Monday, May 10, 2010

aku benci manusia dan aku manusia jadi...

sebab manusia tak ramai yang mahu memahami.
sebab manusia jarang-jarang mahu menilai dengan hati.
sebab manusia hanya reti bisik-bisik dalam hati tanpa luah direct tak berani.
sebab manusia macam kita ini tak mahu cuba untuk jadi prihatin tapi asyik cuba untuk jadi paling syak wasangka

kan. betulkan?

kita dengar kisah aib sipolan-sipolan kita langsung terjah dengan kata jijik hina,

kita lahirkan terus konklusi yang benarnya belum pasti.

dan.

kita usung itu story sana sini.
kan. betulkan?

haihhhh

terus-terang aku takut dibilang kata tentang itu ini.
jika tanpa usul periksa. atau tanpa kata untuk dengar cerita.

*diam*

"arghhh pegi mati. apa aku kesah"

terang-terang aku cakap
manusia macam aku yang sudah rosak lama jiwanya
sudah langsung tak kesah tentang apa-apa.

selagi Tuhan sayang, aku kuat.

kamu-kamu tak payah nak sibuk-sibuk sama banyak cerita aku.
dan
cukup rasanya kalau aku sedar diri. tak perlu main sembunyi-sembunyi.
dan
tiba-tiba aku rasa macam mahu ketawa kuat-kuat teringatkan ramai manusia plastik dalam dunia hari ini.

ha ha ha.

teruskan lakonan teruskan drama harian

dan paling aku mahu bilang saat ini ialah:

aku benci manusia hipokrasi.
baik-baik sama aku tapi belakang ada niat tersembunyi sambil kata benci itu ini

aku benci manusia iri hati.
baik-baik sama aku tapi dalam hati penuh dengki.

aku benci manusia berlagak tak hengat hari.
bajet semua mampu dimiliki.

aku benci manusia setiap kali aku jumpa manusia macam ini.

ye.
kau bagus betul agaknya.
selamat teruskan sikap-sikap tersebut.

dan terang-terang aku mahu bilang.
aku tak ada masa mahu kenal-kenal faham banyak cerita bohong dusta

ha ha ha.

aku takkan benci manusia kalau manusia tak ganggu hidup aku.
aku takkan bising-bising tentang manusia jika manusia diam-diam tak mengusik aku

aku jarang-jarang mahu gatal-gatal ganggu usik hidup manusia.
pergi mampuslah kau manusia jadi apa sekalipun. tapi syaratnya.
jangan sakiti sesiapa dalam hidup aku.
aku akan bebel sampai puas sampai lupa semua luka.

mahu sentap mahu marah.
aku akan persilakan kamu-kamu

untuk rasa apa rasanya siksa sakit tinggalan dari banyak kalian.

*diam*

dan
'mak, selamat hari ibu'

sekian

dengan cinta
-julia-









No comments:

Post a Comment