Friday, July 2, 2010

masih didengar masih diberi sayang~

cuti.
kalau tidak aku terbongkang matikan diri.
biasanya ada amanah tugas untuk berbakti pada famili.

samalah macam ini hari.
setel kerja sana sini.
telan ubat pelali konon mampu pulihkan batuk-batuk yang takde tanda mahu berhenti.
dan.
akhirnya aku tinggalkan dunia sementara.

celik saja biji mata.
tugas menjaga anak pun bertukar tangan.

cukup masa.
kakak aku call minta tolong ambil.
*oh baiklah*

kaki langkah.panjat motor.
donggak langit.
Ya Allah gelapnya.

bisik-bisik dalam hati
'baju hujan tidak bawak. kalau lebat mau kuyup basah'

siyes cakap.
aku takut.
langit gila gelap. angin bukan main kuat lagi.
alam sedang meribut.jalan sesak pulak.
rasa kecil betul atas jalan.
dengan helmet macam nak tercabut.

getar dalam hati Tuhan saja tahu.
entah.
mungkin dosa melambak belum sempat tebus-taubat.
jadi aku belum sedia untuk 'kontrak hidup' sama Tuhan ditamatkan harini.

diam-diam
aku doa-doa.
minta-minta Tuhan ada dengar.
mohon selamat pergi ambil si kakak.
mohon dijauhkan malapetaka.
mohon tidak hujan selebat-lebat serta tidak meribut sehingga selamat tiba destinasi.

perjalanan pergi Alhamdulillah.
sungguh aku bertarung untuk selamat sampai ke sana.

dalam sini.
tak pernah berhenti minta-minta.
kakak dibelakang sibuk ceritakan tentang itu ini.

haihh..
aku diam dengar tapi kurang respon.
fokus aku hanya pada jalan dan alam.
cilok sana cilok sini.

lepas jugak jem akhirnya.
lapang sikit dada.
kemudiaan baru beri respon pada bual bebel si kakak.

sungguh.
Tuhan dengar tiap-tiap bisik-bisik doa dalam hati.
sungguh.
Tuhan masih beri sayangNya pada si aku ini.

tiba-tiba minyak motor kering.
tapi.
betul-betul dekat station isi minyak.
tapi.
tiba-tiba station isi minyak, kehabisan minyak.

*aku call papa minta tolong*

Hujan tidak turun. Angin tidak kencang.
Alam tidak meribut saat itu.
aku kakak.
kami lepak tenang.

*papa datang. hantar kakak balik*

aku beli minyak isi dalam botol sama papa.
tuang dalam perut motor.
dan.
balik rumah.

Alhamdulillah.
titik-titik hujan tak sentuh kulit aku langsung.

'Ya Allah terima kasih. sangat-sangat kerna masih dengar kerna masih beri sayang'

sekian

dengan cinta
-julia-







No comments:

Post a Comment