sungguh aku tak reti layan kamu.
sungguh aku tak reti jaga kamu.
sungguh aku tak reti lembut sama kamu.
sungguh aku nampak sungguh biadap tak cukup ajar.
oh.maaf.
sebab aku jadi malas mahu sakit luka lagi.
sebab aku malas mahu jadi yang paling prihatin.
sebab aku malas mahu jadi paling baik hati.
sebab aku malas jadi manusia yang suka mengalah bila ada yang marah maki-maki.
oh.maaf.
sungguh kamu begitu sabar mengalah menyerah.
ulang-ulang kata maaf tak pernah henti.
sungguh kamu begitu menjaga hati.menjaga kita.
mahu marah tengking selalu tak jadi.
aku harap semua ini realiti.
oh.maaf.
sungguh aku keras hati
sungguh aku tak nak peduli.
maaf. maaf.
sebab aku taknak lagi kena buli.
tapi.
perlu kamu tahu yang satu ini.
cuma ini.
hanya ini.
sungguhpun laju mesej ditaip.dihantar.diterima.
membilang marah.membilang benci.membilang mahu tinggal kamu untuk lari.
sunggupun lidah aku tajam berbisik. memekik.menjerit.
hakikatnya.
hati ini tidak kejam.
sebenarnya.
aku sungguh cinta kamu.
sungguh!
aku tiada cinta lain selain cinta aku kepada kamu.
aku tiada rindu lain selain rindu aku kepada kamu.
maaf.maaf.
sebab aku asyik mengusik menyentap rasa kita.
sebab gaduh itu bagus. sebab sedih itu meriah.
buat kita makin sayang.buat kita tahu kita disayangi.
buat kita makin tahu apa itu erti menghargai.
sayangku si cinta hati.
aku sedia untuk ada dengan kamu. selamanya.
doakan semua baik-baik untuk kita ye. Amin!
dengan cinta
-julia-
No comments:
Post a Comment