Wednesday, June 29, 2011

buku Indie~


entry kali ni aku nk review sikit pasai buku indie yang aku miliki.

eceh.. ayat!
kite terus ke topic sebenarnya..

wat masa ni aku cuma ada 2 buku indie 'BEST'

1. RANAP by Fynn Jamal


tentang puisi-puisi
tentang rasa jiwa segala

aku suka
dan
sangat sesuailah dengan jiwa aku ni ha!

manusia beremosi
jangan cuba larik
takat nak tipu 1 2 hari boleh laaa weh!!..


2. SPERMA CINTA by Linglung


buku paling lawak penah aku jumpa. pernah aku baca.
majalah lawak gila-gila atau ujang pon boleh kalah wooo!

*opss terpuji melambung plak*

tapi
Sumpah!
aku tak tipu, buku ini sangat seronok dan ada moral diselit bersama dalam gumbira membacanye.



ha.. nampak dak, aku punya tekun dok baca..
dating dinner pon aku usunggg
punya nak tau cerita!

*masa ni bf tunang aku macam dengki jeles jugak sbb aku dok pulun kan*

tapi

bila aku bagi pinjam baca

ha..
siap tepon aku nk kongsi gelak!

hik hik hik

*senyum*

so
kawan-kawan
yang terasa nak membeli nye
bolehlah ke sini yek~

http://akulinglung.com/ | Wood Is Kayu love Is Cinta

atau-atau
nk pinjam ai nye buku.. sila roger ai okay!!

ai tak kedekut org nyeeee~

sekian
-julia-

Tuesday, June 28, 2011

Melayu Islam Malaysia .. ~


hai olls
even aku ni pelajar dan belajar political sc.
tapi

secara jujurnye
aku tak suka langsung berpolitik

yes. aku tak nafikan politik tu penting malah sangat penting.

tapi
pemain-pemain politik zaman aku dibesarkan rata-rata
'bukan orang suci'

dan
maaf
aku tak memihak kepada mana-mana satu parti politik pun.

bagi aku
sama jerk
setiap manusia ada sudut baek buruk nye

jangan nak tala org jerk salah.
kita ni belum tentu betui pon kan.

tapi
bila bersembang cakap soal agama bangsa
emosi jiwa aku akan berubah
aku akan sikit tersentuh hiba
sentisipnya jangan nak kata..

*sigh*

Melayu makin dok berbalah
Melayu makin berpecah belah

dan

meh laah kita tengok bangsa manusia yang bukan Melayu dan bukan Islam di negara kita Malaysia

apa yang jadi?

luuu pikir lah sendirik

dan

aku bukan perkauman disini
aku punya ramai kawan cina india segala
aku ok sama mereka
even kadang kala tutur mereka langsung tak dijaga

tapi
sebab
aku Melayu

Melayu
mana reti nak berkira
mana reti nak kata-kata
mana reti nak meminta-minta
apa ada biasanya mahu dikongsi rasa

sebab itu sekarang kita Malaysia bukan lagi Tanah Melayu
habis harta kita habis hak kita
kita beri sikit-sikit dan ada yang bagi semua mereka rasa

tapi

lihat
dengar
rasa

tetap terpalit pada kita najis dengki mereka.
tak pernah cukup
tak pernah puas

sudah diberi itu. diminta ini

sebab mereka tahu yang Melayu itu mulia hatinya.
jadi

'mari ramai semua, ambil kesempatan atas BODOHnye Melayu ini'

haihhhh

tapi
malang dan paling celaka

bangsa aku
mudah lupa dan akan selalu lupa

*diam*

sedih
sangat menyedihkan
jika perkara sebegini terus-terus berlaku

untuk aku
manusia kecik tanpa suara
selagi kita aman selagi kita selamat dalam bumi Malaysia
kita jangan lupa mensyukurinye
kita harus hargainye.

jangan sampai bila hilang nanti
baru kita melopong mengaku bodoh menyesal segala kerna silap kecil-kecil kita yang terlalu inginkan kuasa. akhirnya Malaysia kita musnah

kita tak besar mana
orang luar dok usha tunggu masa
semua pakat dok dengki kat kita

mana ada negara kt dunia ni yang macam kita Malaysia
tapi
kalau rakyat sendirik punca sengketa

aku dah tak dak punca nk taip berkata-kata

angpa. renung-tenunglah masa depan anak-anak bangsa Melayu Islam kita

sekian
-julia-



Sunday, June 26, 2011

bahagia~



hidup
umpama roda
umpama jalan raya
umpama apa lagi ya?

