Monday, April 11, 2011

keluarga baru~

semalam aku dan kekasih ke Ipoh.

misi kami adalah untuk membeli belah barangan hantaran aku ler.


konsep kami mudah:

barang aku- aku beli.

barang dia- dia beli.


siap beli kami tukaq saja~


*senyum*


perjalanan mengambil masa kira-kira 4jam.

sebab singgah amik ajmal aka aj kt tepeng dlu.

then baru memecut ke Ipoh.


sampai kt Ipoh lepak makan sembang-sembang.

teruih keluar mencari barangan yg perlu.


-kasut

-beg tangan

-make up

-baju utk nikah


perfume & jam tangan kami beli kt Penang jerk.


so setel dh bab perempuan.


nanti barang laki.

kami shoping berdua jerk kt sini.


hehe.


*diam*


apa perasaan aku bila lepak dengan mereka?


wahhh.. sonok!

tak sama langsung dengan kali pertama dan kedua berjumpa!


Sumpah!

amat rasa diterima.


suatu perasaan yang aneh tapi best.


rasa macam dh biasa.

dh takde dh malu-malu atau nak control-control.

macam dok kt umah sendirik.


paling best:

bila setiap kali salam cium tangan ibu, pakej dengan peluk cium mesra.


siap ibu offer suruh abahnye plak peluk cium aku.

hehe

tapi sebab aku segan. abah ckp nanti lepas nikah ler~


:)


oh terasa nak nannis lagi.


sekian

-julia-

Saturday, April 9, 2011

nak runtuh air mata~

sebelum aku mandi malam semalam,
aku lepak dalam bilik..
sambil dok pk-pk perancangan perkahwinan akulaaa..

tetiba mak tanya isu kad jemputan lagi..
*yang kononnye tak nak amik port aritu*

ok. ini sekali lagi peluang aku untuk slowtalk dan jelaskan dengan sangat jelas.
cakap punya cakap...

kesudahannya.
hampa!

*diam*

aku paham, mak ramai sangat kawan.
aku juga paham ada beberapa orang kawan mak yang sangat baek hati.
tak pernah berkira apa pun untuk mak.

yes! aku tak pernah nafikan..
dan, aku cuma minta mak paham kenduri itu tujuaan nye untuk apa?
tapi mak. masih..

*diam*

dan
biasa. orang muda kalau bercakap, susah orang tua akan terima.

kononnye dh moden!

Ya Tuhan. sabar tabahkan aku tolong ya~

dan
aku taktaulah mak akn pk-pk kan balik ke tidak baris ayat aku.
kalau dia betui-betui paham anak dia. myb dia akn renung-tenung dlu.
tapi kalau masing-masing nak penting diri sendiri .. susahlah nak diberi jawab.

so lepas aku beri hujah sebernas dan tersgtlah berhemah.
suasana terus senyap.
hahaha

*tak dapat terimalah tu.. macam laa tak pahamkan*

aku pe lagi..
terus p mandi.

abis part malam tadi!

---------------------------------------------------

pagi ini.
aku terbangun awai betui.
hahaha.

org susah hati mmg tak boleh lena malam.

ha ha ha

so
aku bangun nak on laptop usang ni ha..

bukak fesbuk.

Nurul Syazwani Yusof
jue umah aku ada lg bunga2 bekas antaran abg aku ritu..
terbaca blog ang...
bakui bekas antaran pon ada..
hehe

*senyum*

rasa nak runtuh air mata aku.
sumpah aku terharu.

Ya Allah, tolong beribalas setiap niat baek mereka untuk aku.
sungguh aku tak akan mampu balas setiapnya.

*diam*

untuk Nurul Syazwani Yusof:
Thanks beb. sebab pagi-pagi dh buat aku senyum..

sekian
-julia-

Friday, April 8, 2011

Alhamdulillah~

Allah tu sungguh sifatnya Maha Mendendar Maha Mnegetahui.
Alhamdulillah, ada yang sudi membantu aku. walau pun bukan dari segi kewangan tapi syukur sangat sekurang-kurangnya ringan beban yang aku pikul dibahu dihati.

