Thursday, July 12, 2012

Ujian Untuk Orang, Iktibar Buat Kita

actually aku memang nak tulis entry pasai 2 blog ni
tapi disebabkan masa tak mengizinkan so aku tangguhkan dulu niat tu.

blog ni sgt menyentuh perasaan aku sebagai seorang manusia dan seorang isteri..
Sumpah, aku rasa sgt kagum dengan kehebatan cinta 'Abang Abil untuk Isterinye Kak Gee'
kisah ini boleh kalian ikuti di sini yek: Warkah Buat Isteri


dan 

before this aku ada juga baca kisah 'Abg Talib dan Arwah Kak Norma'
blog ni lain sikit sbb bukan Abg Talib tu yg menulis sendiri.. kakak ipaq nye yg story mory tentang perkembangan Arwah Kak Norma.
so kalau nk tahu kisah lanjut pasai episod ujian manusia lain..

p/s: minta sediakan TISU..byk-byk tau!!


*diam*

kita tahu, Allah takkan menguji menduga kita dengan sesuatu yg kita tak mampu untuk tanggung.
setiap ujian adalah setimpal dengan kekuatan kita
cuma kita sendiri harus tahu dan cari jalan bagaimana nak menghadapi ujian tersebuit.
InsyaAllah jika kita redha dan sabar, ada habuan untuk kita kan?
dan
untunglah menjadi antara golongan yang berjaya dan lulus ujian tersebuit

:)

dan
cerita-cerita mereka adalah sangat memberi kesan yang dalam terhadap diri aku sendiri
hopefully aku dapat menjadi isteri yg terbaek untuk somi aku sementara aku masih sihat sejahtera nie.
sungguhpun aku masak tak lah pandai sgt.
tapi
aku harap,aku dapat berikan sesuatu untuk dia.

*senyum*
 
aku doakan semoga Kak Gee kembali sembuh dan sihat seperti dulu dan dapat baca setiap luahan dan celoteh yg Abg Abil tulis untuk dia.
InsyaAllah kalau dia diberi peluang, aku tak dpt bygkan bagaimana perasaan dia.. betapa untungnya dia mempunyai suami sehebat Abg Abil tu..

untuk Abg Talib, semoga dapat besarkan Rafiq dengan sabar dan tabah tanpa seorang isteri disisi lagi.
semoga Kak Norma ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman.. Al- Fatihah

dan
untuk Abg Abil, Kak Gee & Abg Talib
semoga kalian, akan mendapat bahagia selepas ujian yang menimpa..
Amin

Sekian
-julia-

No comments:

Post a Comment