Monday, June 28, 2010

hilang sabar~

untuk

main masak-masak.
main kejar-kejar.

tengok muka buruk sebaik celik biji mata.
sememeh. serabut. serabai.
ohh sungguh.
tak sanggup lagi mahu tunggu.

saat bertekak macam gila.
sesi drama air mata.
berkongsi suka duka gelak tawa.
pasti gila babi meriah.

terasa sungguh hilang sabar.
mahu lepak nonton tv bersama.
tengok movie yang si kekasih sudah siap bikin stock untuk lihat kongsi nanti

hilang sabar saya.
Tuhan. mohon semuanya lancar tanpa ada sebarang halang.

dan.
untuk hari bahagia saya nanti.
mana lebih elok.
kelihatan simple biasa di hari sanding. tapi meriah bergaya selepas saling bersama.

atau.

gah meriah di hari bahagia. tapi berdikit-dikit selepas serumah.

antara keperluan dan kehendak.
ohh nafsu!!~

tapi manusia ramai mulut jahat.
buat sikit-sikit dikata tak berhenti.
buat over-over melampau mungkin makan diri.

haihhh..

yang pasti.
rumah siap pasti pahat akan berbunyi.

kan?

manusia mana pernah puas.
selagi dengki iri dalam hati.
mereka takkan mampu diam.

sekian

dengan cinta
-julia-




Sunday, June 27, 2010

copy & paste~

Dipetik drp page Ust. Hj. Abdul Samad

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

tetiba rasa macam artis u/olls~

ohh best gila hari ini.
bukak email maklum ada org tanya-tanya sama aku.

perghhh tgk soklan boleh tahan meriah.
tanpa nama itu sudah semestinya. maklumlah ramai jerk manusia baling batu tangan sembunyi.

ha ha ha.

soklan macam gilak berani berahi.
tapi takut plak nk letak nama.

so suwit.

belum cukup paparazzi lah tu gamaknye.

ha ha ha.

tapi ok lah.
mereka buat aku terasa sangat artis.

korang memang rock!`

tetiba rasa macam nk peluk cium korang.

ha ha ha.

sebelum lupa. aku tulis-tulis pasai kisah hidup aku dalam sini.
takde plak aku letak pisau dekat leher korang untuk datang lepak baca.
kalau rasa menyampah meluat.
jijik hina terhadap penulisan tepi jalan nie.
minta jangan teruskan.

sebab aku rasa geli dengan manusia yang iri hati.

ha ha ha.

aku hidup tak minta nyawa dari kau.
aku hidup tak minta duit Ringgit Malaysia kau.
so

jangan susah-susah korang nk tambah dosa sebab aku.
jangan susah-susah korang nk topup pahala untuk aku.

hihihi.

tapi kalau korang rela.
apa aku kesah. best apa dpt pahala PERCUMA

sekian

dengan cinta
-julia-


Saturday, June 26, 2010

mood: bebel-bebel~

'mari tuan puan dgr ini cerita'

*gaya iklan sabut cuci*

bukan niat aku nak mengutuk mengumpat manusia dalam sini.
cuma sikit ralat rasa dalam hati.
lihat manusia sana sini buat aku rasa macam nak menjerit maki-maki.

ha ha ha

eceh macam sial jerk bahasa aku.

takde.
sudah pun lepas tempoh separuh tahun aku lepak kerja di unit sales & services TM.
ramai manusia aku ushar-ushar.
macam-macam ragam.
dari yang kuli haprak sampai ke pihak pemerintah.

tak bajet plak aku cool abis atau terbaik dari ladang.
tapi beb.
kalau tengok 85% * sebab aku taknak lah cakap 99%, sat nampak kejam sgt penilaian aku nie*daripada mereka yang tergolong dari pelbagai kategori ini.
semua buat aku naek menyampah.
meluat aku jangan nak kiralah. maunye muntah kayak aku.

