Wednesday, December 14, 2011

Alhamdulillah, genap 2bulan~


sudah ada suara-suara
yang membisik tanya

'sudah ada isi belum'

hihi

maaflah kalian
belum ada lagi

kami juga mahu 'anak pemberian Ilahi'
tapi belum ada rezeki

kita sama-sama tunggu, boleh?

nampaknya kita semua perlu belajar lebih sabar

:D

tapi
Alhamdulillah
ada beberapa orang kenalan kami sudah ada hasilnya

pantas!

rezeki masing-masing

Tuhan lebih tahu apa yang dirancangnya.
kita tunggu dan sabar. OK

*senyum*

untuk genap 2bulan perhubungan ini
ianya masih semanis gula-gula

HAHA

kami masih OK, even kadang kala tak jumpa titik setuju
tapi
itu biasa
sebab kita lain jantina lain sistem tumbesarannya
so
harus selalu adanya komunikasi
tak kira apa bentuk sekali pun
harusssss

luah dan dengaq
InsyaAllah

titik faham mengerti itu akan dijumpai

p/s:

doakan kami terus meriah dan luar biasa bahagia ye. Amin
TQ.

sekian
-julia-

Friday, December 2, 2011

xde syg kat umah,sepi~


From: Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
Sent: Thursday, December 01, 2011 6:25 PM
To: Julia (Dynamic Value)
Subject: RE: Rumah

miss you more...sunyi wooo xder syg kat umah..tu pasal esok abg xmo cuti..


From: Julia (Dynamic Value)
Sent: Thursday, December 01, 2011 6:26 PM
To: Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
Subject: RE: Rumah

Aiyooo ayat.. cairr hati beta~ .. miss yu~

Warmest Regards

Julia Mat Hadiah


From: Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi
Sent: Thursday, December 01, 2011 6:23 PM
To: Julia (Dynamic Value)
Subject: RE: Rumah

okeh..abg blik lmbt rini..boring blik awal...xde syg kat umah,sepi


*senyum*


Suamiku,

aku cinta pada mu


sekian
-julia-


Wednesday, November 23, 2011

fakri saarani~


INGAT PESAN CIKGU....!

cikgu pj : sape idola kamu?
murid 1 : saya nak jadi macam khairul fahmi!
murid 2 : saya nak jadi macam badrol bakhtiar!
murid 3 : saya nak jadi macam muslim ahmad!
murid 4 : saya nak jadi macam asraruddin putra!
cikgu pj : bagus2.. tapi kamu jgn sesekali jadi mcm fakri saarani..ingat pesan ckgu!
statement di atas telah dipostkan di dinding FB ramai friends aku

HAHA

siyesly
bila nampak jek
INGAT PESAN CIKGU....!
aku dok ingat sesuatu moral yang elok dan nasihat yang manis
tapi
bilamana ayat aku habiskan
Sumpah aku rasa gila kecewa

*diam*

aku rasa pesanan yang digunakan atas nama CIKGU itu sudah dicelakan sudah diarangkan manusia

tak sepatutnya seorang CIKGU meletakan taraf yang sedemikian rupa kepada manusia lain.
hina sgt ke jadi FAKRI?

kalau FAKRI & insan-insan yang sayangkan dia terbaca. ternampak. terdengar statement ini, apa agaknya mereka rasa?

CIKGU koitt.. CIKGU tuuuuuu!!

haiyoo

CIKGU dah macam TUHAN ek sekarang?


*senyum*

terpulang pada tafsiran masing-masing
aku ini emosinya jiwa-jiwa

so aku paling tak suka kesalahan manusia lain dijadikan lawak jenaka
sedangkan suatu masa dan ketika dilain suasana manusia itu telah berbuat jasa yang mungkin kita-kita tak mampu lakukannya

ucap terima kasih langsung tak ada
rasa untuk hargai entah kemana
diulang bicara salahnya serata dunia.

helloooo

apa kita lupa, kita ini manusia
kita juga punya cela
kita punya silap-silap juga

harus akui dia punya jasa
tegurlah dengan gaya seorang yang punya ilmu didada

jangan main suka-suka cemuh hina
dia punya keluarga punya rasa sama macam kita-kita

dia juga macam kita
mahu naikkan nama negara mahu kembalikan maruah yang dicalar
tapi
mungkin percaturannya tak mengena

haihh

maafkan lah dia

*diam*

semoga aku akan lebih mengerti cara untuk hargai setiap satu jasa atas muka bumi, lalu berterima kasih dan semoga aku tidak hanya memandang pada salah manusia tanpa reti memberi maaf dan peluang

