Saturday, July 31, 2010

esok.

esok.
ujian fizikal bagi pengambilan Insp. Polis tahun 2010.

dem.
jantung macam nak pecah.

dengan tinggi yang belum tentu lepas.
dengan tangan yang senget tak cukup lurus.

betul-betul buat aku rasa peratus untuk kena reject esok adalah amat tinggi.

*diam*

kalau soal stamina mungkin boleh diubah diberi nilai tambah.
tapi
ini soal takdir.
sudah diberi lahirnya tinggi takat ini.
sudah diberi tangan tak sempurna lurusnya.

kurus sangat agaknya hingga tulang macam mahu tercabut keluar.

haihhh..

********************************************
Tuhan beri rezeki, julia.
Tuhan beri segalanya.
Tuhan takdirkan semuanya.

pasti sudah tulis semua-semua tentang esok harinya.
kalau sudah bukan rezeki.
jerit pekik meruntun merayu apa pun
tak mungkin esok mampu lepas sempurna.

tapi

kalau ditulis ujian itu kamu dalam senarai.
senget tangan atau kurang tinggi sekali pun.
semua pasti milik kamu.

jadi,
yakin dan redha
semua ada nikmat dan hikmah nya.
InsyaAllah.

***********************************************

*senyum kelat*

ye.
rezeki Tuhan beri.

cuma.
aku mahu lahirkan rasa dalam sini.

cuak.risau.malu.gentar.
semua-semua ada.

oh.
macam mahu tarik diri.

tapi.
rasa gagal kadang kala bagus.
buat aku lebih tabah untuk hadapi kehidupan.

jadi.
aku harus langkah.

biarpun aku tahu. aku mungkin sudah pun gagal sebelum waktunya.

aku redha.

Tuhan.
aku berserah dengan seluruh raga.

moga segala urusan dalam restuMu jua.

Amin.

sekian

dengan cinta
-julia-


No comments:

Post a Comment