haha

kadang kita kat bawah
kadang kita kat ataih

kadang kita elok
kadang kita tak elok

haa..
cm tu lah lebih kureng perumpamaan kehidupan kita

ketahuilah tak semestinya hari ini kita tak gumbira bahagia
esok-esok macam tu jugak!

tak.tak!
Tuhan itu maha adil lagi saksama.
dan
Dia yang paling penyayang diantara semua

so plsss!
jangan ragui ketentuannye guys!

*senyum*

bahagia sgt subjektif
even kalau org tu kita tgk dia byk duit. mampu beli itu ini.
dia belum tentu happy seronok.

sama la jugak if kita tgk manusia selebet tak kesah cantik tidak
duit cukup-cukup harta jangan cerita 'langsung tak ada'
belum tentu dia susah gelisah

haihh..

kita punya hak untuk punya bahagia
kita punya hak untuk rasa kecewa
atas apa alasan jua kita punya hak untuk semua rasa yang ada dalam dunia
cuma
kita perlu tahu
setiap ujian dan dugaan yg datang
Tuhan beri adalah setimpal dengan kekuatan kita

sabar
pahamilah dugaan itu adalah bahasa Tuhan mengajar kita

rilex.
tenang.

dan
carik jalan.

bahagia takkan datang begitu saja tanpa ada usaha untuk memperolehinye

sekian
-julia-



Saturday, June 25, 2011

ikan keli


harini aku nk story sikit
dengan bangga dan riaknye
aku dengan jayanye telah memasak ikan keli sambal tumis

:D

ikan yang takpenah langsung diajar makan
ikan yang langsung tak pernah mak aku masak
ikan yang langsung tak pernah aku jumpa dalam keluarga even masa balik kampung pun

maksudnye
keturunan aku mmg tak layan ikan darat or sungai ler kan..

tapi
sebab itu hari bakal abah mertua ku bilang si kekasih tunang hatiku kegemarannye adalah
ikan keli masak sambal tumis

hati mana tak risau
dh laa ikan tu aku geli
nama nk makan jarang sekali

seumor hidup aku
aku penah makan sekali jerk.

masuk harini kire baru 2kali aku telan ikan keli.

haaaa..
tapi tunang bakal somi punya pasai

aku gigihkan juga.

*senyum*

sebab dia biasa makan masakan ibu.
so kebetulan kelmarin dan semalam aku main msg dengan ibu
so aku dengan slumbernye minta ibu turunkan sikit risipi masak keli kegemaran anak terunanye itu.

dalam 1msg ringkas ibu bagi cara masak

haha

siap segala barang masak.
ditumis digaul segala
maka
siaplah masakan keli aku tadi.

aku bungkus-bungkus
minta kekasih datang amik.


setengah aku wat 'ikan goreng jerk'

setengahnye aku 'tumiskan sambal'


Alhamdulillah
dia cakap sedap

oh.. lega!

gila risau koit..takut2 tak lalu nk makan..kan

:)

terima kasih juga atas tegur nasihat mak aku..
terima kasih juga atas risipi dari ibu.

gabungan keduanye
menghasilkan yg terbaek.

sekian
-julia-


bebel~


dulu-dulu
aku selalu dengar orang cakap
susah kalau kawan dengan lelaki yang ada adik perempuan or kakak perempuan.
pendek kata yang ada adek-beradek perempuan
sebab
akan mejarumi ibu mertua kita *mak depa*
akan ada cakap-cakap belakang tentang kita

berbanding lelaki
perempuan lebih suka bergossip!

dan
aku rasa mende tu memang betui.
sebab aku dengan along pon jenis cmtu. sama nek laa ngn mak aku pon..

jenis suka dok komen gf abg aku

haha
kesian laaa abg aku tu.. asik dok kena taruh ja ngn kami..
maklumlah kami 3.. dia sorg ja kan..

