before nak cerita panjang,
aku nak panjatkan dulu rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinnya sudah 12hari aku diberi pinjam kekuatan untuk menunaikan puasa dibulan Ramadhonn~
Alhamdulillahhhh.. segalanya dipermudahkan.
*senyum*
ok
setelah sekian agak lama aku tak memanjat motosikal dan me-remp-it nya. sebab bimbingkan kandungan kami, dan fobia kejadian keguguran itu hari.
harini dalam keterpaksaan aku kena jugak naek dan bawak sendiri.
al-kisah, somi aku kena pula ke KL - training selama 2hari
time-time bulan posa nilah orang-orang Telekom ni nak ajaq sistem baru bagai
dan
kebetulan company laki aku entitle untuk bercuti pada Nuzul Al- Quran isnin nanti.
jadinye, beliau telah memPLANkan dirinya untuk singgah lepak kat rumahnya di Ipoh
lagi pon dia ada hal nak settlekan kat sana.
so bila dh alang-alang tu..apa salahnye kan. maybe ahad baru dia pulang kesisi isterinye yg comey ini
:P
*diam*
jadi
dari harini hinggalah ke jumaat nanti
aku kenalah berdikari
dah takde dah la somi yang hantaq ambik pagi dan petang.
nak dijadikan cerita,
dari 7hb Aug sampai 16 Aug 2012
somi aku ditugaskan ke Taiping pulak uolsss!
kali ni dia lak kena train budak-budak pasai system baru tu..
*bagi yang taktau.. laki aku seorang pengajaq a.k.a Trainer utk Call Center Telekom*
haaaaa!!
bayangkanlah wape lama laki aku takde?
lama kan? kan? kan?
sob..sob..sobb
lama tu jugaklah aku kena sendiri-sendiri
p keja sendiri, balik keja sendiri, bawak moto sendiri, check up & scan baby 9 Aug nanti sendiri
sedih sungguh rasanya kawan-kawan sekalian
baru berangan nak tengok baby jantina apa sama-sama dan berkongsi keceriaan tersebuit tapi....
;(
*bunyi macam ngade-ngade jerk kan*
tapi
sebenarnya memang yeee pon aku ngade-ngade
hahahaha
:P
mana taknye
selama bergelar isteri kepada lelaki ini - MUHAMMAD AL KHATHTHAB
dia telah mematikan sifat berdikari aku dengan sgt berjaya
sungguh kejam!!
dulu mana-mana pon aku boleh p sorang-sorang dengan sangat yakin dan beraninya
siang malam. ada aku kesah..??
bedal selagi moto boleh bergerak.
*sapa yang kenai aku, tau lah zaman mude remaja dulu aku cmne*
:)
tapi sekarang ni..
kemana pon somi aku akan usaha untuk ada bersama.
apa-apa hal pon somi aku akan usaha untuk buatkan untuk aku.
aduhhh..
laki aku memang seorang yang AMAT penyayang dan AMAT caring kat AKU.
bukan aku nak kipas/ air cond dia untuk dapat baju raya lebih ke hape ye.
tapi MEMANG.
hihi
itu kelebihan yang aku memang nampak sejak zaman cinta cintun lagi.
tapi harus diingati yeee, somi aku pon manusia. haruslah dia ada kelemahannye.
so sifat dia yang macam tu lah membuatkan aku harini ini bukan lagi JULIA yang penah kalian kenali dulu..
waaaahhh kurlas statement,
:P
tapi
ada part-part yang aku masih kental dan gigih.
dah panjang lebar menaip ni, terasa dahaga plak kan.
hahahaha.
over sungguh,
kesimpulannya. aku nak cakap aku sedih somi aku travel.
haihhhh
sebak rasa didada hanya Allah jerk tahu, rasa macam kena tinggai dengan mak masa kecik-kecik dulu wooo..
menangis melalak, hambat mak sampai depan Masjid kampung Zoo Road nak ikut, mak tetap tak bagi ikut.. geetteww lah rasanya.
hihi
*flashback zaman comot pulak kan*
entahlah, semoga Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik somi aku
dari Penang ke KL, dari KL ke Ipoh, dari Ipoh ke Penang dari Penang ke Taiping, dari Taiping ke Ipoh or Penang.
Amin..
semoga Allah lindungi aku dan anak kami jugak, dari harini sampai nanti-nanti...
Amin..
*diam*
dari semalam.. dialog ni terngiang-ngiang kat cuping telinga aku...
M.Nasir speaks:
Setapak melangkah
Dua langkah ingatan kanda pada dinda
Tiara speaks:
Adinda bersumpah
Jikalau kekanda tidak kembali
Adinda akan menyusul kekanda
Meminjak pada tanah yang sama
Bernafas pada udara yang sama
M.Nasir speaks:
Layar berbelok-belok
Sauh dibungkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang
Bila sampai waktu
Kita akan bersama
*senyum kelat*
Abg, I Love You, semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT hendaknya~
Amin..
Sekian
-julia-
alkhattab speaks: jg diri baik2..
ReplyDelete:) baek bang.. miss you!
ReplyDelete