*senyum*

sharing is caring
untung aku ada kawan-kawan yang baek hati.
yang sudi beri pinjam telinga saat aku sgt perlukan teman meluah cerita.
yang sudi hulur bantu walaupun bukan bentuk material.

yes!
hari ini.
kawan baek aku sejak sekolah rendah
Siti Halijah Omar namanya. mahu beri pinjam bekas bakul hari perkahwinan nye~
yeahhhh semuanya ada 7.
Alhamdulillah.. lega. so tak payahlah aku beli bekas untuk buat hantaran sebelah laki.

*senyum*

Tq Eja!
Allah jerk dapat balas budi baek ang wehh..


next person yang sgt sudi memberi pertolongan ialah my sister angkat. Haslinda Harun.

oh terharunye!
masa aku gtau tarikh kt dia.. dia sgt teruja. dan serabut sama~.. cool!!
dan aku minta utk lepak buat hantaran kt umah dia...

dan dia tersgt sudi!

wehuuu..

Alhamdulillah.

kalau adek beradek darah daging tak boleh paham susah-senang adek sendirik..
sekurang-kurang aku untung ada kawan-kawan yang sudi beri tolong.

siyesly cakap,
dari mula lagi aku tak harap adek beradek akan tolong aku.
sebab aku tau. aku kenai.

dan,
betui jangkaan aku. tolong buat mende jadi keruh boleh laa.

*haihhh..

oh maaflah. lately hati aku terluka dengan banyak hal.. so emosi aku terkacau bilau sikit. tapi aku maintain kool abis~

*hahaha*

Untunglah Tuhan tu lahirkan aku untuk jadi manusia happy go lucky.
sekurang-kurangnye. aku dapat sembunyi luka pada diri.

sakit memang sakit. tapi.. alaaaa apa laa sgt~

sekian
-julia-

Thursday, April 7, 2011

tersedih plak aku nie~

malu aku nk cerita.
tapi
aku taktau pada sapa lagi nak bercerita.
selain kekasih yang sentiasa ada sabar mendengar keluh kesah kak esah aku nie.

Ya Allah,
sungguh aku sgt bersyukur.
kekasih kali ini sangat memahami.
walaupun terkadang dia jugak kena maki.

*diam*

hari ini jatuh jugak air mata aku.

ha ha ha.

lawak.

dan percayalah.
aku budak yang tak reti nak amik port sedih-sedih ni rasa sangat sedih hari ni.

sebab ianya melibatkan hari bahagia aku.
sebab ianya sepatutnya menjadikan aku dan semua happy gembira.

tapi malang dan amat celaka. aku gagal.
siyesly aku ralat sangat sbb tak mampu nak kekalkan harmoni dalam suasana meriah ni.

tapi.
macam aku cakap dlm entry b4 ni.
konflik itu perlu.

haha
aku tipu lagi :)

*senyum*

masa ini aku sangat nampak. betapa menjadi yang memahami itu sangan penting!
ye. kekasih aku manusia terpaling memahami saat ini.
dan manusia yang seterusnya adalah abg kandung aku.
'my kome'

dia tau adek dia tak mampu.
dia tau kami tak mampu.
dia tau adek dia nak itu nak ini ikut limitasinya sendiri
hanya dia yang mampu mengerti dalam sebuah family yang tak ramai ini. hanya dia.

ha ha

kome. ang so suwit!

at least ang ubat luka yg berdarah parah tadi.

thanks!

*diam*


aku dengan ini nak minta maaf pada mak & kakak aku.
even cadangan mereka sgt masuk akal.
tapi tahap kemampuan aku adalah sgt limitasi.

so walaupun mereka tak puas hati dengan penjelasan aku. dan siap meyilappahamkan cerita.
aku okay.

