Monday, July 26, 2010

duit dan bahagia~

ye.
aku tak kaya raya.
harta tak melimpah ruah.
duit ringgit jarang-jarang nak cakap cukup.

tapi.
ok.

hidup masih meriah.
boleh senyum-senyum ketawa.
hati susahlah nak cakap susah.

kan itu lebih bagus.

ye.
aku tak dapat beli itu -ini.
dapat ushar jeling menda-menda bernilai tinggi.
mungkin juga langsung tak berani pandang kerling.

ha ha ha.

tapi.
ok.

makan pakai alhamdulillah.
memilih membeli yang mampu dimiliki.

ye.
duit itu penting.

tapi.
untuk manusia macam aku.
yang tak kesah banyak perkara.
mencari biasa-biasa dan begitu mahu
bahagia yang luar biasa.

apa masih ada yang fikir duit mampu membeli cinta aku?

oh.maaf.
aku mungkin tak mampu miliki kereta mewah.
aku mungkin tak punya simpanan beribu wang Malaysia.
aku mungkin punya hutang disini sana.
tapi.

aku hanya mencari bahagia.
disini.harapnya disana jua.

yang mungkin duit itu bukan segala-galanya
cuma ia perlu ada.

sekian

dengan cinta
-julia-


No comments:

Post a Comment