bukan sengaja
cuma kami rasa perempuan tak spatutnye macam tu macam ni bila bertandang ke rumah mertua.
sporting mana pon sesebuah keluarga tu. had-had tertentu masih perlu dijaga
jaga ambil kesempatan atau mudah rasa selesa

dan
mula dari situ aku pon sibuk jaga tingkah laku.
takut-takut aku pon dok kena kata kan..
baru nk betui..
dok kalut kata kt gf abg aku sgt
:P

aku ada jerk pengalaman
kekasih ada kakak n adek lelaki-perempuan.
kekasih ada kakak-kakak perempuan dan abg-adek lelaki
kekasih yang adek-beradek semuanye lelaki

dan
kekasih tunang aku ini
yang adek-adeknye perempuan semua, dia tunggal lelaki malah terpaling abg sulong

dan
Syukur-Alhamdulillah

sepanjang kami kenal kawan
langsung takde masalah.

*diam*

sumpah,
aku tak pandai sembang sama orang yg baru kenal jumpa
aku tak reti nak ambil hati pura-pura baek suci
yang aku reti diam senyum dan buka mulot ikut situasi
agak-agak perlu aku ringankan segala otot untuk datang-bantu.

berlakon?
aku tak rasa kita semua perlu berlakon
cuma
kawal dan jaga tingkah laku

keluarga tak sama dengan rakan kawan beb.
kita tak kan mungkin paham pemikiran warga tua
depan mungkin senyum nampak suka
tapi
belakang?

ha.. kan dh kena kata..

apa pun yang kita nak buat
sederhana cukup

lebih-lebih sangat kang salah jugak
terkurang pon salah jugak.

tengah-tengah suda

kalau kita tak pura-pura siapa kita, kita ikhlas pada perbuatan kita.
kita lahirkan semua yang kita niatkan dengan baek
InsyaAllah
baek-baek semuanye untuk kita
soalnye lambat atau cepat

sekian
-julia-




Tuesday, June 21, 2011

ruang dapur~

hey guys!

lately aku happy sgt
sebab aku sudah mula mencintai dapur semula
setelah sekian agak lama aku menjauhkan diri

ha ha
gila.. last jejak pon untuk masak tanpa dibantu tolong kaum keluarga
masa aku tingkatan 5 koit.

sumpah!
before ni. takde maknenye aku nk lepak masak kat dapur tu.
lantak laaa situ along ngn mak yg buat.

hihi

*masa tu aku rasa kecik lagi.. takyah laa nk wat-wat mende-mende tu semua*

tapi
sekarang
lain ceritanye.

bila kali pertama kekasih si tunang beta request untuk masak.

zubbbbbz!
timbul satu perasaan/ aura berbeza.

hahaha

*over lagi*

even 1st day tu aku cuma masak
goreng telur/ goreng ayam

aku happy gila!

next day.
dia minta lagi.
tapi nada melawak.
tak siyes pon.

cuma aku ni jerk.
tak sampai hati plak.

so dengan bahan sikit-sikit tu.
aku rencahkan jadi nasi goreng kampung.

'nasi goreng kampung JULIA'

Alhamdulillah.
tunang ai suka!

:)

so
semalam
dia tanya lagi
nak masak apa plak?

haha

cheese!

so aku pon kol mak aku.. kt rumah ada apa.
mak ckp ada 4ekor ikan. 2ketui ayam.

erk.

hmmm

aku pikir elok aku gorengkan semuanye.
dan carik kangkung untuk buat sayur.

so menu semalam adalah
ikan goreng/ayam goreng dan kangkung tumis belacan.

untuk hari ni?
aku nak masak apa yek?
tesco extra dekat ngn tmpt kerja aku ni tak de jual ayam plak!

sebab aku plan
nak masak ayam masak kicap, sayur nye belum dipikirkan lagi..

hihi

kesimpulan dari entry ni.
aku nak cakap
aku dh mula menjinakkan diri di ruang dapur!

dan
minta maaf bercakap
aku tak kekok okai!

ai kan perempuan

:P

tetiba ngaku perempuan.
hahaha



sekian
-julia-

Sunday, June 19, 2011

senang hati~



senang hati bila
dapat masak untuk bakal somi
senang hati bila
dapat dengar komen dari bakal somi