Amin

sekian
-julia-



Tuesday, November 22, 2011

lepak dalam dakap suami~


suami
itu
statusnya HALAL untuk seorang ISTERI macam aku

dan
Apa masalahnya jika hal kasih sayang dinyatakan ditunjukkan dalam bentuk apa pun jua?

aku cuma nyatakan aku 'dakap suami' dalam status FB
aku tak mention langsung aku 'having sex with my hubby' pon

dan
jujur cakap
aku tak pon having sex dengan suami aku malam aku post status FB

kamooonnn laa~
hubungan suami isteri bukan SEMATA- MATA nafsu!
ianya lebih indah dari itu

aku geli hati tengok komen-komen yang dicurahkan

aku tak pasti
adakah pernah terlintas difikiran mereka yang manusia didakapan aku itu adalah HALAL untuk aku.

;)

aku bukan manusia suka tunjuk-tunjuk
aku tak punya harta juta-juta pon
aku cuma ada cinta
kasih sayang aku gila!

sapa-sapa yang tak paham mungkin anggap aku gila atau fanatik atau apa-apa saja
dan
itu hak kalian
tapi tolong jangan nafikan hak aku

ini cinta yang sekian lama aku cari
cinta seorang lelaki

kau-kau mungkin dapat rasa cinta itu sejak kecil
didakap dipeluk dicium abah ayah bapak segala
tapi
aku tak!
langsung!

dan
memory itu langsung tak pernah ada
aku lupa mungkin
atau terlalu kerdil itu diolah semula semua

tapi

haihhhh

itu suami aku
satu-satunya tempat aku bermanja. berkasih sayang
aku tunggu sekian umur aku untuk lepak dalam dakap seorang lelaki HALAL untuk aku

kau?
terpulang untuk label apa pun pada aku
tapi
tolong jangan nafikan hak aku

sekian
-julia-



Monday, November 14, 2011

1bulan


Alhamdulillah
Syukur Kepada Ilahi dengan izinnya aku masih diberi pinjam nyawa untuk rasa setiap nikmat atas dunia Allah.

Alhamdulillah
dunia aku begitu bahagia
even kadang-kala dirasuk syaiton durjana
itu biasa sebab aku manusia

HAHA

Alhamdulillah

Alhamdulillah

semoga semuanya terus baek-baek belaka
even ujian dugaan itu pasti ada~

sekian

-julia-

Wednesday, November 9, 2011

Program Seksualiti Merdeka ?


hello!

apa nak jadi dengan dunia sekarang?
masing-masing sibuk tuntut hak *kononnye ada hak*

serr laa weh!!

sedarlah kita ni meminjam jerk
menumpang jerk
apa pun takdak OK

program macam ini tidak sepatutnya ADA atau diWUJUDkan sama sekali pon!

ini makin menggalakkan!
kita seharusnya cari jalan utk bawak golongan ini pulang ke jalan benar dan sebenarnya.
bukan makin beri dorongan dan harapan utk mereka terus SONGSANG!

yes!

mungkin ada sanak saudara kita
mungkin ada kawan-kawan kenalan kita dari golongan ini

dan
tak dinafikan mereka BAIK kebanyakkannya dari baek dari kita-kita, mana kita tau kan?

cuma perlukah kita lihat program seumpama ini meROSAKkan terus kehidupan mereka?

aku tak larat nak pk kenapa menda-menda macam ni harussssss ada dalam negara MALAYSIA!

*sedih koit*

masing-masing
ada otak ada akai kan?

gunalah dengan sebaiknya
jangan sebab hasut setan iblis
korang main follow jerk!

nak tolong geng-geng ni, tak salah pon!
tapi
harusss laaa memberi sesuatu IMPAK baek pada kehidupan mereka dunia akhirat!

jgn sebab silap kita-kita ini, satu dunia dapat MURKA, ALLAH

sekian
-julia-


Friday, October 28, 2011

2minggu


hai.

;)

sedar tak sedar sudah 2minggu aku dan kekasih menjadi pasang SAH

getteww!

hidup macam biasa
cuma meriah nye bukan main lagi luar biasa.