haihh.

siyesly aku pelik.

ada yang kaki kipas.
ada yang kaki malas kerja.
ada yang tak ikhlas habis.
ada yang halai balai.
ada yang main tibai.
ada yang tersangat biadap kekurangan ajar.
ada yang penting diri.
ada yang sinis tak habis.
ada yang poyo yoyo.
ada yang control lawa cun kacak encem.
ada yang rasa hebat bagus. *macam aku nie*
ada yang macam-macam.
sangat macam-macam.

ohh menakutkan bukan?
ye beb.
sangat menakutkan.

ha ha ha.

sampai aku rasa.
kasihannya mereka.

sungguh aku jahat.
sebab aku sedang kutuk keji mereka dalam sini.
tapi
sekurang-kurangnya.

ikhlaslah bila bekerja.
itu rezeki kita saat ini.

setakat manapun nilainya.
mungkin kurang cukup untuk tampung kos seharian hidup.
tapi hakikatnya.
itu tugas dan amanah.

masing-masing jika punya agenda niat yang memusnah.
habislaaaa lingkup organisasi.
jangan sebab dalam kita ikhlas tak ada.
busuk rosak nilai kerja.

haihhh..

aku sedih tengok ramai dari kami di sini.
tapi aku manusia kecik.

suara jerit-pekik sampai hujung peti suara pun.
sama mahu dengar pandang.

sekian

dengan cinta
-julia-


mungkin dia taktahu~

Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih



Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


Ulang Chorus

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan

Tuesday, June 22, 2010

kekasih jatuh, aku mahu sambut~


kekasih dalam mood jatuh sekarang.
sungguh saat ini aku macam mahu ada sekerap mungkin di samping di sisi.
teman ke sana ke mari untuk sekurang-kurangnya beri sedikit happy pada hati si kekasih

aku tahu dia hanya ada aku paling dekat paling hampir
tempat untuk dia lepas semua rasa benci pada semua manusia yang beri sakit pada hati.

dan.
aku selalu sentiasa akan sedia untuk itu.
dengar setiap keluh kesah pada setiap rasa dalam setiap hari di tempat kerja.
macam dia selalu setia dengar bebel leter aku yang ntah mana nak hujung.

he he he

kalau boleh. aku mahu jadi manusia yang paling boleh buat dia tersenyum saat ini.
aku mahu buat dia bahagia even dia sedang sgt derita tika ini.
mana-mana pergi aku mahu dia tahu.
aku sentiasa ada.
sentiasa.

bukan sebab aku gf dia
tapi sebab dia dan aku sedang kongsi 1hati.
sakit dia. sakit aku juga.

aku benci sapa-sapa buat kekasih rasa jatuh.

sekian

dengan cinta
-julia-



hai suri rumah~

hari ini aku macam mahu bersembang cakap pasai si suri rumah.
untuk hari ini aku mahu bilang. aku sangat respect pada ibu-ibu yang memilih untuk tinggal dirumah dan menjaga mengasuh anak-anak sambil mengemas memasak sedia makan pakai untuk seisi keluarga.

hari ini aku cuti. plan nak masak-masak.
siap p market sama mak dan adik mirza.

mak dapat berita jika dihujung floor kami sudah pergi mengadap Ilahi.

mak maklum mahu pergi ziarah jenazah. maka maknanya aku perlu tinggal dirumah bersama dua orang anak-anak.

ohh man!~

dari pagi jaga lepak sama adik mirza. plan utk masak sah-sah kena cancel. adik merap.

tepat pukul 12.15 turun ambil kakak, kakak sampai pukul 12.39.

naik atas tidurkan adik.
layan kakak mahu minum sambil nonton tv.
lepak-lepak online kejab.
dan.
eh lupa tudung baju belum basuh. siap rendamkan tudung baju.
nampak plak ada satu baldi baju anak-anak belum tersidai..

