Alhamdulillah..
dalam masa 2hari - sabtu & ahad, aku dh siapkan 2jenis biskut (mazola & makmur), dalam kuantiti yg banyak dan aku handle sorang-sorang. cuma hari sabtu, masa buat mazola somi aku ada tolong bentukkan adunan, aku tukang bancuh doh, bubuh kacang, sapu kuning teluq, tukang bakaq & tukang susun dalam bekas... tapi saat-saat akhir dia lemau teruk.
boleh tengah-tengah dok gentil biskut tu, dia boleh terlena?
haha.
comel!
kecian plak nak paksa teruskan. so aku soh dia rehat.
selebihnya aku sambung. sambil masak juadah berbuka.
perghhh penat bukan kepalang habaq hang!
sebab pagi sabtu tu kami p carik baju raya aku, pehtu tgk mak kt sepital.
balik sepital tu dalam kui 2lebih tu, terus aku rush buat biskut.
kui 6 lebih baru aku siap clear-clear semua.
haaa ni lah gambaq mazola yg kami hasilkan.. sampai harini aku belum rasa g, shedap ke idak.. tapi somi aku cakap LAZAT sbb dia yang buat!!
haha
beriya kan!
haaaa ni lah biskut Mozila Gumok laki aku, confident jerk kan panggil Mozila, padahal mazola!
ekekeke.. hilang letih dapat menyakat dia.. :)
selesai part mazola,
hari ahad, aku mula buat biskut Makmur..
biskut ni paling HOT.. ramai peminat.
baek mak aku, anak menakan aku, kawan mak aku, termasuklah keluarga mertua ku!!
bukan nak riak atau pon bangga, tapi memang SHEDAPP pon resepi mak aku nie.
setengah makmurkan rasa mcm susu-susu sikit kan?
haaa, dulu aku tak suka pon biskut ni. tapi lepas mak aku bagi resepi dan idea. terussss!!!
melekat diHATIku biskut makmur nie.
bila dah ramai suka! harussslah menjadi tanggungjawab hakakkkk untuk membuatnyee.
bukan apa, rasa seronok tau dapat buat biskut yg orang-orang tersyg kita suka!
so hari ahad tu, aku mula operasi lepas sahur, siapkan bahan bagai..
pas subuh mula membuat.
kali ni takde pembantu...
hahaha
nampak mcm mudah, tapi agak rumit sikitlah.
dan minta somi aku gentil pon risau tak jadi..
so eloklah aku wat slow-slow
dari proses mengadun sampai ke membekaskan nye..
aku pulun sorang-sorang.
sadis jugak lah kan, tapi. terbayang-bayang plak muka mak aku, muka ibu masa buat tu..
haihhh.. takpelah.. demi mereka. aku relaaa!!
Alhamdulilah pukui 12 camtu, aku dah siap clear-clear semua.
haa gambaq makmur aku..
siap!! ..
tak sabaq nak wak lik Ipoh..
ibu suka sgt biskut nie.. tahun lepas aku ada bagi..
ibu makan sikit-sikit, siap tak jamu orang len pon. sebab taknak biskut tu cepat abis.
comey jerk dgq somi aku story.
;)
tahun nie, kalau mampu aku nak buat banyak sikit..
yelah, dua keluarga suka biskut nie..
*senyum*
pas settle keja umah, aku ajak somi aku p shoping baru raya dia lak..
ikut-ikut dia tak payah pon tak pe.. sbb dia kesiankan aku.
tapi tak sampai hati plak.. bila lagi nk membelinya.
isnin - kamis kat Taiping, jumaat aku keja.. pehtu terus nak balik Ipoh.
nak beli kat Ipoh? sana mall semua penuh koit.. tak larat la nk bersesak-sesak last minute.
selesai membeli, terus kami gerak ke spital.
time tu aku dh rasa cm nak merangkak jerk.. tak larat gila rasanya
sampai sepital, settle bil ubat semua..
turun naik turun naik berjalan ulang alik bagai..
baru blah.. lebih kurang pukui 4lebih sampai rumah.
itu jam,... memang takde kudrat dh.
aku pengsang sejam lebih.
hahahahha
kui 5lebih tersedar diri kan..
perut masing-masing perlu diisi..
lapaq koitt.. walaupon aritu ahad tu aku tak POSA..
