Sunday, July 25, 2010

oh. bahagia!


-baju yang ibu pilih untuk aku-


kalau kalian boleh lihat hati aku sekarang.
mesti kalian tergaru-haru.

macam sewel macam mereng.
hati aku sedang lompat-lompat keriangan.
oh bahagianya. oh gumbiranya.

ha ha ha.

sejak balik dari jumpa family si Khattab.
hati tak pernah rasa tenang.
takut-takut aku bukan gadis yang sesuai untuk dijadikan calon ahli baru keluarga.

tambah-tambah. ditanya itu ini.
soalan yang membunuh segala keyakinan.
buat aku risau gila bila ibu mahu jumpa. atau Khattab ajak ke sana.

ha ha ha.

aku manusia yang fikir apa orang bilang cakap.
tak payah tunggu orang cakap pun. kadang-kala aku yang perasan sendiri.

sebab aku sedar. aku siapa.

diri bukan baik sangat.
cun melecun pon idak.
masak-masak haram tak bijak..

pakaian. perbualan semuanya ke longkang.
nak cakap datang dari family cantik sempurna iman agamanya sungguh dalam mimpi pun tidak.

haihhh..

rasa rendah diri itu ada. dan amat terasa tebalnya.

siapalah aku.

tapi. hari ini.saat ini.

Tuhan buat aku senyum manis lagi.
tak kesahlah jika mahu dibilang aku ini syok sendiri.

pesanan ringkas aku sama ibu si Khattab. buat aku macam mahu pengsan.

oh. indah betui rasa ini.
minta jangan pergi. dan harap-harap kekal dalam sini.

sungguh malam ini.
ibu buat aku rasa sangat diterima.

Tuhan.
terima kasih ya.

sekian

dengan cinta
-julia-




No comments:

Post a Comment