*aku tipu lagi*

terima kasih sebab taknak amik tau pasai kenduri aku..
hahaha

InsyaAllah.
ada hamba Allah yg sudi nak tolong aku nanti.

sekian
-julia-

dugaan~

sebenarnya,
sebelum aku pelan nak dirikan rumahtangga.

aku dengan sangat nekad tak mau ada pergaduhan besar yang beri kesan luka pada hati setiap manusia yang melibatkan diri.

tapi.
biasalaaa
bila perkara-perkara penting cm gini. banyak pendapat diberi luah. banyak komen2 yang disumbangkan.
so dlm mencari persepakatan timbul lah konflik yang sangat-sangat aku nak elakkan terjadi..

ha ha ha.

sumpah aku takde niat nak lukakan sesapa ngn baris patah ayat aku. tapi...
keadaan memaksa so aku terpaksa suara apa yang aku rasa.

tapi biasalah.
anak bongsu. anak kecik. konon nye!
pendapat aku ni selalu dianggap buat pandai! bajet bijak segala.
padahal umo aku 25tahun dh koitt...

masa depa umo aku.. takde plak org nk pk depa tak layak masa tu?

haihh...

sebagai nak menyedapkan hati yang sedang berduka lara ni...
aku set kan dlm otak.. yang konflik itu perlu..

ha ha ha.

*senyum kelat*

ntah.
aku tak paham org, atau org yg tak paham aku..

ke aku yg pelik. tak sama dgn pemikiran org lain..
pk jauh sgt ke aku? atau aku rasa aku cukup bijak nk handle semua segala..

ha ha ha

ntah.
pasa satu sudut, aku nk sgt salahkan diri aku.
tapi pada sudut yg lain.. aku rasa depa tak patut langsung wat aku cmni.. so
rasa serba salah tu tetap ada.

mungkin aku tak cukup kejam.
tapi aku cukup kuat nak bertahan jadi cool abis!

*diam*

dan kesimpulan yg dapat aku terjemahkan..
biaq laaa org nak kata apa. as long as aku tahu tahap aku. aku tahu kemampuan aku.
aku harap Tuhan redha dengan aku...

cukuplah aku ukur baju kat badan aku sendirik. dari aku nk sibuk2 dengan cakap org utk ukurkan badan org lain..

dan
aku taknak ada sejarah yang berulang.
aku tau aku lebih bijak nk handle mende-mende mcm ni.

ikut hati mati. ikut rasa binasa.

sekian
-julia-

Tuesday, April 5, 2011

Yesterday!

04042011
adalah hari kelahiran kekasih merangkap tunangan beta yang ke 27 tahun!

ha ha ha

walaupun usia dah cecah angka tersebut tapi.. MasyaAllah..
perangainya! sungguh kanak-kanak sekali.. *dgn aku jerk koit*

*senyum*

tapi dalam banyak bende beliau masih lagi menjadi tempat tanya tunjuk aku.
Alhamdulillah.

Sempena Ulangtahun Kekasih aku yang paling best gilerr dlm dunia ni..
aku ada beberapa permintaan pada Tuhan yang Maha Esa ke atasnya.

1. semoga dia sihat-sihat selalu. *gemok pon tak darling as long as u happy with me*
2. semoga diberi berkat diberi tunjuk jalan jika tersesat.
3. semoga panjang umonye.
4. semoga hatinya tidak susah selalu dengan banyak mende dunia.
5. semoga setiap detik saat dalam tingkat usianya tahun ini dan seterusnya ada amal baik dan perubahan terbaek untuknya.
6. semoga setiap dugaan cabaran dalam kehidupan dapat diterima ditempuh dengan redha dan sabar.
7. semoga menjadi bakal tunang. bakal suami. bakal bapa pada kami yang baek elok peribadi.
8. semoga tetap hatinya pada Tuhan Esa pada aku sahaja :P
9. Semoga selamat dunia akhiratnya.
10. semoga semua permintaan ini termakbul hendakNya.. Amin

sekian
-julia-

Sunday, April 3, 2011

*senyum*



saya kepunyaan Muhammad Al Khaththab~

*senyum*

Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Semoga perjalanan kami seterusnya akan dipermudahkan Allah. Amin~

sekian
-julia-