*senyum*

Kekasih,
InsyaAllah saya akan jaga makan pakai awak
InsyaAllah saya akan berusaha untuk awak untuk kita

InsyaAllah

sekian
-julia-

isu masakmakan~


semalam first time aku mencemar duli masuk dapur masak untuk tunang ai.
dan tiba-tiba dapat rasa tanggungjawab seorang isteri.

ekekeke.
cumil koit!

takde lah masak teruk sgt pon.
dh malam dh time tu pon.
tetiba dia call cakap nak makan yang aku masak.

menu?
menunye ialah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
telur dadar+ ayam goreng+ nasi + kicap.

hihihi
cumil dak?

wakakak..

*adoii tak mencabar langsung skill memasak aku*

tapi oklah.
memalam mana nk carik barang masak. tambah rumah ai ni jarang memasak.
semua bz dengan kerjaya.
lain lah dia tempah 1minggu awai

dapatlah aku plan nk masak apa.
macam masa sekolah dlu.

*senyum*

elowwww..
aku macam dengar org cakap aku tak pandai masak jerk ni?
haha

untuk pengetahuan semua
ai dulu masa sekolah menengah
ai amik kelas ERT okay
ERT stand for Ekonomi RumahTangga

haha
setakat masak-masak ni..
eleeehhh small the pieces laa~

:P

*over lagi*

haihh..
tp sebab aku lama gila tinggai
maklumlah fokus pada pelajaran kan..
tugas dapur aku serah bulat2 kt my mum.
so agak karat jugak laaa skills yg ada.

InsyaAllah.
kawen sok... aku make sure. ianye berkilau semula bak mentari menyinari pagi...
gitooooo!

cewahhh.

papehal pon.
nanti kawen memang aku tekad nekad untuk berusaha sehabis baek untuk sediakan makan minum untuk suami dan anak-anak aku.
*bukan nk juai saham okay*

sebab banyak makanan kat luar sana yang semakin banyak tak selamait untuk dicekik.

'masa depan amat menakutkan'

aku kecik-kecik dulu agak terbiar
sebab mak kena jadi abah. mak kena jadi mak.
makan minum kami.
kami urus sendiri kadangkala

so
aku taknak bende ni jadi kat anak-anak aku nanti~

sekian
-julia-



Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Bapa~


bunyik mesej masuk.
bukak tengok

memes dari Maxis

'selamat hari bapa'
'ayahku, rajaku'

siap sampai 2memes masuk!

*senyum*

boleh tak aku nak jawap..

'Maxis, saya taktau nak hantaq memes ni cmne kt abah saya'

*diam*

aku taknak taip banyak-banyak
nanti makin banyak yang akan aku persoalkan sama takdir Tuhan.

ye. aku ada abah yang sebenarnya tiada.
ye. aku marah dengan semua cerita yang disusun utk kami sekeluarga.

tapi
aku redha.
aku tahu Tuhan baek sama aku.
aku tahu
aku perlu tahu
setiapnya akan ada titik noktah.

*diam*

semoga anak-anak aku nanti tidak rasa macam apa aku rasa

sekian
-julia-




Thursday, June 16, 2011

tipikalnye alahaiii~


arghh sgt tipikal
datang bulan dan merajuk atau buat perangai segala

tapi

memang itu emosinye sekarang
jadi harus bagaimana lagi mahu dikawal jiwa raplah segala

oh serabut!

sumpah aku cuba lari dari jadi wanita tipikal dengan ragam gewdiks mengada-ngada
tapi
aku cuma wanita biasa

ha ha

aku minta maaf
aku emosi
aku sensitip

ohh..
sila lah pujuk.
sila lah pujuk
sila lahh..

;(

sekian
-julia-

dalam elok~


kita mungkin tak sedar
dalam tutur taip perkataan kita sebenarnya
ada hati manusia yang tersentap luka

jadi
baik manapun kalian sama manusia lain
erat mana pon perhubungan kalian dengan insan lain

jaga bait kata kita
jangan ada yang terluka

dalam elok
boleh gaduh woooo!

moral of the story: kerana mulot jiwa merana..

boleh gitoo??
hahahhaha..

meh sama-sama renung tenung
kekurangan dalam baris kata kita.

