Tuhan
aku terima jika sudah takdir aku dilemahkan sana-sini.
aku terima jika sudah takdir aku untuk jatuh berulang-kali.
aku terima jika sudah takdir aku untuk jadi buta tuli.
aku terima.
apa saja.
sebab semua atas bodoh silap aku sendiri.
dan.
dengan sangat rendah hati aku redha atas semua takdir jalan hidup ini.
Tuhan
boleh aku tanya?
kenapa aku sukar beroleh bahagia?
Tuhan
maaf sebab aku asyik ulang tanya soalan sama.
mungkin tiada jawapan buat aku saat aku begitu harap mahu.
Tuhan
aku faham bila semua mahu yang indah sempurna.
aku faham bila semua harap yang molek baik berharta.
tapi
Tuhan
kenapa manusia rakus dalam bicara?
kenapa manusia alpa tika memilih?
hingga lupa rupa dan harta tak jamin ke syurga
dan
manusia semua sama bezanya cuma amalan bekalan akhirat sana.
*diam*
Tuhan
kenapa mereka tak langsung mahu mengerti?
kenapa mereka asyik request itu ini?
kenapa mereka tak pernah nk cermin diri?
kenapa Tuhan?
Tuhan
aku pasti Kau dengar jelas tangis raung dalam hati.
aku lemah benar saat ini.
minta kuatkan aku untuk ukir senyum palsu malam ini
aku benci untuk punya rasa ini.
tapi tiada rasa lain yang lebih layak untuk mereka saat ini
Tuhan
sakit betul.
sangat.
minta kurangkan. minta jauhkan. minta lontar jauh ke dalam lautan.
sekian
dengan cinta
-julia-
No comments:
Post a Comment