Tuesday, April 26, 2011

ajal mati~

semalam dapat berita kehilangan bro Zubir. seorang manusia yang aku kenal tak lama tapi baek orangnye.
bekas pelajar USM. bekas penghuni desasiswa bakti permai. kawan baik kepada bekas kekasih

baek. ada rupa.

dan
harini dapat berita gempar yang beliau telah pulang kepada Pencipta sekalian alam.

Ya Allah.
sungguh mengejutkan.
langsung tak lintas lalu pada akal yang perginya secepat itu.

tapi
apa yang terjadi hanya dia dan Tuhan saja tahu saat hujungnya.
saat bergelora sama sakaratulmaut.
sendiri.

Al- Fatihah
semoga roh yang ditempatkan dalam kalangan manusia yang beriman.
Amin..

*sebak*

jatuh air mata aku.
entah.aku tak paham juga kenapa aku nk tersebak sedih melebih.
mungkin aku kenal dia.
penah tegur sembang.
mungkin.

*diam*

ajal mati suatu yang amat misteri.
harini gelak-senyum gembira.
esok tau-tau telah pergi.

kan.

takut kan?
sumpah aku takut.
dengan iman yg tak setebal kulit bawang.
dengan amal yg ke laut ke longkang.

mahu diramal nasib yg sudah jelas bersuluh..
rasa gigil luluh jantung.

haihh

ini baru manusia yg pernah kenal sembang yg pergi mengadap Illahi.
jika orang yang sayang terpaling sayang yang diambi pergi.
agak-agak apa yang terjadi?

Tuhan,
jangan amik sesiapa dulu dari sayang-sayang aku.
aku belum sedia hilang mana-mana seorang dari ramai mereka.

Tuhan,
jangan amik aku juga.
aku belum cukup lengkap sempurna.
masih rompang sini sana.

beri aku peluang utk dipinjam nyawa ini lagi, ya. Tolong~

sekian
-julia-





No comments:

Post a Comment