*Sumpah penat lepas buat biskut tu, so somi aku soh aku buke jerk..*
bangun jerk, masuk dapur.
masak nasi, ikan bawal masak taucu & sayur bayam berkuah udang.
pehtu air aku wat MILO AIS.
SIAP!!
Alhamdulilah.. hidang semua. time berbuka makan kami dengan gumbira.
hihihhi
haaa.. tugas aku bukan abis takat tu jerk tau..
lepas siap mandi wangi bagai.
kui 8lebih aku mula mengosokkan baju somi aku utk 4hari dia kt Taiping.
time tu kebetulan, member mak aku mai..
wahhh mak aku sembang bukan main meriah lagi..
macam dh sihat benorrr gayenyeee!!
nak teguq kang... takut sentap kan depa orang.
lagi pon time tu aku penat sgt sampai tak dpt berkata-kata.
haha.
so aku diamkan jerk la depa dok meriah berdua bersembang.
settle iron baju, aku lepak baring sambil somi aku tak benti menyakat..
dia tau bini dia ni letih gila.. tp dia dok sakat jugak!!
:)
walau pon letih layan, tapi aku suka.
kekadang boleh bawak bergaduh.
hahahhhah
sebelum tido, aku tengok mak aku jab.
pehtu kami tido.. masing-masing penat.
tamatlah cerita sabtu ahad aku.
*diam*
bangun-bangun kui 3lebih pagi ni, mak aku ngadu tak dapat lena..
sempuit. batuk.
hurmm..
*tula semalam sembang tak hengat.. sakan!*
sekali lagi aku tak terkata, sebab penat semalam tak hilang lagi.. badan rasa sakit gila,
aku cuma dengaq aduan mak jerk.. dan berlalu.
takde apa yg aku leh buat. aku soh dia cuba pejamkan mata.
kui 4lebih aku bangun siapkan sahur. lauk semalam memang ada lagi.
tapi aku dh janji nak masakkan nasi goreng utk somi aku.
so nasi goreng & nugget daging utk sahur kami pagi nie.
selera somi aku makan
Alhamdulillah. seronok rasanye dapat jamu somi aku.
*senyum*
kui 6pagi, kami siap-siap.
kali ni nak hantaq somi aku ke kereta
sedih
4hari pula dia kesana..
haihhh..
dan
harini
aku MC.
badan aku sakit gila.
aku takut baby aku tak dpt tanggung keletihan nie
lagipon mengenangkan aku kena merempit dijalanan..
aku matikan hasrat utk bekerja harini..
peduliklah boss aku nak bising pasai MC banyak ke hape tahun ni.
yang penting kesihatan dan keselamatan baby aku.
kurlass kan jawapan aku?
hehe.
oklah, aku nk rehat ni..
penat plak story panjang lebar nie..
;)
last point, before aku sekiankan
tahun nie, aku plan buat 3 jenis biskut jerk
tapi buat byk-byk sebab utk 3 rumah..
rumah mak aku, rumah suami aku, rumah along aku.
walaupun dh settle 2 jenis, tapi aku rasa makmur tu aku perlu buat lagi.
sumpah, tak cukup!!
lagi 1 jenis tu.. adalah biskut Almond London!
ni pon biskut permintaan setiap tahun... haruss buat. sbb nak beli agak mahai dipasaran.
tapi nk buatnyeeee.. Ya Tuhan, taktau aku mampu ke tak.. sempat ke tidak.
haha..
sekian
-julia-