HAHA

nak pulak laki aku ni jenis suka menyakat.
aku pulak jenis mulot bising
memey A la..

kombinasi hebat bukan?
itu bab meriah nye laa..

bab tak meriah, so far Alhamdulillah takde lagi laaa nk perang angkat senjata.

*senyum*

semoga kami terus reti paham utk bertolak ansur dan berharmoni selalu.

;P

2minggu jadi ISTERI orang buat aku jadi matang dan rasa dewasa gila.
dan
betui orang cakap tugas ibu/ isteri ni bukan calang-calang

agak-agak nak lepak baring jerk,
dah teringat pinggan kt sinki belum settle

agak-agak nak malas jerk
dah terbayang baju pakaian belum basuh belum sidai belum lipat segala

HAHA

bukan kerja senang OK!

sabtu ahad masa bujang mungkin boleh bangun tido bangun tido wape kali pon kita mau

tapi
bila sudah jadi isteri, bangun jerk pagi. lepas siap sarapan segala
takdak dalam otak pon PK nk lepak baring..

yang aku tau..
eh.. nak p market!..

adoi..
dah bukan macam diri sendiri pula.

;)

sangat perubahan!

Alhamdulillah
semuanya seronok dan amat menyeronokkan

tapi

disebalik rasa bahagianya KAMI, KAMI masih disusahkan dengan sedikit gangguan rasa 'kecik hati'

dan
KAMI masih KOOL habis.

dugaan-dugaan

sekian
-julia-


Thursday, October 27, 2011

kecik hati~


manusia tidak akan terlepas dari merasa 'kecil hati' atas tingkah laku/ sikap dan kata-kata manusia lain.

yes! . aku manusia dan aku juga tak terlepas dari rasa 'kecik hati'..

tapi

option yang ada cuma 3
1. meluahkan secara terus - getting better or merosak rasa
2. diam telan pendam - kau akan rasa sedih dan sakit gila!
3. kongsi dengan manusia lain yang rapat sama kita-kita - at least rasa gila tadi boleh kurang 5%

;)

semoga aku terus diberi sabar dan senyum untuk semua rasa 'kecik hati' ini agar aku tidak menjauh hati..

sekian
-julia-



Tuesday, October 25, 2011

Sibuk!


Alhamdulillah
sudah 1minggu 4hari berstatus isteri

dan
sangatlah seronok menjadi isteri

HAHA

tapi
jujur cakap
aku takdak masa dah nk layan mende lain selain melayan tanggungjawab aku kepada suami

bukan batin semata-mata OK

maksudnye,
memenuhi menyediakan makan minum pakai tempat tidur.
semua nye harussssss aku uruskan.

gila habaq ang!
sibuk koit.

sangat letih.
tapi disebabkan rasa kasih sayang dan cinta yg begitu tinggi untuk suamiku

aku juangkan juga semangat untuk penuhi semuanya

dan
sangat puas, bila setiap yang kita buat tu dihargai!

Alhamdulillah..

;)

sekian
-julia-

Thursday, October 20, 2011

Alhamdulillah..









Syukur Alhamdulillah,
berkat doa dari kalian semua, sanak saudara jiran dan kenalan

Majlis kecil-kecil kami berjalan lancar dan meriah sekali

cuma
jika ada sebarang kekurangan, mohon maafkan kami sekeluarga.



sekian
-julia-











Friday, October 7, 2011

gumbira sungguh hati ini ~


semakin tiba harinya semakin huru hara aku rasa

*senyum*

tapi

waktu dan saat ini aku lebih memilih untuk diam seribu bahasa
sudah penat untuk dibahas dihujahkan segala
nanti-nanti aku jugak yang nampak macam manusia tak reti bahasa

*diam*

bukan senang untuk difahamkan semua pihak
bukan mudah untuk dipuaskan semua manusia

masing-masing punya kepala

haihh..

kalaulah semuanya mampu pikir macam yang aku pikir
alangkah mudahnya cara kerja kita-kita?

;P

tapi
apa nak buat

mungkin aku tak cukup jadi yang memahami.
mungkin
atau
mungkin mereka tak cukup cuba untuk fahami aku.
mungkin

*senyum*

hidup macam ini
kita selalu akan rasa tak diadili dengan baek nya

salah kita juga
sebab yang Maha Adil cuma Allah

manusia tak akan pernah sempurna adilnya

;D

so jangan nak mimpi-mimpi sangat yang sipolan-sipolan akan adil sama kita.