takkan nk biar baju tu tersidai sendiri kot kan.. apalagi.
sidaikan baju budak-budak ini.

masuk jerk rumah. ambil bantal tidurkan kakak.

ohh leganya.
anak-anak sudah lena.

dan..

baru jerk aku nk lega. adik sudah terjaga.
kakak pula bangun sebab nak terkencing
*aku nak pakai kan pampers taknak*

adik bangun mungkin lapa.
tapi aku tak pernah lagi bagi adik makan kanji. atau nestum.
takkan time-time gini nak suap susu lagi.

huhu.

penatnya Tuhan saja tahu sekarang nie.
macam ini agaknya mak aku susah payah jaga kami dulu..
sekarang kena mengasuh cucu plak.

besar betul pengorbanan ibu.
tambah-tambah ibu yang menjadi suri rumah

sekian

dengan cinta
-julia-



Sunday, June 20, 2010

lupa tajuk~

tiba-tiba rasa macam nak bercerita pasai kekasih besar berhati kecil

ha ha ha

siapake lagi kalau bukan si khattab.
*spelling selalu salah*

*sengeh*

oohh.
tak sabar mahu bergelar suri di rumah beliau.
tak sabar menjadi kakak paling sulong untuk adek-adek beliau.
tak sabar jadi menantu pada ibu abah beliau
yang pasti buat kecah di ruang dapur.

ha ha ha.

pasti semua haru-biru

*diam*

tak lama lagi.
InsyaAllah.
tak lama.

jika ada.
InsyaAllah.

sekian

dengan cinta
-julia-

footnote:
sesapa yang datang singgah baca, tolong doakan semua urusan rancangan untuk kami bergelar suami isteri sah lancar licin hendakNya.
Amin.





khas untuk lelaki!!!~

Krisdayanti & Siti Nurhaliza - Amarah

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku


Chorus
Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Dan ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu
Dia yang menentu

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Ulang Chorus

Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri


Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Ulang Chorus 2X

Saturday, June 19, 2010

cerita gila dari gadis gila~

aku paling takut untuk punya musuh atau manusia yang benci-benci pada aku.
tapi mulai hari ini. kalau ada yang mahu benci. aku rasa aku sudah tidak punya kesah.
kadang-kadang sepuas usaha mana pun kita cuba bahagia atau buat manusia lain ceria.
pasti ada sedikit ralat pada tindak laku.
sedang kita tahu kita itu langsung tidak punya erti dalam sempurna.

jadi.
caci maki. kutuk keji. mempalit najis sekalipun.
apa aku pedulik. aku tak mati jika manusia saja yang iri benci.
aku tak terhilang nafaspun jika ada manusia yang suka-suka mahu buat aku terluka.

;)

aku ini.
yang selalu mahu sibuk-sibuk memikir apa kata fikir oleh orang.
mulai sekarang aku mahu ubah sikit-sikit

aku mahu jadi yang paling tidak pedulik.
aku mahu jadi yang paling pekak pada hati.

terlalu sensitip terlalu peka
kadang-kadang menyusahkan.

ohh.
untk pertama kalinya.
aku mahu dengan kata-kata cinta hati.
jangan pedulik sapa-sapa lagi yang tak reti nak menghargai.
abaikan lepaskan.
semua yang lepas-lepas.

dan.
aku tidak mahu degil lagi.
moga dengan tidak degil ini aku akan lebih bahagia.

elok juga tak memikir tentang manusia yang tidak reti bahasa lagi tidak reti untuk mengerti.

eh. julia.
cukup. biarkan manusia benci yang punya gila besar sabar itu dengan dunianya.
mari lari dari manusia itu.. sama-sama elakkan diri.

ha ha ha.

