezaan yang mungkin wujud.
kebangkaliannya aku tolak mentah-mentah
semata-mata untuk jadikan impian satu kenyataan.

nak membenarkan sesuatu kebiasaan bilang itu payah benar utk terlaksanakan.
maka itulah yang aku akan keraskan degilkan untuk teguh tegak melangkah.

namun.
bila bukan kita yang bersama-sama.
bila cuma aku yang berpenatan mengusung usaha.

aku mahu bilang aku letih.
atas usaha yang mungkin sepatutnya aku tahu ianya sia-sia sejak awal mula.

tapi
yakin masih tebal dalam sini.

aku mahu kumpul insan-insan aku sayang.
pada satu hari.
aku mahu gelak ketawa sambil senyum manis dalam satu hari besar.

mungkinkah akan ada?

ye.
aku budak emo.
aku budak degil
aku cuma mahu jadi yang paling memahami antara kehendak kekasih dan kalian si kawan-kawan

haihhh

tapi malang.
aku tak mampu.
bila kadang kala aku terlepas pandang hati-hati yang mungkin terluka sebab tingkah laku gila atau bahasa kasaq berbau longkang seorang aku ini.

kalau kalian semua tahu.
aku tak pernah lupa.
seorang pun dari kalian.

tak pernah.
aku sumpah disini.

*diam*

aku rindu ramai dari kalian.
dan
aku tak pernah lupa sayang-sayang kalian.
aku tak pernah tinggal kenangan dengan banyak dari kalian.

yang aku sebut-sebut setiap kali aku rindu.
yang aku bangga bila hendak bercerita.
setiap seorang dari kalian beri makna besar pada seorang.

mungkin aku bukan orang paling kalian patut percaya.
tapi kalian kenal aku.

*senyum tawar*

aku rasa aku hilang ramai dari kalian
aku tahu ada yang bersebab.
aku tahu ada yang tersilap dari aku.

oh.
aku mohon maaf.
jika masih ada peluang tolong maafkan aku.
sebab aku cuma manusia.

dan

antara yang terpaling tak sempurna.

maafkan aku ye. plis

*kalau aku dapat peluk semua dari kalian. aku pasti akan*

sekian

dengan cinta
-julia-




1 comment: