Thursday, August 2, 2012

Kisah Rumah Tangga


*lagu suami-isteri*

penulis lirik/ penyanyi 
Fynn Jamal

*senyum*

Kak Fynn, cakap lagu ini terhasil bila mana dunia tak mengerti mereka
konflik keluarga melanda
masing-masing punya rasa
anak menantu tersepit menderita

kesudahannya mereka gigih berdua
susah senang bersama, tanpa keluarga buat seketika
bukan merajuk tunjuk protes segala tapi cuma untuk beri masing-masing masa

"tapi sepanjang berjauhan, tak ada sekali kami niatkan berkurang ajar.
raya tetap balik.
apa2 majlis tetap ada.

walau macam2 kami kena.
senyum sahaja.
sebab itu mak ayah kita.
mak ayah mertua kita."

*senyum*

katanya lagi,
"suami kita paling perlukan kita.
cuma seperti mana2 suami--
mereka ada masalah memberitahu kita yang mereka terlalu perlukan kita untuk memahami."

*diam*

"..dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih, dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih.. aman saja... aku ada... dihirup ratah pun tetap kita berpimpinan berdua..sampai tuaaa, aku ada.."
 
*senyum*

hidup suami isteri inilah lumrahnya
asam garam yang kita kena tempuh lalu
bila dua manusia dari latar belakang berbeza
disatukan dicampurkan keluarga sanak saudara kawan-kawan segala

bila kita happy gembira bersama pasangan, tak bermakna orang sekeliling pon seronok sama
bukan senang nak bahagiakan semua orang

dan
kita tak boleh juga lupa, perkahwinan bukan kita dan pasangan kita semata-mata
kan?

jadi apa-apa tindakan kita/ sikap kita
tak banyak sikit pasti akan memberi kesan pada manusia sekeliling kita.

:)

sebab kita tak sempurna
ada sikap tingkah kita yang orang rasa tak selesa
ada bicara kita yang mungkin buat mereka terasa

*diam*

nak ambil hati orang tua cukup payah. 
tambah-tambah mertua kita
kalau kita tak pandai bawak diri tak pandai ambil hati
silap-silap boleh melukakan hati
 
*senyum*
 
apa yang aku nampak solusinya disini,
Mulakan dengan diri kita...kita tidak mampu mengubah banyak keadaan. 
Namun kita boleh mengubah sikap dan cara merespon kepada keadaan. 

:)
 
aku dan suami pon masih banyak lompang rompang sana-sini
masih terkial-kial mencari titik sesuai
antara kami berdua pon boleh terasa terluka segala
inikan pula antara keluarga dan orang luar yang cuma lihat luaran sahaja
mestilah lagi banyak salah sangkanya

hati kita orang tak dapat scan tengok
niat baek pon kadang kala jadi salah

*diam*
 
InsyaAllah
masing-masing masih belajar,
 
doakan kami, berubah dan akan jadi seperti yang dimahukan mereka
 
sekian
-julia-





No comments:

Post a Comment