*tetiba suci, apa kes*

sekian
-julia-

Saturday, June 11, 2011

Majlis Kahwin-Kahwin~


harini aku ada 3jemputan perkahwinan.
2 siang hari dan 1 malam hari.

dan yg sempat aku p 1 siang 1 malam.

hehe.

tengok hari bahagia org lain pon dh rasa bahagia.
apatah lagi hari bahagia sendirik kan..

dalam suasana majlis yg meriah lagi kecoh disana sini tu.
sempat jugak laa ai nie terberangan seketika
ecehhh

:P

bukan la berangan apa pun..
cuma terisau cmne laa majlis aku nanti.
ok ke. kelam kabut ke?
ujan ke tidak ke?
haihhh

risau!

InsyaAllah majlis kahwin-kahwin ni kan skali seumor idup.
so kalau ye pon tak mewah sekurang-kurang selesa dan tersusun gituu..

tapi kita kan hanya mampu merancang.
Allah yg menentukan segalanye.

dan melalui pemerhatian aku kan...
makin banyak duit yg kita ada. makin banyak yg kita akn bazirkan tanpa fikir panjang.

impian kan banyak. macam-macam.
so kalau tak kawal... maka...

lu pikir laa sendirik.

aku p majlis org. aku kurang komen banyak hal.
makanan ke? buahtangan ke? apa ke?
as long as pengantin cantik dan happy, aku tumpang happy.
sebab aku tau susahnyeeeee laaa nak dirikan masjid!

so aku harap majlis aku yg kecik dan simple tu tak jadi bahan umpatan manusia yg kurang senang dengan banyak hal nanti.

oh... semoga majlis aku nanti berjalan lancar!
Amin.

*semoga tidak HUJAN.. kalian yg lalu sini.. tolong doakan ye~*

terima kasih.. <3 korang!

sekian
-julia-

Saturday, June 4, 2011

org tua tak berapa ada akai~


kalau sesapa yang lalu singgah sini.
kalau kenai dengan aku.
sure-sure depa tau aku ni jenis manusia macam mana.

haihh
ada satu kes ni.
baru jerk jadi kejab tadi.

aku dok tunggu lif nk turun.. sbb ada janji temu dengan my tunang.
so tetiba ada laa sorg 'pakcik' nie.
kenal tak kenal sgt..
cuma tau jerk.

sumpah cakap.. aku tak bermasyarakat pon dengan manusia kt flat ni.
boleh kira koit yg aku dok senyum sembang. tu pon... sebab depa kawan mak aku.

berbalik pada story pakcik tersebut, so dia pon maybe nak beramah mesra dengan anak mak aku kan...
soalan pertama yang diajukan nampak macam ... okay:

'hang kat yang bertunang hari'

*punya kuang ajaq kan!! teruih2 tanya lagu tu... mmg siyal betui*

'ha ya saya..' .. aku jawap slumber. tp berselit senyum ketat..

'bila kenduri' tanya lagi... masyarakat amik tahu.. bagus..~

'InsyaAllah bulan 10'

angpa rasa dia nak bg jawapan apa?
sebagai orang tua...

aku ni punya dok harap dia nk kata..

'Alhamdulillah.. baguih laa cepat2.. tak elok lelama bertunang ni.'

TAPI
DAK WEHHH!!!

'awat cepat sgt? hang dah tak tahan ka?'

*nak haram pakcik nie.. toyo hang!! weh aku ni pempuan laa siyal oitt.. dok sembang tahan tak tahan ngn aku awat?? memang spesis khinzir laut betui laaaaaaa!!!!*


sembang macam orang tak dak akai!
bodoh betui... islam sgt hang kan!!!

*senyum*

pehtu ada laa soalan susulan..
soal pasai kenduri kat mana laaa..
awat kt sana, susah org nak p laa

*ha mmg sy tak mo bg pakcik p ponnn!*

huh!

sakit hati aku laa..

apa punya manusia laa..
tak kesah laa ang tu tua ka muda!

weh dgq sini aku nk habaq kat ang.. tolong respek org laa...
jaga bahasa tu mangkuk!