*aku gila. so emosi aku kadang-kadang tak gambar apa dalam jiwa*

sungguh bahasa aku kesat kasar tapi hati ini tidak sampai untuk niatkan.

tapi.
mana ada manusia yang reti faham julia.
yang ramai mengaku kenal faham sebenarnya. tak tahu langsung.

bajet laaaah korang kenal perempuan gila ini.

sekian

dengan cinta
-julia-


selamat hari abah~

hai. abah.
selamat hari abah.

:)

*diam*

aku cuba selam faham apa erti bahasa setiap ucapan hari bapa.
dengar cerita nilai ucapan kata manis ini sungguh beri erti besar. tapi masih aku terkial-kial cari makna untuk aku lahirkan ucap rasa terima kasih atas jasa seorang laki-laki yang wujudkan aku pada dunia.

haihhh..

untungkah siapa-siapa yang diberi gelak abah bapak?
rugikah jika tidak langsung punya peluang untuk rasa kasih cinta sayang dari laki-laki digelar sang ketua dalam keluarga?
atau.
sama saja. ada atau tidak langsung tak beri beza.

aku tidak punya feeling begitu hebat pada laki-laki gelak abah ini.
entah.
kosong.
cuma untuk cari mana jasa yang mungkin ada tersisa tertinggal saki baki jika ada. tapi malang dan sungguh celaka aku gagal jumpa.

yang aku tahu sejak kecik-kecil.
punya bangga pada ayah sipolan-sipolan yang baik budi yang tinggi kasih sayang. yang segak kacak. yang apa-apa.
yang aku tahu aku cemburu iri hati lihat satu famili yang punya keluarga lengkap.
ohh indah. mesti paling tidak mereka akn terdidik sempurna.
tak macam aku.
tersasar. terpesong kadang-kadang. terbiar tersesat.

*diam*

eh, maaf. ter'emosi plak.

Tuhan.
dia tahu segalanya.
dia mengerti apa aku rasa.
dia faham setiap segala.

aku redha.
aku tidak diberi peluang rasa bahagia atas laki-laki bergelak abah bapak.
tapi sekurang-kurangnya.
aku harap mohon anak-anak aku jika takdir mereka bersama aku. harap mereka punya seorang abah bapak yang amat reti beri cinta sayang pada 'anak' seorang aku yang tidak punya rasa itu.

:)

semoga.
aku dikurnia laki-laki yang dapat tunjuk jalan. beri panduan. bimbing pimpin.
agar. yang terpunah jahanam ini. boleh ada sikit seri untuk jumpa sama Tuhan satu hari nanti bila mati.

*diam*

sekian

dengan cinta
-julia-

Friday, June 18, 2010

si PUAKA~

aku yang maha penipu lagi pembohong ini mahu bilang sikit cerita.
kalau mahu percaya atau tidak itu masing-masing punya hak peribadi. aku tak pernah paksa-paksa untuk dengar angguk pada setiap cerita bodoh aku.

ye. aku bukan bagus sangat. aku bukan maha suci muslimah. bukan juga punya agama sempurna banyak kamu lain. dosa sana sini. bertimbun-timbun.dan apa lagi perlu aku khabarkan dalam sini. dan apa-apa saja yang buruk ada pada sifat manusia itu rasanya ada pada aku. puas???!!~
tapi
aku hidup sebagai aku sendiri. mana-mana aku pergi jarang-jarang aku bilang bohong soal hati.

ye. aku macam permainan banyak hati laki-laki??

ha ha ha.

aku jahat. ok. fine.
aku buat semua rasa pedih sejak sapa-sapa pun kenal cinta sama aku.
aku suka buat orang rasa bersalah. aku apa lagi.
ha. paling penting aku ini sangat penipu soal cinta aku selama ini.

ha ha ha.

eh. ada lagi. aku bajet nak jaga reputasi dengan aibkan manusia sini sana. cerita buruk banyak manusia yang aku sayang dengan banyak cerita serta aku sampahkan rasa manusia lain.
dan yang paling bestnya. aku berjaya perbodohkan manusia yang mengaku bodoh.