OK!
please take note tu

*diam*

hopefully aku terus sabar dan tabah untuk harungi semua ini
dan aku tak pernah lupa
'dugaan adalah bahasa Allah mengajar kita/ menegur kita'

doakan aku mampu lepas ujian ini

everything is okay on the end. If it's not okay, then it's not the end....


sekian
-julia-


Friday, September 30, 2011

puisi rosak rasa~

mungkin dia lupa
mungkin kurang peka
mungkin juga sengaja

ya mungkin

tapi dia
telah hancur setiap rasa
merobek luka lama
jatuhkan air mata
telah membuka jurang pemisah

hanya kerana
bait patah kata
kisah lama kita-kita

semuanya meluka berdarah dan pedihnya tidak terluah
kerana hanya dia sanggup bersuara tanpa memikir kesan derita punca dendam tak sudah

dan
tetap dianya belum sedar

benci ini punya alasan satu sahaja
'kau jenis mengungkit wahai saudara'

sedang kau lupa
'orang juga boleh susun patah lagi berbinasa'

tapi
atas nama ikhlas dan tak mahu jadi punca
lebih baik memilih berdiam tanpa suara

'lu cakap lu main tembak. maka terbunuhlah kasih sayang kita'

sekian
-julia-

Thursday, September 29, 2011

Percaya


lu pikir laa sendiri

kalau diusahakan seumor hidup untuk dibina rasa percaya pada manusia yang tak reti untuk mempercayai.

itu namanya sia-sia

terpulang.
terserah

itu hak dia.

kau?
jangan jadi bodoh untuk buat dipercaya hingga rosak semua segala

sekian
-julia-

Saturday, September 24, 2011

mai tak betui dia~

seronok bila pk hari besaq kami makin menghampiri
2minggu 6hari

hari berkumpulnya sanak saudara kawan-kawan sahabat handai

wahh gettew!

gila tak gila
aku macam tak siap pape lagi..

haha

seronok-seronok juga
agak-agak hari sanding nanti aku macam mana laaa agaknyeeeee!!

entah-entah
perangai ramah macam biasa jugak
habis DJ tak jadi keja sebab dgq suara aku yang lagi meriah.

Ya Allah
lindungilah aku dari perbuatan gila tersebut
sopankan laah tingkah lakukan sebagai seorang permaisuri dihari tersebut

Amin

*senyum*

entah
kadang-kadang
rasa excited gila babess~
kadang-kadang
rasa risau tak hengat

haha

risau makan tak cukup
risau buahtangan tak cukup
risau hari HUJAN
risau make up tak nampak cunz..* abis kena hamput dengan laki aku*
risau pelamin setting senget ke hape
risau risau
risau makan tak sedap
risau depa wat keja maca musibat

aku risau beb!
sumpah aku risau!

aku harap aku boleh buat semua kerja masa hari sanding aku

haha
baru aku boleh kata aku tak risau koit.

haih haihh

ye memang aku tak kesah apa orang mahu kata
cuma
kalau boleh aku mahu semua orang selesa
itu jerk. itu jerk!

aku mahu semua orang OK sama majlis kecik ringkas kami
lepas rumah siap aku tahu memang sah-sah akan ada pahat yang akan berbunyi

so

aku sekian kan dlu

-julia-


Tuesday, September 20, 2011

tak dak mood habaq ang!


ok, aku tengah stress dengan candidates yang apply thru my company
hat yang elok, elok sungguh
hat yang hampeh, hampeh sungguh

kebetulan
bulan aku mengambang sekarang ni

so
adalah sgt tertekan dan serabuitnye
bila harini jerk 2org cancel interview semudah kata!

nekharemmmm betui!

*ha kan dh mencarut ..*

kalau tak mau tukaq keja. kalau tak berminat nk carik keja!
jangan laa apply. jangan laaa setuju bila nk arrange interview...

ini tidak!
bila tanya semua YES! OK! No problem!

tok hangpa!

aku laaaa~
sebek laaa aku ni jenis haihhh haihhh malaihh nak kata!!!

*senyum-senyum*

sait nak kena hamput ngn client
mau dok standby laaaa julia...

apa-apa hal pon.
korang nak wat, sila wat dengan rasa tanggungjawab
jangan susahkan orang yang susah-susah tolong angpa k~

sekian
-julia-

Saturday, September 17, 2011

Aku Terima Nikahnya~


jujur cakap,
buku ini memang bagus.
macam cerita novel tapi penulisan ini bukan fantasi membabi buta
tapi ianya kisah cinta CINTA realiti kisah manusia.

best!

kompilasi 'Best Seller'
3 dalam 1

minta semua-semua kalian dapatkan
berbaloi tahu!

untuk jadi bahan panduan dan rujukan
hal-hal semalam dan akan mendatang

:)

dan
tak semestinya yang baru nak kawen sahaja yang boleh beli!
yang belum ada plan pon elok beli
yang sudah lama kahwin lagi elok beli..

jum sama-sama semak diri!

sekian
-julia-

Wednesday, September 14, 2011

tarikh hari ini dibulan depan~


akan menjadi seorang isteri
akan menjadi seorang menantu
akan menjadi seorang kakak ipaq
akan bertambah sanak saudaraku


*senyum*

cuma dalam tempoh 1purnama lagi

semoga dipermudahkan segala urusan hamba, Tuhan
semoga dielakkan segala sebagai celaka keatas kami semua
semoga majlis kecik serba-serbi sederhana ini diberkati dilimpahi rahmatMu

Amin..


sekian
-julia-

Monday, September 12, 2011

pening dengan POLITIK Malaysia~


hai

cuma nak kongsi rasa serabuit gila dalam sini
kisah manusia yang gila rakus main politik dalam ini negera.

sumpah! aku rasa rimas gila dengan banyak kisah isu murahan yang dipolitik sini sana

yarksss!
geli

baek yang pemerintahnye.
baek yang pembangkangnye.

SAMA
masing-masing gila kuasa!

yang dok bertekak berperang bahasa berhujah segala macam gila
ni haaa RAKYAT JELATA

haihhh

semua menda jadi tak kena

1 isu kecik habaq hang boleh kecoh kan negara 1minggu!
serrrrr laaaa!!!!

murahan gila!

sampai tak dak modal nak buat bahan tarik perhatian para pengundi

*diam*


buat pemerintah
pengundi sekarang bukan bodoh buta OK.
kami nampak kami tengok
jangan lupa AMANAH yang kami bagi~

dan
nie pembangkang aku tau laa angpa nak menang pilihanraya akan datang
tapi agak-agaklaaaa!

pilih laaa calon dulu

kalau takat ANUAR IBRAHIM tueeeeee..
aku memang takkan pangkah PR!!!

HAHA

dan
kesimpulannya

lately aku rasa malu dengan negara sendiri
aku pon dapat rasa banyak negara luar sana dok gelak berdekah tgk negara kita yang macam takde mende penting lain yg nak di isukan..

oh plissss!!

banyak koit yang sebenarnya perlu diperjuangkan
tapi itulah sebab ghairah sgt dengan politik kotor murahan nak perhatian
abis hilang fokus pada perjuangan sebenar!

chaitss!

pooorah..
untuk rakyat konon!

angpa kalut nk pulun kuasa.
angpa pandai buat cerita..

hishhhh
geli laaa!!

trust no one
politik bukan org suci~

sekian
-julia-

Thursday, September 8, 2011

Mintak Sila~



ola!

-- perhatian: gambar diatas tiada kaitan dengan penceritaan aku dibawah ini --

*senyum*

1bulan 6hari!

cetakan kad jemputan HANYA 300keping sahaja untuk kedua-dua belah pihak

|majlis kecik untuk kawan-kawan terbaek dalam dunia dan sanak-saudara kami berdua sahaja|

yang mana tangan tak sampai - jarak memisahkan
aku email kan jerk.

yang mana dekat-rapat
ada yang telah terima simpan

yang mana belum terima belum dapat
'angpa sabaq sait'

HAHA

'save the date'

16 Zulkaedah 1432 /14 October 2011 - Majlis Akad Nikah
17 Zulkaedah 1432 /15 October 2011 - Majlis Persandingan

*senyum*

Mintak Sila
untuk semua-semua yang menerima jemputan~

semoga dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan majlis persandingan kami berdua
OK!

*diam*

Mohon agar semua dapat mendoakan kebahagiaan, kemurahan rezeki serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Diharap juga semua dapat memaafkan segala kesalahan kami yang disengaja atau tidak disengajakan dan menghalalkan segala makan, minum kami.
Sesungguhnya, yang baik itu semuanya datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada kami sendiri.


Amin~

sekian
-julia-