*kan dh puas aku mencarut malam nie.. mau sangat!*


sekian
-julia-

Thursday, June 2, 2011

terkata.dikata dan mengata~


story ini story lama.
cuma aku baru ada mood nak cerita sikit-sikit hal tak berkaitan banyak dengan hidup aku.

jiran selang beberapa rumah floor aku ni. ada yang sama baya dengan aku.
entah kenapa. beberapa bulan lepas...
kalau selisih. terserempak dan sewaktu dengannya..

secara automatik nye. aku ni akan tersenyum paling manis dalam dunia.
ecehh yeye jerk!

tapi.
apa yang aku dapat adalah pandangan mencuka dan jelingan yang amat tidak menyenangkan seluruh ati.

ikut-ikut boleh panas ati.
tapi aku ni.. manusia yg jarang-jarang nak amik port isu remeh.

so kejadian tu berulanglah 3 4 5 6 7 kali.
maklumlaaa aku ni tak serik nk senyum kat org yg tak reti nk balas senyum aku.

haihh..

kecewa habaq ang!
tapi biaq laa...

*diam*

so ada jugak aku ngadu2 kat mak aku..
takde laa pelik jerk.. nape tetiba tak nak senyum segala..
upernye mak dia pon layan mak aku sama macam anak dia layan aku.
heran..

aku ada wat silap ke hape?

haihh pelik-pelik.

dipendekkan cerita.

jenis kami ni manusia yg tak paham bahasa..
orang taknak menegur tapi kami degil nak sibuk menyibuk jugak.
so hari jiran yg sebaya dengan aku tu kawen. mak aku ada menyibukkan diri nye.
maklumlaa jiranla katakan..
seagama. semelayu.

maybe
sebab depa malu alah..
family dia pon dh okay ngn my mom~

aku macam tu jugak..
kera sumbang.
tak reti bercampuq. dok lam umah wat hal aku jerk.

episod seterusnya adalah hari pertunangan aku.
haaaa time nie laa episod baek punya!

hari majlis.
rezeki sikit-sikit tu family kami share la dengan jiran-jiran dan kawan2 mak yg menolong.
sibuk laa jugak aku malam tu..

esoknye.
letih penat tak ilang lagi ni..
mak aku soh anta kuah gulai baki semalam kt depa.

so aku pon dengan tak mandinye.. p laa hantaq.

bagi2 salam.
si jiran sebaya aku tu yg jawab dan amik kuah gulai tersebut.

elok aku nk blah dari situ.
dia panggil aku.

erk..
*apa plak dia nk ckp nie, nervesss koit*

"julia, tau tak kenapa Fa.... tak senyum kat julia kalau julia senyum kat Fa...?"

"tu laa... taktau laa .. dok heran gak.. awat?"

"sebenarnya ada org dok menyampai.. depa kata julia kata Fa... bodoh, belajaq tak pandai.. keja pon ntah pape"

"Ya Allah. sumpah demi Allah. org tak kata langsung... nk wat kata cmtu? tak pernah amik tau pon pasai Fa... lama ni pon kan?"

"ha tu laaa... Fa.. pon sama.. terkejuit gak. dh la tak amik tau hal org.. tetiba org kata kita bodoh.. mana kita tak marah.. kalau julia kat tmpt Fa.. apa julia wat?"

"ye.. minta maaf laa yek.. mmg tak kata pon bodoh ka apa"

"Fa.. pon minta maaf jugak... mmg nak tanya ritu tapi tak sempat..."

*agak terkejut beruk jugak laaa aku masa tu*

ha ha ha

dan kami pon saling bersalaman dan cium pipi kiri kanan.. habaq ang!

haihh

manusia mana laaaaa yg busuk hati kat aku or family aku tu..

semoga diberi petunjuk agar mereka bertaubat!

dan
kalau angpa jadi aku, apa angpa rasa?
sakit ati dak?

kalau ye pon angpa terkata.. hishhh aku jarang nk mengata pasai org nie..
tetiba angpa dikata mengata!

ha pening kan????

hmm takpe.
aku sabaq jerk...
nk maki-maki kang nampak sgt aku ni kurang didikan..
so better aku serah hal ni bulat-bulat pada Allah SWT.

sekian
-julia-