ha ha ha.

bull shit!!!~

bila aku diam menulis. tulisan aku difikir menghina mengaib hati manusia sana sini.
bila aku buka mulut mula bersembang bicara. bahasa aku dikira paling longkang dalam dunia.

sial... kan aku??/
dan.
kasihannya kau kerna pernah kenal sama manusia macam aku ini.
malang bukan diri kamu itu??


ye.Tuhan Maha Berkusasa.
betuilah tu. aku tak pernah nafikan apa-apa.
mari sama-sama doa untuk aku terus dijahanamkan kerna aku aibkan kau. aku bodohkan kau. atau apa-apa lagi yang kau rasa aku telah naya aniaya kau.
ye. benar juga.
MANUSIA PUAKA macam aku ini eloknya terima padah tidak ini hari tapi mungkin juga esok-esok kan???

ohh.
maaflah. penulisan aku mungkin macam celaka buat kau. tapi nama lagi ini diary aku. aku menulis apa aku rasa dalam hati..

dan.
maaflah sebab aku selalu bajet aku bagus. maaf juga sebab rasa diri aku HOT abis.
maaflah sebab buat kau rasa semua yang aku bilang selama kenal ini adalah bohon dusta yang nyata.
dan maaf juga untuk buat kau rasa aku ini golongan kaya yang berlagak nak mampus.

ha ha ha.

tiba-tiba aku rasa macam nak ketawa terbahak-bahak.
kalau aku jelas terang dengan jelas sekalipun tiada sepatahpun bahasa aku yang kau paham dengan sangat paham.

jadi.
elok rasanya. setakat ini sahaja.
makin dijelas makin tidak jelas jadinya.

macam kau bilang tentang Tuhan. bercakap soal balasan dan segala-segalanya lagi.
tak jauh bezanya. sebab aku juga percaya Tuhan tahu niat aku adanya.

kalau benar niat aku untuk aib.malukan manusia lain dengan penulisan ini. aku harap ada balasan untuk aku.
kalau benar niat aku cuma mahu luah rasa jiwa sakit derita atas manusia lain buat pada aku. aku juga percaya harap Tuhan itu sediakan balasan untuk aku.

haihhhhh..

aku percaya. aku telah hadirkan rasa sakit luka pada kau si manusia yang pernah ada cinta untuk aku.
aku tak pernah nafikan apa-apa yang aku buat jahat sama kau.
melukakan itu satu dosa bagi aku.

dan sangat amat tidak tenang jiwa aku ini jika ada manusia yang sedang marah amarah kerna tindak laku seorang aku.
tapi macam biasa. siapa pun akan bising-bising jika tidak punya rasa puas dalam hati.
macam kau sekaranglah. bising bebel tentang apa-apa aku lakukan satu masa itu.

ha ha ha.

jadi. kau fikir. apa yang aku dapat bantu?

ini mungkin bantu kau untuk legakan kau benci yang sedang meluap-luap dalam hati
sini. aku kasi sedikit ilham untuk kau praktis.
sila maki sumpah seranah aku sepuasnya.
sila bikin panas atau kecoh sini sana.
buatlah.
buat. buat.buat!!!~

kau punya hak atas apa kau rasa.

manusia sabar macam kau, mana punya rasa dendam amarah kan??
yelah. kesabaran kekuatan. eh. lupa.. kau manusia baik. tak puaka macam aku. tak longkang macam aku. tak jahanam macam aku.

ha ha ha

aku ini. suka aibkan orang. sebab aku mahu jaga reputasi.

ha ha ha.

helloooo!!!~

pegi matilah dengan REPUTASI!!!~

aku sudah lama tak peduli.
aku mungkin ada setan dalam diri. aku sedar aku tahu.
aku tak pernah bajet aku baik GILA BABI!!~

Tuhan tahu aku.

ha ha ha.

sekian

manusia paling PUAKA
-julia-