Monday, August 2, 2010

mimpi

suatu malam.
terlihat dalam akhbar kelibat seorang teman baik kawan lama.

oh. benarkah?

lalu telefon bimbit dicapai dicari nama seorang teman baik kawan lama itu.
nasib. ada.

laju jari menekan rakus butang dail untuk sambung terus ke talian teman baik kawan lama.
dan syukur pada Tuhan teman baik kawan lama masih lagi mahu beri suara untuk jawap panggilan dari seorang kawan lama teman baik ini.

lalu. macam biasa.
bual sembang tukar khabar tanya berita.

agak lama.
mesra.
dan
alam semua ushar dengan penuh syak curiga.

padahal cuma dalam mobile bimbit yang tak ada nampak rupa atau batang hidung. langsung!

sudah agak terlalu lama.semua diam tidak berberita.
masing-masing tahu apa punca.
cuba cari jalan keluar tapi buntu.

akhirnya hari itu mereka memecah suasana.
yang sebenarnya mereka saling rindu.

dan tiba-tiba
mereka terserempak.
sama-sama memegang telefon bimbit ditangan.

tapi
teman baik kawan lama
membisu sejuta kata.
diberi helo sejuta kali.

dan talian diputuskan.. tanpa beri kata ucap selamat.

kecewa itu rasa yang ada pada kawan baik teman lama, bila gelak mesra tadi tamat dengan sia-sia.

dan.
rasa hampa itu dibiarkan ..

----------------------------------------------------------

teman lama kawan baik. sebenarnya telah luluh jiwa.
lihat si kawab baik teman lama sedang berjalan seiring sama kekasih hatinya.

dicuba untuk beri lagak cool dan slumber.
tapi gagal.

hanya mampu bisu terpaku lihat semuanya saat itu.
dan akhirnya sembunyi.

walaupun teman lama kawan baik dengan ulang helo dari kawan baik teman lamanya.


dan.
semuanya dalam mimpi.

hanya mimpi.

mimpi.

sekian





No comments:

Post a Comment