Saturday, May 22, 2010

rindu kamu-kamu~

siyesly.
sunyi bosan harini.

'pa al' balik ipoh. ada kenduri.
sah-sah aku dekat sini biru sepanjang duahari berjauhberlama.

rindu.rindu.rindu.
ayat yang memang pasti dalam setiap msg harini.
esok apatah lagi.

sedang lepak-lepak depan skrin tanpa hala tuju. termenung memikir 'cinta hati' jauh tidak di sisi.
belek-baca coretan sendiri di ruan diary ini.
sampai tiba entry 'aku buruk korang elok'
tiba-tiba macam mahu pecah jantung. jadi rindu pada sahabat yang dua itu. dan apalagi..
mula buat riuh di dinding laman social FB.

untung. dan sangat bagus.
kami punya rindu yang sama banyak.

kalau skrin ini dapat tembus. pasti mudah untuk kami berjumpa bergelak ketawa.
kongsi-kongsi banyak cerita...

haih....

rindu 'pa al' rindu si kawan-kawan.
buat hati dalam sini siksa amat.

Tuhan,
jangan pisahkan kami. kekalkan apa ada ini.
kasih sayang cinta perhatian dan rasa pedulik.

sekian

dengan cinta
-julia-

1 comment:

  1. minggu ni papa balik lagi...tak tenang papa tggalkan mama...next week ikut papa k...

    ReplyDelete